Perbaharui Passport Di Pejabat Imigresen, UTC Mini Keramat

Share

Dalam tak sedar dah dekat 2 tahun uncle punya passport tamat tempoh. Kali terakhir uncle ke luar menggunakan buku merah adalah pada Desember 2013. Waktu tu ke USS. Lepastu dah tak gunakan passport tu untuk beberapa ketika.

Haritu belek balik passport sebab nak ke Saigon bulan sembilan depan, baru uncle perasan yang passport uncle dah expired. Jadi nak tak nak kena la ke pejabat imigresen untuk perbaharui passport.

Disebabkan pejabat imigresen di Seremban hanya terima untuk proses pada hari hari Sabtu dan Ahad, uncle terpaksa ke KL la untuk renew passport. Ikut cadangan kawan uncle, lagi cepat renew passport dekat UTC Mini Keramat berbanding di UTC Pudu Sentral sebab tak ramai sangat orang.

UTC Mini Keramat terletak berhadapan dengan Stesen LRT Damai

UTC Mini Keramat terletak berhadapan dengan Stesen LRT Damai

Cawangan Mini UTC Keramat

Alamat : Kompleks Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur

Telefon : 03-4251 1468 / 4251 1469
Fax : 03-4251 1414
Waktu beroperasi : Monday – Sunday : 8.30 am – 10.00 pm (Tutup pada hari cuti Umum)
Waktu Rehat : 7.00 pm – 8.00 pm (Waktu makan malam) & 12.15 pm – 2.45 pm (Solat Jumaat)

Sampai di Pejabat Imigresen, memang tak ramai orang seperti yang di beritahu. Tapi agak lama menunggu turn. Di khabarkan server down pada haritu.

utc mini keramat pejabat imigresen passport

Tunggu giliran. Tak ramai pun orang kat sini. Tapi, fuhhh lama gak tunggu giliran haritu sebab server down. Akibatnya, passport tak siap dalam 1 jam. Terpaksa datang semula untuk ambil passport pada hari lain

Untuk pengetahuan sekarang dah tak boleh renew passport untuk 2 tahun, kena terus untuk 5 tahun. Tapi jangan risau la, cuma RM200 untuk 5 tahun. Murah kan?




Jadi kira sendiri la berapa kali korang boleh keluar negara dengan gunakan buku merah tu? Harini kan “now everyone can fly” Hehe promote AirAsia kejap, mana tau dapat free trip ke Korea.

Cara Perbaharui Passport

  1. Ambil nombor giliran di kaunter. Hanya perlu serah passport lama, dan MyCard korang. Korang akan dapat 2 nombor giliran. Satu untuk ambil gambar di kaunter penerimaan, satu lagi untuk bayaran di kaunter bayaran.
  2. Tunggu sehingga nombor di panggil. Selepas di panggil, korang akan ke kaunter penerimaan. Sangat mudah nak renew passport sebab tak perlu isi borang. Hanya perlu update sikit maklumat macam nombor telefon, ketinggian dan alamat rumah terkini. Lepastu, pandang kamera, dan smile 🙂
  3. Kemudian tunggu nombor giliran untuk membuat pembayaran. Selepas selesai pembayaran, kalau tak ada masalah, dalam 1 jam, passport korang siap.

Nota: Passport akan di batalakan kalau tak ada pungutan selepas 3 bulan.

Mudah bukan cara nak renew passport? Boleh rujuk di pejabat imigresen berdekatan untuk renew passport korang. Okay la, pada yang nak ke Saigon pada awal bulan 9 nanti, jumpa korang di sana ya 😉

harga passport 2015

 

12,302 total views, 4 views today

Share
Comments
  1. Billy
  2. Hero Borneo
  3. Latif
    • Uncle Zuan
  4. Jira
  5. dalin74
  6. fauziah hj ahmad
  7. linda
    • Uncle Zuan
  8. shera
  9. Mel
  10. miaqaisarah
  11. yan
    • Uncle Zuan
  12. fariz
  13. Trava
  14. aju
  15. Mama razan razin
  16. Mama razan razin
  17. Nurul
  18. jentolak
  19. iman
    • Uncle Zuan
  20. Sani
    • Uncle Zuan
  21. akubiomed
  22. reezluv
  23. Bisnes Online
  24. Jie Susanos
  25. mamat
  26. Noriza Rahman
  27. siti hazreen
  28. Maisarah
  29. zik
  30. JMR
  31. Syazana zainn
  32. Shafawi Hamzah
  33. seri
  34. titan
  35. ibu
  36. ida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge