Pesan Big Bro! Salah Satu Cara Nak Nilai Bakal Bini

Share

Howdy peeps,

Semalam tamat seminar hartanah. Masih penat. Harini nak buat entry santai je.. Tapi ada isi inshaAllah:

Salah satu Cara Nak Nilai Bakal Bini – Pesan Big Bro

Di suatu petang.. Sambil menunggu bus.. Jam menunjukkan jam 5.45.. Bus ke Titiwangsa sepatutnya sudah sampai di area Solaris Dutamas. Mungkin akan lewat seminit atau dua. Biasanya dia awal 5 minit. Dan biasanya basah ketiak sebab nak kejarkan bus tu. Sebab kejar bus? Next bus akan tiba lebih kurang lagi 30 minit. Biasanya jem teruk atas pukul 6.

Ternampak kelibat salah seorang teman balik ke Senawang. Big bro aku nickname kan dia di dalam cerita ini. Sebab dia memang big, dan lebih tua dari aku. Aku senyum je dekat big bro, senyuman dibalas. Tanda ada topik mungkin akan dibincangkan.

Lambat kan bus harini?” perbualan dimulakan big bro.
Haah, jangan jem dah la” jawab aku. “Banyak kerja harini bro?” tanya aku pula.
Banyak juga la, tapi balik awal sikit harini. Malas nak OT” jawab bro. Sambungnya lagi “Actually, harini anniversary dengan isteri bro..” Sambil tersenyum gembira.
Wahh! Nice.. Bro dah ada 2 anak kan? Anak first dah darjah 6 rasanya?” Tanya aku.
Yup!” Jawab bro. Tambahnya lagi “Alhamdulillah, kekal sehingga harini. Dia pun paham betul dengan perangai bro. Dengan panas baran bro. kalau dia nampak bro angin je, dia akan tenangkan. Kau ni muda lagi. Nanti sebelum kawin, cari betul-betul calon tu, jangan gedah je. Jangan tengok cantik je, terus fall in love. Kenal betul-betul pasangan tu. Ini ada satu tips bro nak share..

Kemudian bus pun tiba..

“Ok, kita naik bus dulu ke KTM. Nanti kita sambung. Jauh lagi perjalanan kita nak balik Senawang” Sambung big bro..

Doa Pengasih – Atasi Masalah Percintaan Anda!

Di dalam KTM..

Nice.. Seperti biasa, boleh pilih tempat duduk hehe” Kataku kepada big bro.
Hehe tu la, untung kita naik kat Stesen Putra ni, orang pun tak ramai. Ok sambung pasal tadi.” Jawab big bro seperti tak sabar-sabar nak spread the word.
Hehe ok. Sambung-sambung” jawabku, agak excited untuk mendengar. Untuk seorang yang berwajah awet muda seperti Brad Pitt macam aku ni, agak mengejutkan bila orang dengar ber-status single hehe..

Ok, tips yang bro nak share ni kan, cuba la ikut kalau mampu. Tapi make sure, kau selesa, dan kau jadi diri kau bila melaksanakannya. Jangan hipokrit. Be yourself.” Cakap bro. Betul katanya, tips, untuk di dengar, di nilai. Di ikut kesesuaian diri. Tak semestinya di follow bulat bulat. Big bro memang tenang gayanya, ramah dan tak kedekut dengan ilmu. Aku hanya anguk-anguk tanda setuju.

Okay bro pernah buat la kan, pada date awal-awal, bawa je makan dekat kedai-kedai mamak, tempat-tempat tak exclusive. Kenapa perlu berbelanja banyak untuk someone bukan konfirm jadi isteri? Bila dah jadi isteri nanti, nak bawak pergi TGI Fridays ke, Hotel 10 Bintang ke, bawak la.. Dah jadi isteri kan?” Kata bro, aku anguk-anguk tanda setuju. Memang make sense.Sambung bro lagi “Buat apa nak invest banyak untuk bukan bergelar isteri? Membazir jo~ Baik invest dalam hartanah Hehe.. Lagipun waktu tu la nak tau, dia ni boleh tahan tak bila turun level bawah, boleh tahan tak lifestyle macam tu. Boleh tahan tak kalau tak makan fast food. Dari situ boleh la tau kos ‘maintenance’ bakal isteri tu..hehe..

Perbualan kitorang berterusan hingga tak sedar dah tiba di setesen Seremban. Big bro turun di stesen Seremban. Sementara aku meneruskan perjalanan ke Stesen Senawang..

Zuan

Comments
  1. sya_merpati putih88
  2. sarahms
  3. hafizrahim
  4. oshin
  5. kakiblog
  6. Mizz Ai
  7. maszull
    • Zuan
  8. deqnoor
  9. azman
  10. papa mifz
  11. Jardness
  12. wazy
  13. sutera
  14. Faizal fredley
  15. abu
  16. Denaihati
  17. arelan
  18. Datin Tyka
  19. titan
  20. rozuan
  21. KiD
  22. boni ultra kacak
  23. Anuar
  24. schaze zainn
  25. Hairul Hissam
  26. hafiz
  27. Hafizul
  28. Bro Framestone
  29. aisya lieza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Howdy peeps, Apa bikin weekend? Lepak-lepak dengan family? Dating? Apa?...