Periksa Kerosakkan Smartphone Secara Percuma Dengan iPro Kajang

Share

Uncle ada gunakan beberapa buah gadgets dan sudah tentu bila menjadi seorang blogger ni, nak kena ada lebih dari 1 smartphone sebagai backup. Masalah yang uncle hadapi baru-baru ini, smartphone ke-2 uncle ada masalaah slow dan bateri cepat habis. Uncle syak memang dah sampai masa la untuk tukar baru.

Tapi uncle tak ada budget yang mencukupi untuk beli telefon baru, jadi uncle hantar ke iPro Kajang. Dekat je dengan rumah. Itu pun pergi sebab kebetulan lalu di depan iPro Kajang. Jadi uncle pun singgah la untuk periksa apa masalah utama pada smartphone uncle ni. Kalau ikutkan, iPro sediakan perkhidmatan untuk periksa kerosakkan pada smartphone secara percuma. Jadi uncle pun cuma nak periksa je.

Periksa-punya periksa staff iPro tu, rupa-rupanya bateri phone uncle dah lama dan perlu ditukar ganti, dan uncle hanya perlu reformat semula phone uncle supaya ia boleh kembali ke prestasi asal. Tanya kos semua, tak la mahal sangat dan uncle pun ada duit lebih waktu tu untuk repair.

Jadi uncle pun cakap, “Ok on. Repair la. Berapa lama boleh siap?

Staff iPro tu pun balas semula dengan yakin, “Abang pergi mengeteh dulu, nanti dalam 30 minit abang datang balik ambil.

Kebetulan waktu tu uncle memang nak ke Giant untuk beli barang dapur, jadi uncle pun pergi la Giant Prima Saujana dulu untuk beli barang-barang dapur. Lepas habis shopping, unle datang ambil balik di iPro Kajang untuk ambil phone uncle. Memang betul apa yang staff tu cakap, terus siap dan boleh pakai phone uncle.

Waranty yang diberikan sehingga 180 hari dan hanya original part dan yang berkualiti digunakan mereka.

Uncle perhatikan, ramai customer yang sanggup menunggu sambil melihat phone mereka dibaiki. Konsep perkhidmatan iPro Kajang adalah repair face to face, jadi customer tau apa yang dibaiki oleh staff mereka.

Menurut staff iPro Kajang, pelbagai masalah seperti LCD rosak, bateri rosak, handphone tak boleh charge, speaker tak boleh dengar, camera problem, motherboard problem mereka boleh repair. Kira bagus la kan, daripada tukar phone baru, boleh datang hantar repair dulu. Kalau ok, terus boleh guna balik phone tanpa tukar yang baru.

Yang menarik mengenai iPro Kajang selain daripada boleh periksa kerosakkan telefon secara percuma, mereka juga menerima pembayaran secara cashless. Yup, anda nak pakai kad kredit, kad debit, e-wallet seperti AliPay pun mereka boleh terima. Menarik kan?

Alamat iPro KajangD-9-GB, Jalan Prima Saujana 2/E, Taman Prima Saujana, Seksyen 2, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor.

WhatsApp6013 373 7597.

Waktu Operasi: Beroperasi setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 10 malam (Kecuali hari Jumaat, mereka beroperasi dari jam 3 petang hingga 10 malam).

204 total views, 12 views today

Share
Comments
  1. Anuar
  2. nila anggraini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge