Premier Clinic Kini Berusia 5 Tahun

6 October lepas, bertempat di branch Premier Clinic yang terletak di Bangsar, telah berlangsung ulang tahun jublee tahun ke-5 mereka. Tahniah Premier Clinic! Semoga terus maju dalam memberikan rawatan estetika.

Sempena dengan itu juga, pengasas Premier Clinic juga telah melancarkan program PREMIERX (Premier Clinic reward programme). Program ini adalah reward program yang menarik kepada pelanggan setia Premier Clinic. Mereka menawarkan cashback sehingga 30% untuk rawatan yang dikenakan keatas pelanggan. Dengan ini, sebagai pelanggan, siapa tak suka dapat cashback bila berbelanja kan?

Selain itu juga, mereka ada memperkenalkan RESULT GUARANTEED POLICY. Polisi yang mana ia memberi jaminan kepada pelanggan kualiti result yang dijangkakan. Ini menjadikan Premier Clinik satu-satunya klinik estetik yang menawarkan hasil yang berkualiti kepada pelangan mereka.

Kemudian, Premier Clinic memperkenalkan calon LIVE MAKEOVER pada hari tersebut iaitu, Puan Michelle. Dr Kee yang ditugaskan untuk sesi Live Makeoever tersebut telah menjelaskan apa masalah pada Puan Michelle dan apa yang boleh Premier Clinic lakukan untuk membantu Puan Michelle mengatasi masalah tersebut.

Pada pengakiran live makeover tersebut, telah didedahkan TRANSFORMASI pada wajah Puan Michelle! Dr Kee melakukan pengisi mata untuk membuang eyebags, pengisi rahang untuk membentuk ciri berbentuk V, dan pengisi dahi untuk meningkatkan ciri semula jadi Puan Michelle. Semua prosedur dilakukan menggunakan pengisi Radiesse dan pengisi Belotero, oleh Estetika Merz, pengisi yang paling selamat dan paling berkesan yang terdapat di pasaran. Pengisi Radiesse boleh mempunyai kesan jangka panjang sehingga 4 tahun sambil membina kolagen di dalamnya. Menarik kan?

Selain itu juga, ada sesi perkongsian daripada pelawak popular tanah air, Along Cham. Beliau berkongsi pengalaman beliau membuat pemulihan janggut dan rambut, penghapusan tahi lalat dan rawatan laser.

Dan akhir sekali, Premier Clinic mengumumkan pemenang WEIGHT LOSS CONTEST iaitu Mrs. Vasanthi! Pemenang telah membawa pulang voucher treatment bernilai RM20,000 dan hamper kosmetik bernilai RM2000! Hebatnya, Vasanthi telah berjaya membuang 6.2kg dalam masa 1 bulan. Dr Chen juga telah membuat sesi perkongsian kepada hadirin mengenai macam mana nak kurangkan berat badan dengan pantas dan efektif iaitu dengan melalui beberapa treatment yang ada di Premier Clinic iaitu Le Shape, CoolSculpting, Clatuu, HCG dan Duromine.

Banyak juga ilmu baru yang uncle bawa pulang lepas event tersebut. Wife uncle tak sabar nak cuba treatment yang ada di Premier Clinic.

Untuk maklumat lanjut mengenai Premier Clinic, boleh usya di FB page PC, atau layari premier-clinic.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge