Pokémon Hunting Sambil Belajar Sejarah Bandar Diraja Klang

Share

pokemon go malaysia royal klang (1)

Tertarik apabila uncle jumpa kempen di atas di FB page Tourism Selangor, terus uncle PM kawan-kawan uncle yang main Pokemon Go kot kot mereka berminat untuk turut serta.

Pada asalnya uncle rasa tertarik sebab ada peluang untuk Pokemon hunting. Dalam pendapat uncle, ini la salah satu peluang untuk bertemu dengan pemain Pokemon Go yang lain. Sambil bermain Pokemon Go, sambil bertukar idea mengenai macam mana nak pergi lebih jauh dalam game ini.

Pokémon Hunting Sambil Belajar Sejarah Bandar Diraja Klang

Memang ada ‘Royal Klang Town Heritage Walk’ ni, tapi tak ramai orang yang tahu. Terima kasih dengan adanya Pokemon Go, pihak Tourism Selangor bijak ambil peluang ini untuk mengajak sekali Pokemon Hunters belajar mengenai sejarab bandar diraja Klang.

Yang menarik mengenai walk ini selain dari belajar mengenai sejarah bandar Klang yang berusia lebih 1000 tahun, terdapat 33 pokestop dan 3 gym secara keseluruhan di bandar ini sahaja. Menarik bukan? Memang bekalan pokeball, potion dan revive akan sentiasa mencukupi la sepanjang pokemon hunting hehe.

pokemon go hunting klang tourism selangor (3)

Pendaftaran untuk ‘Royal Klang Heritage Walk‘ ini dibuka seawal jam 9 pagi di Galeri Diraja Klang, dan bermula pada 9.30 pagi. Ia bermula awal bagi mengelakkan panas terik dan menyukarkan peserta untuk berjalan keliling bandar klang sepanjang heritage walk ini.

Julie adalah tourist guide kami untuk sepanjang Pokemon hunting ini. Thansks to Julie, banyak juga sejarah mengenai Bandar Diraja Klang yang uncle tahu. Penerangan beliau sangat jelas, dan cara penceritaan pun menarik untuk didengar sampai uncle kadang terlupa motif asal untuk angkap pokemon.

pokemon go hunting klang tourism selangor (6)

Walking tour kami berjalan selama lebih kurang 2 jam 30 minit. Di sepanjang Royal Klang Heritage Walk ini, kami dibawa untuk melawat lebih 11 tempat menarik yang ada di bandar diraja Klang, disamping belajar sejarah di sana. Dan menariknya kami dapat masuk ke tempat ekslusif seperti Royal Klang Club.




Antara highlight untuk tour ini adalah; Royal Galery Sultan Abdul Aziz, The Former Charted Bank, Royal Klang Club, Shah Alam Palace, Church of Our Lady of Lourdes, Klang Convent School, Tengku Kelana Street (Little India), Indian Muslim Mosque Tengku Klana, Sri Nagara Thendayuthapani Temple, Klang Fire Station dan Gedung Raja Abdullah.

pokemon go hunting klang tourism selangor (1)

Antara highlight untuk tour ini adalah lawatan ke Stesen Bomba Klang.
Stesen ini telah dibina pada tahun 1980.
Sempat juga la uncle merasa pakai baju bomba. Memang berat beb baju ni.

pokemon go hunting klang tourism selangor (4)

Antara Pokemon yang uncle berjaya tangkap sepanjang program ini.

pokestop klang

Antara Pokestop yang sempat uncle collect pokeball

Harap pihak Tourism Selangor akan adakan lagi event interaktif seperti ini, sebab event ‘Pokemon Hunting’ ini telah berjaya menarik minat uncle untuk belajar mengenai sejarah Bandar Diraja Klang. Kalau bukan sebab event ni, uncle tak rasa uncle akan sampai ke bandar diraja Klang. Tahniah sekali lagi.

Berikut adalah senarai Pokemon yang uncle jumpa sepanjang tour ini berlangsung:

Caterpie, Weedle, Staryu, Spearow, Magikarp, Zubat, Pidgey, Krabby, Bellsprout, Exeggcute, dan Bulbasaur.

Berminat untuk Pokemon Hunting sambil belajar sejarah mengenai Bandar Diraja Klang? Boleh register kat sini kalau berminat. tour hanya available pada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja bermula dari jam 9.30 hingga 12.30 tengah hari. 🙂

2,557 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. iena eliena
  2. Elih Japahar
  3. Introducer maybank
  4. Bro Framestone
  5. Raihanah
  6. egtukar
  7. umiadam
  8. Ilmu percuma
  9. anuar
  10. Muhammad Khairuddin Lim
  11. Khir Khalid
  12. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge