Perkhidmatan Repair Smartphone Ke Rumah – MrFIX

Korang pernah tak rasa macam ni? “Alaaa benda kecik je, malas la nak pergi kedai phone untuk hantar repair

Ya, korang bukan kesorangan! Uncle pun ada tabiat malas nak keluar rumah untuk benda-benda remeh. Kadang bukan sebab malas, sebab sibuk dengan kekangan masa, jadi tak berkesempatan dan kadang kala boleh terlupa. Nasib baik la MrFix Bangi ada sediakan perkhidmatan MrFix to You (MrFix2u).

Apa benda MrFix2u Tu?

Ia adalah perhidmatan yang ditawarkan oleh MrFix Bangi dimana korang yang ada masalah minor di smartphone anda tak perlu ke kedai repair telefon, technician tu yang datang ke rumah anda untuk repair.

Korang hanya perlu buat temunaji dengan WhatsApp atau call di nombor ini: 018-9886 531. Waktu temu janji tu korang kena bagitau dulu apa masalah yang ada dekat phone anda supaya diorang boleh standby barang untuk repair.

Dan mereka akan datang ke rumah anda untuk repair masalah yang ada pada telefon anda. Masalah minor je ye seperti tukar home button untuk iPhone, tukar bateri, tukar LCD iPhone, masalah power on/off button, masalah volume speaker tak berfungsi, masalah back dan front camera, ear piece, phone charging plug in/charing port dan banyak lagi.

Masalah yang mana phone anda ada masalah hubungan dengan korang, mungkin korang kena selesaikan sendiri. Saya tak rasa MrFix boleh bantu masalah seperti itu hehe.

Siapa MrFix?

MrFix pakar dalam servis dan repair smartphone, computer dan laptop pelbagai model. Cakap je apa model, Apple? Samsung? HP? Microsoft? Lenovo? Xiaomi? Huawei? Mereka boleh baiki.

Yang bagusnya mereka akan diagnos dahulu masalah yang ada pada gadget anda secara PERCUMA. Kemudian mereka akan bagitau la apa masalah yang ada dan apa solusi dan mereka akan bagitau berapa kos yang akan dikenakan. Jadi korang tak la kena serangan jantung bila kena bayar nanti.

Setiap alat ganti yang digunakan adalah ORIGINAL dan kos semua akan diberitahu terlebih dahulu kepada korang sebelum korang nak teruskan untuk servis peranti korang. Dan bukan tu je, setiap alat ganti tersebut ada warranty, jadi tak perlu risau la kalau tiba-tiba ada masalah balik pada device korang tu.

Maklumat lanjut korang boleh usya dekat FB page Mr FIX: facebook.com/MRFIXMOBILE.

Dan boleh usya di blog mereka di www.mrfix.my.

Alamat MrFix: No 50 Jalan 7/7A (3.98 km)
43650 Bangi, Selangor, Malaysia

Contact no: 018-9886 531

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10am – 10pm)

nota: MrFix juga menerima pembayaran menerusi kad kredit, kad debit dan juga e-Wallet seperti Boost & Grab pay.

 1,259 total views,  5 views today

No Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge