Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah

kaabah

“Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh”
Surah al-Hajj: 27

Pejam celik pejam celik, dah lebih 5 bulan uncle tinggalkan tanah suci Mekah dan Kota Madinah. Alhamdulillah, umrah pertamaku dipermudahkan oleh Nya.

Untuk entri ini uncle nak kongsikan apa yang perlu dipersiapkan sebelum menunaikan Umrah. Entri ini khusus untuk mereka yang ingin pertama kali mengerjakan Umrah.

Ia adalah dari pengalaman uncle sendiri dalam persiapan untuk mengerjakan umrah bersama Andalusia Travel & Tours.

Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah:

  • Hadiri kursus umrah yang telah disediakan seawal tiga (3) minggu sebelum tarikh penerbangan. Malangnya ramai yang skip bab pergi kursus Umrah dan hanya baca buku sahaja. Untuk menambah pemahaman, adalah lebih baik hadiri kursus umrah yang dianjurkan syarikat yang menguruskan Umrah anda. Biasanya kursus umrah hanya mengambil masa separuh hari sahaja.
  • Selain dari hadiri kursus, di cadangkan juga untuk tonton video kursus umrah di YouTube. Ada banyak video kursus yang dimuat-naik. Tengok seberapa banyak yang boleh sampai faham. Lagi senang sebab masa untuk tengok tu lebih flexible.
  • Untuk memudahkan proses permohonan Visa Umrah; pastikan passport antarabangsa anda sah tempoh laku tak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan beserta 6 muka surat kosong. Sediakan juga 4 keping gambar berwarna berukuran 6cm x 4cm yang berlatar belakang warna putih. Untuk wanita, anda WAJIB memakai tudung kepala (berwarna gelap) dan lelaki tidak digalakkan menutup kepala.
  • Dapatkan kad suntikkan ACYW135 daripada surat pengesahan dari doktor kerajaan dan swasta. Sekali suntik, valid untuk 2 tahun, dan rate harga satu suntikkan adalah pada RM140 sahaja.
  • Sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti Passport Antarabangsa, 4 keping Gambar, kad suntikan ACYW135, Salinan Sijil Nikah (bagi yang sudah berkahwin), Salinan sijil lahir (bagi jemaah wanita yang pergi bersama mahram dan kanak-kanak bawah 18 tahun), salinan kad pengenalan (bagi jemaah wanita yang pergi tanpa mahram).

Selain daripada itu, jangan dilupa barangan yang perlu dibawa. Biasanya senarai barangan yang perlu dibawa ini ada dijual di pejabat syarikat yang menguruskan umrah anda. Kalau tak ada, boleh dapatkan di Mydin (sebab lebih murah).

Checklist Persiapan Bagi Jemaah Wanita Yang Pergi Bersama Mahram:

  1. Salinan sijil nikah bagi yang sudah berkahwin
  2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya pula perlu sediakan salinan sijil lahir.
  3. Bagi wanita yang bermahramkan adik-beradik LELAKI perlu sediakan kad pengenalan adik beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir.
  4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki, perlu sediakan salinan sijil lahir anak tersebut.

Checklist persiapan Bagi Jemaah Wanita Yang Pergi Tanpa Mahram:

  1. Bagi yang pergi tanpa suami mengikut (dan mendapat kebenaran Suami) perlu sediakan salinan kad pengenalan suami dan salinan sijil nikah.
  2. Bagi wanita yang tumpang mahram (atas kebenaran bapa) perlu sediakan kad pengenalan bapa dan salinan sijil lahir.
  3. Bagi wanita yang tumpang mahram (atas kebenaran adik beradik lelaki sahaja) perlu sediakan kad pengenalan adik beradik lelaki serta salinan sijil kelahiran kedua-dua.
  4. Bagi wanta yang tumpag mahram (kebenaran anak lelaki sahaja) perlu sediakan kad pengenalan anak lelaki, salinan sijil lajir anak lelaki dan salinan surat kematian suami atau salinan surat penceraian.




Checklist Barang Yang Perlu Dibawa ke Tanah Suci:

  1. Dua (2) pasang Kain ihram (jemaah lelaki sahaja).
  2. Satu (1) utas tali pinggang (jemaah lelaki sahaja).
  3. Dua (2) helai baju melayu (jemaah lelaki sahaja).
  4. Empat (4) helai baju biasa (jemaah lelaki sahaja).
  5. Empat (4) helai singlet berlengan dan berzip (jemaah lelaki sahaja).
  6. Empat (4) helai kain pelikat (jemaah lelaki sahaja).
  7. Dua (2) helai seluar panjang (jemaah lelaki sahaja).
  8. Satu (1) pasang selipar yang tak tertutup (boleh nampak jari jemari) (jemaah lelaki sahaja).
  9. Dua (2) pasang stokin (jemaah lelaki sahaja).
  10. Empat (4) helai telekung sembahyang (jemaah wanita sahaja).
  11. Dua (2) helai mini telekung (jemaah wanita sahaja).
  12. Tiga (3) pasang baju kurung (jemaah wanita sahaja).
  13. Tiga (3) pasang jubah biasa (jemaah wanita sahaja).
  14. Dua (2) pasang baju tidur dan seluar panjang (jemaah wanita sahaja).
  15. Tiga (3) pasang stokin tawaf dan saie (bertapak tebal) (jemaah wanita sahaja).
  16. Tiga (3) pasang  stokin biasa (jemaah wanita sahaja).
  17. Tiga (3) helai sarung tangan (jemaah wanita sahaja).
  18. Dua (2) pasang jubah seluar (jemaah wanita sahaja).
  19. Dua (2) helai singlet berzip (jemaah wanita sahaja).
  20. Pakaian wanita yang secukupnya (jemaah wanita sahaja).
  21. Satu (1) helai tuala kecil.
  22. Satu (1) pasang kasut biasa.
  23. Buku doa (bersaiz kecil) dan surah yassin.
  24. Penyangkut baju.
  25. Ubat-ubatan (ikut keperluan).
  26. Sarung beg.
  27. Set gunting kecil dan pengetip kuku.
  28. Beg sejadah kecil.
  29. Uncang kasut.
  30. Alat cukuran.
  31. Alat mandian.
  32. Sabun mandi.
  33. Krim bibir dan tumit.
  34. Marker pen atau pen, atau pensel.
  35. telefon bimbit dan pengecas.
  36. Kamera.
buku-panduan-umrah-umrah-kad-jemputan-allah-swt

Kompak dan informatif! Uncle rekomen untuk dapatkan buku ini untuk panduan menunaikan Umrah untuk pertama kali.

Ini sedikit sebanyak perkongsian uncle mengenai persiapan sebelum menunaikan Umrah. Maklumat lanjut adalah lebih baik terus berususan dengan syarikat yang akan menguruskan umrah anda dan boleh juga rujuk dengan mutawif yang akan bawa anda nanti.

Sumber info dikemaskini dari: andalusia2u.com

1,600 total views, 2 views today

Comments
  1. ira
  2. Wan Syahida
  3. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
  4. ummul azkee
    • Uncle Zuan
  5. husna zahidi
  6. siti hazreen
  7. Pojiegraphy
  8. Muhammad Khairuddin Lim
  9. nurul fatin adiana
    • Uncle Zuan
  10. mawardiyunus
  11. Bro Framestone
  12. Anuar
  13. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Uncle suka pakai perfume, dan favorite uncle pastilah yang baunya...