Portal Projek Kahwin Membantu Memudahkan Pengurusan Persiapan Majlis Perkahwinan

Share

Uncle tengok hari ini nak uruskan persiapan majlis perkahwinan bukan satu kerja yang senang dan boleh siap dengan cepat. Tu antara salah satu sebab uncle malas nak kahwin sebab banyak masa yang perlu dihabiskan dalam usaha menjadikan sesuatu majlis supaya ianya berjalan dengan lancar dan dapat menyimpan kenangan yang manis bersama keluarga tercinta.

Tapi uncle lihat, semua tu dah bukan suatu yang sukar lagi untuk tahun 2017 ni sebab dah ada portal Projek Kahwin. Portal Projek Kahwin ni berfungsi berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin serta perkhidmatan perkahwinan yang sesuai untuk majlis yang bakal dilangsungkan dengan mengikut citarasa sendiri dan bajet yang ada.

projek-kawin-Pakej-Pengantin-Wedding-Planner (6)

Ada banyak cara yang biasanya diambil oleh bakal pengantin untuk usaha untuk mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka. Antaranya adalah dengan bertanya kepada kawan yang pernah melangsungkan majlis perkahwinan dan selain itu dengan pergi ke pameran pengantin untuk mencari perkhidmatan dan pakej kahwin yang ada.



Memudahkan Bakal Pengantin Mencari Pakej Kahwin

Dengan portal Projek Kahwin yang ada, bakal pengantin akan lebih mudah untuk mencari dan memilih wedding planner dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut kawasan yang berhampiaran dengan kediaman mereka.

projek-kawin-Pakej-Pengantin-Wedding-Planner (1)

Dengan ini, bakal pengantin yang sibuk dengan kerja dan tugas seharian tidak akan terlalu tertekan dalam usaha menyediakan persiapan perkahwinan kerana dengan adanya portal Projek Kahwin, ia dilihat bakal memudahkan untuk mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang diantaranya adalah seperti katering, wedding planner, butik pengantin, dewan, hotel, jurufoto, solekan, pakej honeymoon dan banyak lagi.

Projek Kahwin Membantu Pengusaha Bumiputra

Penubuhan portal ProjekKahwin.com ni satu idea yang bagus kerana tak banyak laman atau portal web yang menjadi tempat mengumpulkan pengusaha-pengusaha produk perkahwinan lebih-lebih lagi dikalangan pengusaha bumiputra khususnya.

projek-kawin-Pakej-Pengantin-Wedding-Planner (2)

Dengan adanya Projek Kahwin, diharap ia mampu membantu pengusaha-pengusaha bumiputra meluaskan lagi perniagaan dan jenama mereka bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara juga.

Tak dinafikan yang ramai dikalangan bakal pengantin tak punya masa yang mencukupi untuk menguruskan majlis perkahwinan dan ada dikalangan mereka kurang pendedahan kepada pengusaha produk perkahwinan yang ada. Ini semua sebab tidak banyak sumber yang memudahkan mereka untuk mencari pengusaha produk perkahwinan ini mengikut perkhidmatan yang diperlukan untuk majlis mereka.

Portal Projek Kahwin Mesra Pengguna

Lepas dah godek-godek portal Projek Kahwin ini, ia dibina dengan fungsi yang mesra pengguna dan mesra telefon pintar. Portal Projek Kahwin boleh dilayari secara terus melalui pelbagai model telefon pintar seperti iphone, Samsung, ipad dan sebagainya.

projek-kawin-Pakej-Pengantin-Wedding-Planner (3)

Portal Projek Kahwin

Fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin mencari vendor perkahwinan yang sesuai dimana di portal, pengguna akan didedahkan dengan maklumat syarikat seperti logo syarikat, laman media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka sebelum ini. Jadi senang la nak rujuk dan bandingkan. Kalau nak contact vendor directly pun boleh.

Bagi memudahkan bakal pengantin menggunakan portal Projek Kahwin dengan lebih lancar, portal Projek Kahwin juga ada dalam versi aplikasi ios dan android yang tersendiri.

projek-kawin-Pakej-Pengantin-Wedding-Planner

Secara kesimpulannya, uncle nak kahwin! Ehh lari pula.

Kesimpulannya, portal Projek Kahwin dilihat mampu memudahkan dan menjimatkan masa bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk mereka mengikut citarasa dan bajet mereka sendiri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Projek Kahwin, boleh layari di laman web www.projekkahwin.com, like di Facebook Projek Kahwin, dan follow di instagram @projekkahwinmy.




1,684 total views, 8 views today

Share
Comments
  1. Betty
  2. umiadam
  3. Rawlins GLAM
  4. Emily
  5. Otomen Taro
  6. mrhanafi
  7. Jari Manis
  8. Khir Khalid
  9. Seorang Syed
  10. ira
  11. Wan Zawawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge