Platform Qwork Solusi Untuk Pekerja dan Majikan

Share

Pada 22 March yang lepas, bertempat di Cinematique, CMPC Finas, Platinum Sentral, KL Sentral, telah berlangsung sesi business networking yang dianjurkan oleh Qwork. Ia adalah untuk memperkenalkan platform Qwork dan berkongsi kepada pemilik SME dan koperat mengenai bagaimana Qwork boleh membantu dalam membekalkan tenaga pekerja berkebolehan yang diperlukan.

Event tersebut dihadiri ramai wakil dari SME dan koperat dan termasuk juga mereka yang telah berdaftar dengan qwork sebagai pekerja atau Qworkers.

Apa Itu Qwork?

Qwork adalah platform pengambilan pekerja dalam talian yang direka dalam mengukuhkan kebolehan dan pengalaman tenaga kerja yang ada dan memadankan mereka kepada syarikat-syarikat yang memerlukan kecekapan tertentu. Makna kata, dengan Qwork membantu memadankan pekerja dan majikan mengikut skill yang diperlukan.

Jika anda adalah majikan yang mencari tenaga kerja untuk kerja harian, secara part time, secara sepeuh masa atau untuk projek sekalipun, anda boleh mendaftar di Qwork dan Qwork akan memadankan anda dengan Qworkers yang ada dan padan dengan skill yang diperlukan. Jadi sebagai majikan, ia dah memudahkan anda dan menjimatkan masa anda.

Jika anda adalah fresh grad, pelajar atau mereka yang suka bekerja secara freelance, anda boleh mendaftar sebagai Qworkers. Yang mana anda akan ada profile Qwork sendiri. Dari situ anda boleh isi dan update skill anda dan memohon pada mana-mana open job yang ada di dashboard Qwork.

Uncle dah isi dan apply satu job untuk weekend ni di Melaka hehe.

Qwork Adalah Platform Yang Live Update

Kelebihan pada platform Qwork adalah ia akan terus update profile terkini Qworkers yang baru sahaja selesai menjalankan tugasan mereka. Setiap prestasi Qworkes akan di nilai dengan rating yang akan diberikan oleh majikan. Taraf gaji dan level Qworkers akan meningkat ikut dari rating dan pengalaman bekerja melalui Qwork. Anda akan ada up-to-date CV yang telah di review oleh majikan anda yang terdahulu.

Sebagai langkah adil kepada semua, siapa sahaja mendaftar dengan Qwork akan bermula dengan status ‘newbie’. Tak kira la berapa banyak pengalaman kerja sekali pun sebelum ini, anda yang baru mendaftar akan terus dalam level newbie yang mana dari masa ke semasa ikut dari prestasi dan kerja yang telah dilakukan anda akan meningkat level dari newbie ke ‘renown’ dan ‘ace’ yang mana tangga gaji pun akan meningkat.




Sebagai menjaga kualiti Qworkers, Qwork mengadakan bangkel bagi membantu meningkatkan kebolehan Qworkers mengikut kepada keperluan industri dengan memberkenalkan Qube. Dengan Qube, Qworkers akan berpeluang meningkatkan kebolehan tertentu mengikut bengkel yang akan diadakan, boleh juga meningkatkan skill dan pengalaman dari projek, pengalaman internship, pertandingan dan banyak lagi.

Qworkers yang perform juga akan dapat video resume profesional (dipanggil Vidzume) khas dibuat oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC). Vidzuem akan bertindak sebagai memberikan kelebihan kepada Qworkers di mata majikan yang mana selain dari membantu memberikan maklumat mengenai Qworkers kepada majikan, ia juta menjimatkan masa majikan untuk menilai Qworkers yang berkelayakkan.

qwork

Menurut Ms. Kay Mohd Ali, CEO Qwork, untuk jangkamasa panjang, dengan adanya Vidzume dan review-based CV yang ada di platform Qwork, ia memudahkan majikan dan bahagian human resource, dan mampu digunakan untuk mengantikan sesi interview yang biasanya memakan masa dan kos. Dengan review daripada majikan terdahu mengenai Qworkers yang bekerja dengan mereka sebelum ini, review tersebut boleh dilihat oleh bakal majikan melalui platform online yang tersedia.

Layari www. qwork.my untuk maklumat lanjut.

1,503 total views, 12 views today

Share
Comments
  1. Dila
  2. SiennyLovesDrawing
  3. Wan Zawawi
  4. Wan Syahida
  5. Diet Diet Sihat
  6. Bro Framestone
    • Uncle Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge