Perjumpaan Zomato Foodie di Hard Rock Cafe KL

Share

Perjumpaan Zomato Foodie di Hard Rock Cafe KL | Banyak kali juga jadual uncle clash dengan Zomato untuk Foodie Meetup dan akhirnya pada 16 March yang lepas, dapat juga meluangkan masa untuk perjumpaan dengan Zomato foodie.

9 orang Zomato Foodie dijemput hadir memeriahkan foodie meet up ini. Sesi dijalankan santai sahaja untuk sesi reviewing bersama foodie blogger yang tinggal di sekitar KL. Dan lokasi untuk perjumpaan foodie adalah si salah satu kafe kegemaran uncle di Kuala Lumpur iaitu Hard Rock Cafe KL.




Zomato Foodie Meet Up di Hard Rock Cafe KL

zomato blogger

Antara influencer yang hadir memeriahkan Zomato Foodie Meetup di Hard Rock Cafe KL.

Jamuan Pembuka Selera

Sebagai pembuka selera, kami dijamuakn dengan Jumbo Combo dan HRC Nachos. Kedua-dua jamuan ini juga boleh didapati di HRC Penang, HRC Melaka, dan HRC Kota Kinabalu.

jumbo combo

Jumbo Combo, menu pembuka selera pada hari tersebut.

HRC Nachos

HRC Nachos adalah salah satu menu pembuka selera yang telah menjadi kegemaran uncle.
Bring me more nachos!

Kedua-dua jamuan dijamukan dalam kuantiti yang banyak. Separa kenyang juga la melayan jamuan pembuka selera hehe.

Jamuan Utama

Selepas dijamukan dengan jamuan pembuka selera, tiba masa untuk jamuan utama. Untuk hari tersebut kami dijamukan dengan Hickory BBQ Chicken and Pulled Lamb, Original Legenday Burger, dan Smokehouse Chop Salad.

Hickory BBQ Chicken and Pulled Lamb

Hickory BBQ Chicken and Pulled Lamb adalah jamuan utama yang padu. Ayam yang disalut denan kuah BBQ pasti membuatkan anda nak lagi sebab rasanya mengingatkan anda seperti membeli Ayam BBQ di pasar malam yang pastinya lazad sekali.

Smokehouse Chop Salad

Smokehouse Chop Salad adalah menu yang uncle pandang sebelah mata je sebelum mencubanya. Tapi sekali dah cuba, nak lagi. Secara tak sengaja telah menjadi menu kegemaran uncle di HRC.

Original Legendary Burger

Dan menu signarue HRC, Original Legendary Burger. Untuk pengemar burger, tak boleh lepaskan peluang mencuba Original Legendary Burger.

Kesemua jamuan utama sedap-sedap belaka. Memang puas hati dengan jamuan yang dihidangkan dan full malam tu. Tapi ia tidak habis dengan jamuan utama sahaja, jamuan pencuci mulut menanti pula.

Jamuan Pencuci Mulut

Untuk jamuan pencuci mulut, kami dihidangkan Hot Fudge Brownie.

Hot Fudge Brownie

Tak lengkap makan malam tanpa Hot Fudge Brownie sebagai hidangan pencuci mulut.

Perjumpaan tamat sekitar jam 10 malam. Uncle terpaksa rushing balik awal kerana takut tertinggal komuter untuk balik ke Seremban. Terima kasih kepada pihak Zomato dan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur kerana sudi menerima kedatangan uncle dengan tangan terbuka. Harap dapat ketemu lagi di masa akan datang.

Apa Itu Zomato?

Zomato adalah applikasi telefon pintar yang digunakan untuk mencari dan meneroka tempat makan yang terbaik. Dengan antaramuka yang cantik, ia direka supaya mudah digunakan oleh pencari makanan dalam usaha mencari makanan terbaik di tengah kota.

Antara informasi yang anda boleh dapati dari Zomato adalah nama restoran, review, gambar, termasuk menu. Sehingga kini Zomato telah ada di 21 buah negara termasuk Malaysia, Austalia, United Kingdom, India, Indonesia, Sri Lanka, South Afrika, New Zealand, Philippines, dan Amerika.

Download applikasi Zomato di telefon bimbit anda dan follow uncle di @unclezuan yang mana uncle akan banyak buat food review di situ dalam pelbagai jenis hidangan khususnya burger.

6,398 total views, 12 views today

Share
Comments
  1. Ivy Kam
  2. JMR
  3. Abdul
  4. Aliza Sara
  5. Inna
  6. RAIHANAH AHMAD
  7. PencariMakan
  8. Ros
  9. Jueliza
  10. Ina Ainaa
  11. Shub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge