Percutian Romantik Di The Settlement Hotel Melaka
Alhamdulillah, sejak dah kahwin ni, ada rezeki untuk uncle dan isteri honeymoon beberapa kali. Dari situ la kami pun terdetik untuk buat akaun Instagram dan Youtube baru dibawah nama @SyaShaTravel.
Tempoh hari kami ke Melaka, dan kami telah menginap di salah sebuah hotel unik yang ada private villa didalamnya! Yup! Hotel yang ada private villa di tengah tengah bandar Melaka. Uncle tak bergurau okay, kat The Settlement Hotel ada private villa dan ada juga bilik untuk disewa.
Terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka, The Settlement Hotel bukan sahaja menyediakan 4 private villa, ia turut menyediakan 45 guest room, traditional spa, free parking kepada mereka yang menginap di sini dan tak lupa, rooftop garden yang merupakan salah satu keunikkan yang ada di sini.
Bangunan the Settlement hotel ni bukanlah bangunan baru yang didirikan di atas tanah yang sedia ada seperti kebanyakkan hotel. Hotel ini adalah hasil daripada selangaraan 4 tingkat bangunan kerajaan tahun 1960an. Lama kan banggunan ini? Rekaan klasik dan beberapa bahan lama bangunan masih lagi dikekalkan. Jadi bila pusing-pusing di sekitar kawasan hotel dapat rasa feel klasiknya tempat ini.
Ada juga disediakan basikal untuk mereka yang ingin mengayuh basikal ke tarikkan yang ada berdekatan.
Fakta Menarik: Pada 28 Feb 2018, Ministry of Tourism Malaysia telah menganugerahkan The Settlement Hotel anugerah The Best Hotel Services – 4-Star (City) untuk tahun 2016/17.
Luxury Villa Sesuai Untuk Percutian Romantik Anda
Ada laman untuk menikmati minuman petang bersama yang tersayang. Kami banyak menghabiskan masa di villa berbanding keluar berjalan jalan.
Ruangan bilik air yang besar dan selesa. Mempunyai ciri-ciri kampung yang membuatkan anda feeling seperti menyewa di homestay di kampung.
Lokasi Yang Strategik
Jika anda mencari tempat peninapan yang lokasinya berdekatan dengan tarikkan utama di Melaka, dan pada masa yang sama tidak terlalu sesak kawasannya, The Settlement Hotel pada uncle adalah tempat yang terbaik. Lihat peta lokasi hotel di bawah. Lokasinya begitu dekat dengan tarikkan yang ada. Kalau anda rajin, boleh jalan kaki, kalau tidak pun, boleh sewa basikal.
The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Malacca
Malaysia
+60 6 292 1133 (General Line)
Reservations : reservation@thesettlementhotel.com
Website https://thesettlementhotel.com/rooms
Facebook @TheSettlementHotel | Instagram @the_settlement_hotel
6,609 total views, 1 views today
Wah… Wah… Wah…
Bestnya… Ber honeymoon sakan Uncle dan wife yer….
Anuar recently posted…Pemasaran Tanpa Modal masihkah releven pada hari ini?