Puas Berbuka Puasa Di Tony Roma’s

Alhamdulillah, Jumaat lepas dapat peluang berbuka puasa di luar selepas 5 hari berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Dengan jadual kerja shift hour ni, bukan senang nak dapat luangkan masa berbuka dengan isteri tercinta. Ada je waktu uncle kena berbuka di office la, di dalam train la. Macam-macam dugaan kan?

Jumaat lepas dapat mencuba menu berbuka puasa yang disediakan oleh Tony Roma’s. Seperti semua sedia maklum, Tony Roma’s memang popular dengan steak dia.

Festive Delight – Istimewa Untuk Bulan Ramadhan dan Hari Raya

Sempena menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya bagi tahun ini, Tony Roma’s Malaysia memperkenalkan menu Selera Iftar dan Meriah Meal. Setiap menu ada didatangkan dengan tulang rusuk kambing (lamb ribs) yang menjilat jari, Ayam BBQ (BBQ Chicken) dan riben daging lembu (beef riblet).

Dengar je nama menu dah rasa nak booking untuk berbuka kan?

Selera Iftar pada harga Rm169.80, sesuai untuk 3 ke 4 orang berbuka. Jadi small family or dalam group yang kecil boleh la ambil menu ni. Couple yang kuat makan pun sesuai, trust me hahaha. Menu ni ada Lamb Ribs Roma Rack dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, Beef Riblet dengan sos original TR, coral mix salad, jagung, 2 hot baguette, 4x mashed potatoes atau nasi, dan 4x sup.

Meriah Meal pada harga RM258.80 pula lebih seusai untuk 5 ke 6 orang. Jadi sesuai ambil menu ni kalau bawa family. Menu ini didatangkan dengan lamb ribs full slab dengan sos honey plum, 1/2 BBQ Chicken, 2 slabs beef riblet dengan sos original TR, coral mix salad dengan kickin’ shrimp, 3 hot baguette, 6x mashed potatoes atau nasi, dan 6x sup.

Sempena dengan menyambut bulan puasa dan raya tahun ini, menu Festive Delights akan ada dari 1 May sehingga 30 Jun 2019 di semua outlet Tony Roma’s Malaysia.

Rasanya uncle tak perlu cerita sangat mengenai menu menu Tony Roma’s yang lain. nanti lagi tak sabar korang nak berbuka puasa. Apa kata terus je booking sit di Tony Roma’s yang berdekatan dengan area anda sebelum sit semua habis.

4,510 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge