Perkara Yang Perlu Di ‘Take Note’ Sebelum Ke Korea

Share

Uncle banyak banyak baca  pengalaman member-member uncle pergi bercuti ke Korea. Memang tak dinafikan, best tengok perkongsian gambar dan kenangan mereka di sana. Semua pasti dah sedia maklum yang Korea adalah destinasi percutian yang sesuai untuk anak muda, keluarga dan pasangan untuk honeymoon. Satu hari nanti uncle nak ke Korea juga. Secara solo, berkumpulan atau keluarga? Tengok pada rezeki 🙂

korea muslim travel pakej murah (6)

Tak seperti Malaysia, Korea ada 4 musim iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Setiap musim mesti ada pros dan cons dia.

Kalau nak merasa bermain salji, pergi la musim sejuk. Nak tengok bunga berkembang mekar pergi la musim bunga. Kalau nak berjalan ke banyak tempat dalam masa cuti yang pendek pergilah waktu musim panas. Dan kalau nak tengok daun yang berwarna kuning merah dan oren, pergi la musim luruh.

Ikut daripada pilihan majoriti pelancong, ramai yang suka ke korea pada musim bunga, luruh dan sejuk. Pilihan di tangan anda.

korea muslim travel pakej murah (2)

TAPI sebelum ke Korea, ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu dan take note awal-awal:

  • Makanan Halal Susah Nak Dapat

korea muslim travel pakej murah (9)

Uncle tak ada pengalaman ke Korea buat masa ni, ikut dari perkongsian rakan-rakan dan bacaan di internet dan buku, ada yang kata susah, dan ada yang kata senang nak cari makanan halal. Kawasan Iteawon adalah daerah yang banyak makanan halal, kalau dapat penginapan di sana memang tak ada masaalah untuk makan di sana. Masaalahnya Iteawon ini adalah di dalam Seoul. Dan terhad la tempat yang boleh di lawati kalau hanya menyewa di satu tempat sahaja.

Nak dimudahkan, kalau kita faham konsep makanan halal itu sendiri, banyak makanan Korea seperti ikan dan sayur-sayuran boleh dimakan. TAPI ragu-ragu tu masih akan ada sebab kita mungkin takkan dia letak apa dalam masakkan tersebut kalau kita tak pandai Bahasa korea. Cara paling selamat dan backpack bawa la meggi, serunding, oat, milo dan sebagainya.

  • Banyak Naik Turun Tangga

Uncle selalu usya gambar-gambar di Korea yang di kongsikan di post kat FB Muslimtravelbug. Memang tak sah la kalau tak banyak naik turun tangga ni kat sana dan perkara ini memang disahkan oleh member-member uncle yang dah balik dari Korea. Kalau nak bawa ibu bapa atau senior citizens berjalan di Korea, uncle galakkan sangat ambil pakej sahaja sebab kalau pakej konfirm akan menaiki bas/van.




  • Matawang Korea 3x Lagi Tinggi dari Matawang Kita

korea muslim travel pakej murah (3)

Ramai yang mungkin kurang sedar bahagian ni. Ada yang ingat duit korea ni macam kat Indonesia (mungkin sebab banyak kosong-kosong di belakang dia hehe). Pernah jadi kes juga, bila member uncle dah sampai korea, mereka ingat semua affordable la untuk dibeli, but end up semua terpingga-pingga nak jimat sejimatnya. Jadi kalau nak bawa RM1000, memang cukup la untuk perbelanjaan seminggu. Tapi macam mana pun, ikut orang la juga kan? Kalau kuat shopping, RM10,000 pun belum tentu tak cukup kan?

Baca: Pakej Percutian Bajet Ke Korea

  •  Susah Nak Solat

korea muslim travel pakej murah (1)

Korea bukan sebuah negara Islam. Jadi ia adalah normal untuk susah menunaikan kewajipan kita sebagai muslim di sini. Member uncle cerita, surau memang susah nak cari. Masjid pula selalunya lokasi dia jauh-jauh. Tapi dalam kesusahan tu, ada tips solat kat korea yang uncle dapat. Solat la di dalam fitting room, kawasan parking kereta, laluan tangga dan tempat-tempat tersembunyi yang tak mengganggu orang lain. Kena bawa tikar/sejadah mini. Yang perempuan pakai la pakaian yang labuh dan berstokin. Nak pakai telekung nanti terkejut orang korea tu nanti kalau solat kat tangga kecemasan (kalau ada yang lalu la). Menurut info dari admin muslimtravelbug , Korean ni tak kacau pun & tak kisah kita nak solat. Yang paling penting jangan menggangu lalu lintas.

  • Wi-Fi Ada Dimana-mana Sahaja

Perkhidmatan Wi-Fi ada banyak. Boleh dapatkan PERCUMA di coffee shop dengan hanya meminta password Wi-Fi dari mereka. Jadi tak perlu lagi risau terputus hubungan dengan WhatsApp & Facebook. Satu tips penting, amatlah tak di rekomen beli local simcard si sana sebab mahal dan perlu register guna passport. Mudah untuk jimat kan?

  • Toilet Tiada Paip Air

Kira sebagai yang beragama Islam, perlu sentiasa menjaga kebersihan di mana-mana. Untuk elakkan masaalah yang tak di ingini, Sediakan botol air sebab kebanyakkan toilet di Korea tiada paip air. Tips nak kongsi daripada guide disana, cari mall yang high-class macam Hyundai Shopping Mall. Kebanyakkan toilet di sana ada disediakan air pancut di mangkuk tandas, yang mana wangi dan rasa macam kat hotel.

korea muslim travel pakej murah dongdaemun

korea muslim travel pakej murah

korea muslim travel pakej murah

Nampak macam senang je kan nak travel ke Korea. Tapi sebenarnya banyak juga perkara yang perlu ambil kira sebelum ke sana.

Kalau anda nak ke Korea, uncle rekomen usha pakej-pakej menarik daripada team student yang belajar di Korea iaitu di FB Page Muslimtravelbug.

Mereka ada sediakan pelbagai pakej dari backapackers (naik subway & bas awam) hingga ke pakej jenis private (naik private van & bas). Kalau nak yang full-board termasuk tiket flight pun mereka ada sediakan! Menarik kan?

16,678 total views, 22 views today

Share
Comments
  1. Hero Borneo
  2. Travelwithsimba
  3. Chacah Anna ( KLIK )
  4. ira
  5. Saiful Izwan
  6. Saiful Izwan
  7. Ezad Skytech
  8. siti hazreen
  9. zik
  10. reezluv
  11. seri nian
    • Uncle Zuan
      • seri nian
  12. zara
  13. zokan
  14. Vixalexa
  15. Nurul Shahira
  16. Raihanah Ahmad
  17. aimannajmy
    • Uncle Zuan
  18. mrhanafi
  19. Raihanah Ahmad
  20. Bahrain
  21. Noriza Rahman
  22. titan
  23. mejuez

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge