Percutian Bersama Keluarga di Glory Beach Resort, Port Dickson

Share

Cuti sekolah dan nak tiba tak lama lagi, apa plan anda untuk keluarga anda? Apa? Tak plan nak kemana-mana lagi?

Pada uncle, waktu musim cuti sekolah ni adalah peluang keemasan yang ada untuk bawa semua anak beranak buat aktiviti beriadah bersama. Lagi-lagi kalau bawa mereka beriadah dekat dengan kawasan pantai Pergh, best wei!

Cakap pasal aktiviti beriadah di pantai, tempat yang paling selamat dan sesuai untuk bermandi-manda adalah tak lain tak bukan Port Dickson, Negeri Sembilan. Pantai Teluk Kemang dan Blue Lagoon Port Dickson merupakan tempat bermandi-manda yang agak popular didalam kalangan pengunjung.

Dan bila dah ke Port Dickson janganlah dok leka nak bermandi-manda sahaja, banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti Alive 3D Art Gallery, Rumah Terbalik Port Dickson, Port Dickson Ostrich Farm, Port Dickson Waterfront dan banyak lagi.

Pada sesiapa yang suka bergambar dan ber-posin, Alive 3D Art Gallery dan Rumah Terbalik di Port Dickson adalah lokasi yang terbaik. Pasti ada banyak detik dan kenangan menarik yang boleh diabadikan dalam gambar anda nanti di laman social seperti instagram.

port-dickson-sunset

Port Dickson adalah tempat yang menarik untuk sunset hunter.

Selain tu, untuk aktiviti petang hari, uncle cadangkan anda yang inginkan ketenangan dengan bersantai di tepi laut sambal melihat matahari terbenam untuk ke PD Waterfront. Ia adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Ada banyak restoran makanan dan tempat lepak yang ada di situ seperti McD, Starbucks dan banyak lagi. Kalau agak-agak lapar tu boleh la take away dan makan sambal layan angin bayu yang bertiup lembut di persisiran pantai.

Baik selain dari tarikkan yang ada di Port Dickson, PD pun terkenal dengan tempat penginapan yang menarik. Pada anda yang ada perancangan untuk bercuti bersama keluarga yang ramai, the famous Glory Beach Resort adalah tempatnya.

Glory Beach Resort Port Dickson

glory-beach-resort-port-dickson (1)

Kemeriahan Glory Beach Resort pada sebelah malam

Kenapa? Sebab ia menawarkan tempat penginapan yang luas dan selesa bagi mereka yang datang dengan bilangan keluarga yang ramai. Glory Beach Resort ni terletak di Pantai Tanjung Gemok yang berdekatan dengan Hotel Lexis, Port Dickson.

Menariknya di Glory Beach Resort ni, dia terletak sangat dekat dengan pantai, jadi kalau anda rasa bosan bermandi manda di swimming pool, anda boleh juga mandi di laut. Selain tu anda juga boleh bermain bola tampar bersama dengan keluarga atau sahabat handai di persisiran panta, dan anak-anak pun boleh main-main pasir sekali.

glory-beach-resort-port-dickson (4)

Depan Glory Beach Resort PD adalah pantai. Kalau ada anak-anak kecil tu boleh la cabar mereka buat sandcastle kat tepi pantai atau boleh juga lakukan aktiviti-aktiviti santai yang lain.

Setahu uncle, ada dua jenis penginapan yang ditawarkan iaitu 2-bedroom apartment dan 3-bedroom apartment.

Bagi yang memilih 2-bedroom apartment, akan dapat 2 bilik tidur, 2 bilik air, kitchenette dan living hall. Dan untuk 3-bedroom apartment, 3 bilik tidur, 2 bilik air, kitchenette dan living hall.

glory-beach-resort-port-dickson (2)

Glory Beach Resort menawarkan jenis 2-bedroom apartment

Untuk fasiliti yang ditawarkan di Glory Beach Resort ni, ada pelbagai amenities disediakan untuk pengunjung antaranya ialah swimming pool, gym, steam bath dan BBQ area.
Jadi ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama dengan keluarga dekat Glory Beach Resort ni.

Bagi yang beragama islam yang ingin melakukan aktiviti BBQ, anda tak perlu risau kerana non-halal food is strictly not allowed untuk di panggang di BBQ area tu, jadi boleh la gunakan tanpa was-was ye.

Pada sesiapa yang lapar dan malas nak keluar cari makanan kat PD, boleh makan di Café Glory Beach Resort ni iaitu Karah Café. Karah Café ni menyajikan pelbagai makanan tempatan dan juga antarabangsa yang dapat memenuhi selera anda sekeluarga.

glory-beach-resort-port-dickson (3)

Pemandangan dari bilik yang sangat cantik.

Kalau berminat nak booking Glory Beach Resort pada musim cuti ni, korang boleh cuba cari di laman web Traveloka.

Jom bercuti, tak perlu pergi bercuti jauh jauh, #DekatJe tak apa. 😉

5,153 total views, 12 views today

Share
Comments
  1. Ruby
  2. Emily
  3. Mama Kembar 3
  4. Otomen Taro
  5. raihanah ahmad
  6. zulhilmi tempoyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge