Promosi Travel Traveloka Sempena KL2017

Share

Wow! Lain macam kan bahang Sukan SEA 2017 ( juga dikenali dengan KL2017) kalini. Mana taknya, Sukan Sea ke-29 kali ini diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sehingga artikel ini uncle tulis, Malaysia berada di tempat pertama negara yang memperoleh pingat emas terbanyak. Dan mudah mudahan sehingga penghujung Sukan SEA 2017, negara tercinta kita ini masih lagi kekal di tempat pertama.

KL 2017 berlangsung dari 19hb sehingga 30 August 2017 dimana acara pembukaan dilangsungkan pada 19hb August 2017. Negara yang turut serta di dalam acara Sukan SEA ke-29 ini adalah negara ahli Southeast Asian Games Federation (SEAGF); Brunei, Philippines, Indonesia, Cambodia, Laos, Myanmar, Singapore, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan Malaysia. Tema “Bangkit Bersama” dipilih seiring dengan cabaran yang perlu ditempuhi oleh negara-negara Asia Tenggara sebagai satu kominiti kini dan akan datang.

maskod sea kl2017 rimau

‘Rimau’ dipilih sebagai maskot rasmi KL2017. Ia berdasarkan kepada kekuatan spesies hariamu tempatan.

Biasa dengar dan pakai Traveloka kan? Traveloka salah medium kegemaran uncle untuk travel sebab ia meliputi booking untuk flight dan penginapan. Uncle suka sebab 2 dalam 1. Nak book hotel dan penginapan sekali je dalam satu tempat. Tak perlu pening-pening. Haha tau tak yang uncle pernah terlupa uncle booking hotel kat mana sebab banyak sangat medium yang uncle daftar untuk cek dan booking hotel.

Traveloka dan KL2017

Bersempena dengan KL2017 ini, Traveloka menjadi Official Online Travel Partner untuk Sukan Sea 2017. Dan bila dah menjadi official sponsor ni, mesti la Traveloka sendiri menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk penginapan dan penerbangan kepada semua pengguna termasuk uncle yang suka travel ini.

hello malaysia traveloka kl2017

Promosi untuk tempahan penginapan dan flight melalui Traveloka.com dai 7 hingga 31 Ogos 2017 ini dan boleh dapat diskaun sehingga 40%!

Promosi Hello, Malaysia! sedang giat dijalankan oleh Traveloka yang mana dengan booking dari 7 hingga 31 Ogos ini dapat penjimatan diskaun sehingga 40%! Malaysia dah la banyak tempat uncle tak explore lagi, memang rambang mata la nak pilih my next destination dengan promo dari Traveloka ini.

Hmmm rindu makanan kat Penang, tapi uncle tak pernah lagi sampai Sabah dan Sarawak. Dalam masa yang sama teringin nak tengok Terengganu. Aduhhh banyaknya pilihan travel. Rasa nak sauk semua je ni, tapi cuti dah tak banyak huhu.

Jom booking sebelum 31 Ogos ni! Ada beberapa hari je lagi ni. Booking dan travel pada bila-bila masa anda nak.

Livestream #KL2017 dan Menang

Tak cukup dengan promosi penginapan dan flight yang diberikan, Traveloka juga menyediakan platform untuk livestream #KL2017 dan contest yang menawarkan kupon travel berjumlah sehingga RM45,000.

traveloka kl2017 contest banner

Contest yang dianjurkan pihak Traveloka yang menawarkan kupon travel sehingga RM45,000!!! Jom join! Tinggal berapa hari je lagi ni.

Bila dah sebut contest tu, fokus uncle terus teralih. Memang contest junkie okay! Dulu uncle travel ke Perth pun sebab menang contest hehe!

Contest yang dianjurkan Traveloka sangat senang nak masuk, dan uncle tengok senang nak menang (walaupun tak menang-menang lagi sebab selalu lambat submit jawapan).

Uncle suka contest yang dianjurkan pihak Traveloka sebab pemenang dipilih setiap hari, dan pemenang akan dapat kupon yang dimenangi dalam tempoh 74 jam! Haaa cepat join, cepat la dapat kan. Dan nak join pun sangat mudah.

Jom Ke Booth Traveloka di Bukit Jalil dan Menang Hadiah Sehingga RM200,000

Dan sudah semestinya, highlight yang paling awesome yang dibawakan oleh Traveloka adalah booth di Bukit Jalil. Tengok sahaja gambar dan video yang dikongsikan di FB Page Traveloka, dah membuatkan uncle tak senang duduk ketika menyiapkan blogpost ini.

Dibuka sehingga 30 Ogos ini, anda yang ke booth Traveloka yang terletak di Car Park B, Bukit Jalil National Stadium berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan dan berpeluang membawa pulang kupon travel. Travel kupon sehingga RM200,000 tu beb! Join la semua aktiviti yang disediakan sampai korang tak larat nak join.

All the best kepada Team Malaysia untuk Sukan Sea 2017 dan jom travel dengan Traveloka! Travel dengan jimat dengan promosi yang ditawarkan.

398 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Haulia
  2. Noriza Rahman
  3. ejadual.com
  4. hiburanpengetahuan
  5. Bahrain
  6. Ibu Zaid
  7. reezluv
  8. mrhanafi
  9. Khir Khalid
  10. Mazni Azmi
  11. titan
  12. Propa Rangers
  13. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge