Program #ICYDKMelaka Bersama Gaya Travel dan MOTAC

Banyak mana pengetahuan anda mengenai Negeri Melaka? Tau kat mana boleh rasa tinggal dalam homestay gaya kampung? Tau tarikkan terkini yang ada? Tau kat mana masakkan kampung yang POWER? Tau tarikkan baru di Melaka? Tau yang di tengah bandar Melaka ada sebuah kampung yang masih lagi ada penghuninya?

Mari uncle cerita secara ringkas mengenai program #ICYDKMelaka yang uncle dan 30 blogger tempatan dan luar negara sertai baru-baru ini. Program ini akan menjawab persoalan yang uncle persoalkan tadi.

Program #ICYDKMelaka Bersama Gaya Travel dan MOTAC

#ICYDKMelaka adalah singkatan kepada program ‘In Case You Didn’t Know Melaka’.

Program ini adalah hasil usaha sama Gaya Travel dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). #ICYDKMelaka telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di negeri Melaka. Ia bagi memperkenalkan industri homestay gaya kampung, kepelbagaian makanan tempatan yang ada, dan tarikkan yang ada di Melaka.

Kami berkumpul di MATIC KL pada sebelah pagi sebelum bertolak ke perhentian pertama iaitu, Homestay Kampung Alai.



1. Kepelbagaian Yang Ditawarkan Homestay Kampung Alai

homestay_kampung_alai

Demonstrasi membuat kuih Ondeh-ondeh atau juga dikenali sebagai Buah Melaka oleh penduduk kampung yang tinggal di situ

Kami tiba di Kampung Alai, Melaka pada tengah hari dan disambut dengan pacuan kompang dan kemudiannya dengan musik tradisi dondang sayang. Fuhhh meriah beb! Feel kampung tu datang apabila tiba-tiba meremang naik bulu roma. Air mata hampir mengalir sebab seronok melayan suasana kampung yang uncle sangat rindui.

Sepanjang berada di sini, selain dari didendangkan dengan paluan musik tradisi, kami juga diajar bagaimana untuk membuat kueh tradisi seperti kuih ondeh-ondeh dan kerepek inang inang.

Kami juga dijamukan dengan masakkan tempatan untuk makan tengah hari sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

2. Rehat dan Recharged di The Settlement Hotel Melaka

the_settlement-_hotel_melaka

Dah penat menjalankan aktiviti di Homestay Kampung Alai, masa untuk berehat sebentar.

Sepanjang 3 hari 2 malam program ini berlangsung, kami menginap di The Settlement Hotel Melaka.

Unik mengenai hotel ini adalah ia tak terletak di tengah tengah kesibukkan Bandar Melaka. Jadi jem dan bunyi hiruk piruk kota tak terasa sangat. Kan kebanyakkan penginapan yang exclusive terletak betul-betul kat dalam bandar Melaka kan? Tapi The Settlement Hotel keluar sikit.

Tapi tak perlu risau, tak jauh pun dari kawasan tarikkan, hanya 10 minit je drive dari The Settlement Hotel ke tarikkan yang ada seperti The Shore.

3. Melihat Sunset diatas Melaka River Cruise

sunset_river_cruise_melaka

Dah puas berehat, masa untuk melayan sunset sambil menikmati pemandangan bandar Melaka yang tersusun cantik dari Sungai Melaka dengan menaiki Melaka River Cruise.

Ini kali pertama uncle menaiki Melaka River Cruise. Best gak sebenarnya naik cruise ni.

Fee naik cruise pun tak mahal sebenarnya, untuk dewasa hanyalah RM15,  dan untuk kanak-kanak hanyalah RM5.

4. Makan Malam Di Restoran Nyonya Suan

restoran_nyonya_suan_melaka

Siapa tak suka masakkan tempatan kan?

Even pelancong dari negara luar pun teruja dengan masakkan tempatan.

Untuk makan malam, kami makan di Restoran Nyonya Suan. Pelbagai masakkan tempatan boleh didapati disini dengan harga yang berpatutan.

Dan rasa dia? Memang sedap la. Boleh challenge dengan masakkan uncle punya umi.

5. Supper di Rooftop Garden Yang Santai

the_settlement-_hotel_melaka

Best thing pasal FAM Trip adalah MAKAN! MAKAN!! MAKAN!!!

Dah kenyang makan kat Restoran Nyonya Suan pun balik hotel kami supper pulak kat Rooftop Garden di hotel The Settlement yang kami inap.

Tapi ni supper je la. Tak makan berat pun sangat.

Waktu ni la masa terbaik untuk networking dengan semua blogger dan influencer yang join program ni.

Aktiviti karaoke pun diadakan pada malam itu.

Ice Breaking session yang santai!

6. Tarikkan The Shore Melaka Yang WOW!

the_shore_sky_tower_melaka

The Shore Melaka bukan tipical mall yang hanya ada shopping complex dan hotel. Malah ia turut menawarkan pelbgai tarikka menari yang menarik perhatian pengunjung.

Hari ke-2 kami di Melaka kami mulakan dengan aktiviti meninjau Bandar Melaka dari menara tertinggi di Melaka iaitu The Shore Sky Tower.

Kemudian kami makan tengah hari di Sky Deli Restaurant, dan melakukan beberapa aktiviti menarik di The Shore Oceanarium, 3D Interactive Park, dan Toy Museum.

7. Kampung Morten Masih Hidup

kampung_morten

Tahukah anda di Kampung Morten, ada sebuah rumah yang berusia 120 tahun, dan masih lagi dalam berkeadaan baik dan masih lagi berpenghuni?

Rumah ini dinamakan Villa Sentosa, merupakan living museum hari ini di Kampung Morten.

8. Pusing Kampung Morten Dengan KiwiBike

kiwi_bike_melaka

Seleapas selesai lawatan ke beberapa buah homestay di Kampung Morten, kami dibawa pusing keliling Kampung Morten dengan menaiki Kiwi Bike.

Sebuah innovasi terbau yang masih lagi dalam prose percubaan.

Menariknya mengenai Kiwi Bike ini adalah ia menggunakan green tech yang mana menjimatkan penggunaan tenaga.

Adakah Kiwi Bike bakal menggantikan penggunaan beca pada masa akan datang?

9. Kepelbagaian Barangan Yang Dijual di Jonker Street

bibik_cendol_house_jonker_walk_melaka

Siapa yang pernah ke Jonker Street atau Jonker Walk pasti dah tau apa yang menarik ada di sini.

Jonker Walk ni macam gabungan Pasar Malam dan Pasar karat, yang mana ada menjual pelbagai benda, makan dan minuman yang mungkin tak ada jumpa kat pasar malam, atau pasar karat yang lain.

Hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad dari jam 6.30 petang, hingga 10 malam.

10. Sarapan Pagi di Warung Kari Kambing POWER & Asam Pedas Melaka

warung_kari_kambing_power_asam_pedas_melaka

Pagi tu kami terus checkout dari The Settlement Hotel dan terus ke Simpang Bekoh, Jasin untuk sarapan pagi.

Kami sarapan berat pagi tu di Warung Kari Kambing Power & Asam Pedas Melaka.

Kami dijamukan dengan masakkan popular di warung itu iaitu Lontong Kering, Kari Kambing Power, dan Asam Pedas Claypot.

Kenapa sarapan pagi berat? Sebab penduduk di sini kebanyakkan adalah pekebun dan melakukan kerja-kerja kampung yang berat. Jadi mereka perlukan tenaga banyak sebelum memulakan tugas harian. Jadi mereka biasanya akan makan masakkan-masakkan ini pada sebelah pagi sebelum memulakan tugas.

Warung ini hanya dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, dari seawal pagi hingga petang. Oh ya, untuk elakkan dari tidak merasa Kari Kambing Power kalau anda datang nanti,  pastikan anda datang sebelum jam 9 pagi. Sebab biasanya 9 pagi dah sold out Kari Kambing Power ni.

11. Lawatan Ke IKS – Biskut Tongkat Simpang Bekoh

iks-biskut-tongkat-simpang-bekoh

Ketibaan kami ke IKS Biskut Tongkat Kampung Bekoh disambut dengan persembahan silat, dan tarian dari anak-anak kecil orang asli yang menetap di situ.

Di IKS ini kami didedahkan dengan cara pembuatan Biskut Tongkat. Biskut tiongkat ni ada orang panggil biskut mayat, ada yang panggil biskut Azan.

Biskut Tongkat ni adalah produk keluaran IKS Biskut Tongkat Kampung Bekoh. Sedap dicicah dengan teh tarik atau kopi sambil melayan waktu petang.

Untuk belian boleh terus ke alamat kedai di: Lot 4325, Projek Memproses Biskut Padang Lebar Simpang Bekoh 77100 Asahan Melaka atau hubungi ditalian: 012 613 4198.

12. Laman 3 Budaya Titik Pertemuan 3 Negeri

laman_tiga_budaya_jassin_melaka

Salah satu hidden gem yang uncle baru tahu pasal Melaka adalah titik pertemuan 3 negeri.

Kami ke Laman Tiga Budaya untuk makan tengah hari dan kemudiannya dibawa untuk melihat titik pertemuan 3 negeri yang ada didalam Malaysia iaitu negeri Melaka (warna merah), Johor (warna biru) dan Negeri Sembilan (warna kuning).

13. Karnival Homestay Citrarasa Malaysia 2016 Yang Meriah

karnival_citrarasa_homestay_malaysia_2016

Program terakhir kami untuk #ICYDKMelaka adalah dengan menghadiri dan memeriahkan lagi acara Perasmian Karnival Homestay Citrarasa Malaysia 2016 yang telah bertempat di Jalan Kota, Bandar Hilir.

Acara yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Karnival ini dijalankan bagi mempromosikan pakej, produk, dan aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan oleh pengusaha-pengusaha Program Homestay Malaysia.

Wrapping Up #ICYDKMelaka

Program lawatan #ICYDKMelaka ini telah mendedahkan uncle dan peserta yang lain mengenai produk homestay yang ada ditawarkan di Melaka, sekaligus memperkenalkan kami dengan produk-produk perlancongan menarik, unik dan baru yang ada di dalam negeri Melaka khususnya.

Diharap pihak Gaya Travel dan MOTAC terus bekerjasama dalam mengadakan program lawatan seperti ini di masa akan datang bagi bukan sahaja mendedahkan kepada para travel blogger dan pembaca blog kami tentang keunikkan yang ada di dalam bukan sahaja Melaka, tapi seluruh negara.

**********

#ICYDKMelaka singkatan In Case You Didn’t Know Melaka, adalah sebuah program lawatan hasil usaha sama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan Gaya Travel Magazine yang telah dianjurkan dari 3 November – 5 November 2016.

Lawatan ini adalah bersempena dengan Karnival CITRARASA HOMESTAY MALAYSIA 2016 dan bertujuan untuk memberi publisiti kepada industri homestay, penginapan yang merehatkan dan tarikan & aktiviti terkini di Melaka. Sebanyak 30 media, penulis blog & influencer tempatan dan antarabangsa telah menurut serta dalam program ini.

3,608 total views, 10 views today

Comments
  1. Jarimanis
  2. LeYa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge