10 Perkara Yang Boleh Dilakukan di PD Selain dari Mandi Pantai
Bila sebut je Port Dickson. Mandi manda je la yang biasanya terlintas di dalam fikiran. Selain tu mungkin akan tergambar dalam minda, menginap di dalam hotel seba mewah seperti Grand Lexis, Avillion, Klana Beach, dan banyak lagi.
Untuk entri kali ini, uncle nak kongsikan yang Port Dickson menawarkan lebih dari hanya mandi manda di tepi pantai dan menginap di dalam hotel mewah sambil makan makanan sedap yang di hidangkan.
Perkara Yang Boleh Dilakukan Di Port Dickson:
Melawat Muzium Tentera Darat
Tarikkan yang tidak dinafikan antara tarikkan popular di Port Dickson. Muzium ni nampak je kecil dari luar, tapi bila dah masuk, makan berjam-jam juga nak keluar sebab macam macam anda boleh tengok dan pelajari di sini.
Menjanjikan sentimental value kepada mereka yang pernah merasa detik-detik peperangan yang menimpa tanah air kita tak lama dahulu. Kepada generasi baru macam uncle, Muzium Tentera Darat mampu menjadi pemangkin semangat cintakan tanah air dengan lebih mendalam.
Selfie Dengan Burung Unta di PD Ostrich & Pets Show Farm
Baik pada mulanya uncle ingat ladang ternakkan burung unta ni hanya ada Burung Unta sahaja. Sangkaan uncle meleset sebab tempat ini dah macam mini zoo sebenarnya. Pengungjung boleh tengok unta, kuda, kaldai, burung merak, dan banyak lagi haiwan yang ada di sini.
Opsss lupa nak bagi tau, Dinosaur pun ada tau! Tak tipu! Datang ke PD Ostrich & Pets Show Farm kalau tak percaya. Hehe..
Makan Tengah Hari di Cowboy Place
Penat jalan? Lapar? Jangan lupa singgah makan di restoran Cowboy Place! Restoran ni menghidangkan Nasi Kukus Ayam Panggang yang pasti akan membuatkan anda kenyang dan nak datang ke PD lagi semata-mata nak makan Nasi Kukus Ayam Panggang.
Teroka Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Tanjung Tuan amat popular dengan tarikkan Rumah Api. Ramai penunjung ke sini untuk melihat kecantikkan rumah api selain dari bergambar sebagai kenangan di sini. Selain itu kalau bernasib baik, pengunjung boleh melihat jenis spesis burung yang datang singgah ke sini ketika musim penghijrahan burung.
Pengunjung juga boleh membuat sedikit jungle tracking ke Puncak Bukit Batu Putih atau ke Pantai Cermin. Pemandangan dari puncak Batu Putih memang ohsem okay!
Terokai Sejarah Kegemilangan Kota Lukut di Kompleks Sejarah Lukut
Para peminat tempat tinggalan sejarah tak boleh terlepas dari melawat Kompleks Sejarah Lukut. Kota yang telah dibina pada tahun 1847 ini adalah berkeluasan lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar. Ada banyak tinggalan sejarah yang boleh dilihat di sini dan banyak juga port cantik untuk bergambar sebagai kenangan.
Meneroka Kompleks Sejarah Lukut adalah satu aktiviti santai yang sesuai dilakukan bersana anak-anak kecil yang masih bersekolah dalam usaha menjadikan mereka celik dengan pengetahuan dan sejarah tempatan.
Melawat Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas
Satu lagi tempat bersejarah yang menarik untuk di lawati kalau anda ke Port Dickson. Terletak tak jauh dari Pekan Pengkalan Kempas, di dalam kompleks ini terletaknya batu hidup atau batu Megalit, dan makam Syeikh Ahmad Majnun.
Mengeteh di Kedai Kopi Pak Lang
Tak jauh dari PD Waterfront, terletaknya kedai kopi berkonsepkan baba nyonya yang menghidangkan jenis masakkan Melayu, Cina, India, dan Western. Tempat pekena teh tarik yang punya interior design yang simple yang mampu membuatkan pelanggan rasa santai dan relaks di petang hari.
Bergambar di Alive 3D Art Gallery
Okay sebut nama je pun dah boleh agak kan apa yang ada di dalam art gallery ini. 3D Art Gallery adalah antara tarikkan trending pada hari ini. Datang dan test skill photography dan kesabaran anda di sini sebab ramai orang berebut-rebut nak bergambar kat setiap props yang ada di sini.
Melihat Sunset
Matahari terbenam, lautan yang terbentang luas, dan langit yang berwarna biru merahan. Banyak perkataan yang boleh di ungkapkan untuk mengambarkan keindahan ciptaan Illahi pada waktu matahari terbenam. Agak rugi kalau pulang awal dari Port Dickson sebelum melihat matahari terbenam di sini.
Ada banyak port nak tengok sunset ni. Kena pandai-pandai set timing la kalau nak tengok sunset. Datang la seawal 6.30 petang supaya tak terlepas peluang melihat matahari terbenam.
Makan Malam di King’s Char Kuey Teow
Dah penat seharian melakukan aktiviti di Port Dickson, perut pun lapar, tiba masa untuk makan malam. King’s Char Kuey Teow adalah port makan CKT yang popular di Port Dickson. Sekali cuba, pasti mahu tambah lagi.
Harap dengan perkongsian ini, anda dah dapat idea aktiviti yang boleh di lakukan di Port Dickson selain dari mandi manda di tepi pantai. Sebenarnnya banyak lagi aktiviti menarik yang boleh di buat di sini. Uncle hanya kongsikan sepuluh (10) sahaja. Lain-lain tu anda boleh explore sendiri ya hehe.
18,153 total views, 1 views today
terimakasih abang infonya, hehe
Tempat den lepak masa kecik2 dulu tahun 1982.
Dr kem tu jalam kaki terus ke pantai. Lama x lepak pd. Rindu zaman budak2
Nurmisnan recently posted…RF3 WORLD FIRMAX3 MALAYSIA untuk kesihatan luar dalam
Asal turun pd port lepak batu 3 o 4 jer..next time nak ushar jg tempat nie..
nice info, makasih ya artikelnya jadi menambah ilmu nih…
salam kenal
semoga perkongsian ini memberi idea kepada anda untuk apa yang boleh dilakukan di bandar Port Dickson selain dari mandi manda di tepi pantai 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
ye la..klu dtg PD mesti nak mandi.. bosan gak..
byk gk tpt mnarik ni..
j recently posted…6 Kesan Abaikan Penjagaan Kereta
kalau ikutkan, banyak lagi uncle tak senaraikan ni. kalau uncle senarikan semua, rasanya banyak entri nak kena buat hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Macam best trip ni…ada masa cuti nanti nak pergi
cari masa terluang untuk ke PD.
PD menarik untuk dikunjungi
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Banyak juga tempat menarik di PD nie.. mmg berbaloi berkunjung di sana..
betul tu. tapi tak ramai yang tau. ramai yang ingat bila ke PD mesti mandi air laut sahaja hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Dah pernah singgah Cowboy’s Place tu. Ok jugak menu nasi ayam panggang. Harga pun murah. Puas hati makan dengan family.
tapi tak kenyang kan makan kat sana?
uncle selalu singgah sini nak lapit perut sebelum buat aktiviti macam naik tanjung tuan.
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Masa aku stay Seremban dulu tak pernah terfikir nak buat semua ni…selalu juga pergi PD ni…kalau bosan-bosan…aku pergi seorang je…lepak Teluk Kemang…lepak Blue Lagoon…pergi Tanjung Tuan dan tengok sunset je aku pernah buat dalam list ko ni bro….hehe
Ezad Skytech recently posted…Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid
tu maknanya lepasni ko kena ikut aku jalan jalan. banyak benda aku suka explore hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
HAHA…ok bro…aku da lama tak jalan jauh2 ni…dok terperap je kat KL ni…
Ezad Skytech recently posted…Film Review – Captain America : Civil War
haha lain kali kalau aku nak cari travel partner aku roger ya 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
Suami selalu ajak pi PD sebab dia suka piknik kat sana sambil BBQ. Lain kali kalau dia ajak lagi, boleh lah saya ajak dia ke lokasi pelancongan kat atas ni. Tapi, yang 3D arts gallery tu mungkin tak kot. Tak sanggup nak tunggu lama2..Hehe..
jida recently posted…5 Sebab Kenapa Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah
alaaa kejap je tunggu tu hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Saya orang PD tau…hi salam kenal Uncle…Uncle Muda.
hi, salam perkenalan juga. muka je nampak muda hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
banyak juga tempat dan benda yang boleh dibuat selain mandi ja di PD nikan uncle, tapi tak berkesempatan lagi la nak kesana
laaa tak pernah ke PD lagi? ruginya hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Memang best port dickson ni haa, rugi kalau tak ke sini.
Asukavi Travel recently posted…Chalet Murah di Port Dickson Bawah Rm150
betul tu. PD, tempat percutian yang affordable untuk semua 🙂
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Haaha selfie ngn burung unta tu comel… Huu lapar2 ni tgok char kuew teow tu mengidam lak rasa haha
Shiqin Sunshine recently posted…Pengalaman selama sebulan bersama Pharmaniaga Family…
hehe banyak kali cubaan juga nak selfie dengan burung unta tu.
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
ishh.. banyak lagi tempat kt PD belum jejak lg ni…
deq noor recently posted…Phuket Trickeye Museum
nak uncle bawa jalan ke? 😀
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Wow!!… bila uncle zuan nak bawak aku dan wife bersiar-siar di PD ni….. 😀
Bagitau je bila mau ke PD. InshaAllah ada kelapangan masa uncle boleh teman bawa jalan jalan 😉
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
kalau pi PD..
memang selalu aku gi mandi aje.
haha
titan recently posted…Let the storm rage on, the beautiful RAINBOW always come after that.
apa la, pergi la explore tarikkan lain yang ada kat PD. Macam-macam ada wooooo
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
banyak yang menarik. sekarang ni kemarau air di sana terjejas tak? ingat nak bawa anak2 cuti minggu depan.
Raihanah Ahmad recently posted…9 Perkembangan Bayi dan Keperluan Nutrisi Ibu Mengandung
hmm entah la, last time saya pergi PD adalah 2 minggu lepas. Rasanya tak ada masaalah kalau nak bawa anak anak bercuti ke PD pada waktu ini
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Macam menarik je Char Kuey Teow tue
memang menarik. terlupa kejap dengan Bro Char Kuey Teow hehehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
best juga dapat berselfie dengan burunng unta…
mrhanafi recently posted…Rancangan Tak Berapa Nak Jadi
banyak kali juga la cubaan nak selfie dengan burung unta tu. Sampai main kejar-kejar dengan burung unta lagi hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
pergi PD , cuma suka dengan muzium tentera darat. kalau tengok pantai dia, pasir tak berapa nak cantik.
saps recently posted…SAPS Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan
hmm tu la, pasir kat PD dah tak terjaga sangat. mungkin sebab terlalu banyak pengunjung
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Biasa kalau pergi PD, pergi pantai dan makan2 jer..
Tak tahu pula ada beberapa tempat menarik lain dkt sana..
anuar recently posted…Takwim Cuti Sekolah 2016 dan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2016 untuk Rujukan Pengusaha Homestay
betul tu, kali ni boleh plan trip PD lah dgn cadangan tempat uncle ni
Raihanah Ahmad recently posted…5 Tips Memilih Minyak Ikan Terbaik
hehe sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh di buat, kalau nak tulis semua, rasanya banyak entri boleh buat 😀
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
ala ruginya kalau ke PD setakat lepak pantai dan makan-makan je. Macam-macam boleh buat kat PD hehe
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
untunglah dekat dengan PD…macam-macam boleh buat kat sana…hehe
Ezad Skytech recently posted…Salam Browser Mampu Hindari Perkara Haram Ketika Melayari Internet ?