4 Peraturan Tak Tertulis Ketika Menaiki Komuter

4 Peraturan Tak Tertulis Ketika Menaiki Komuter | Terbaca update Halim mengenai kesibukkan KL Sentral, teringat yang uncle ada berpuluh-puluh draft yang masih tak di publish di blog.

Salah satu daripada entri yang tak siap di tulis adalah mengenai peraturan yang tak tertulis ketika menaiki KTM Komuter.

Biasanya kalau naik komuter, antara larangan yang bertulis adalah;

  1. Dilarang makan,
  2. Dilarang melakukan perbuatan tak senonoh,
  3. Dilarang membawa haiwan,
  4. Dilarang merokok,
  5. dan lain lain (lupa sebenarnya…)

Biasanya tak semua larangan di diikuti. Biasa la manusia, suka melanggar perintah atau peraturan. Kalau tak langgar tak sah agaknya?

Ok ini pula uncle nak share beberapa peraturan yang tak tertulis ketika menaiki ktm komuter (ia juga boleh di gunapakai ketika menaiki bus ataupun pengangkutan awam yang lain), peraturan atau larangan ini adalah hasil pemerhatia uncle selama menjadi pengguna public transport tegar,

Peraturan Tak Tertulis Ketika Menaiki KTM Komuter

  1. Jangan Cakap Terlalu Kuat – Ini biasa terjadi. Selalu kita akan dengar Mak Jemah sembang kuat dengan Mak Jemin mengenai resepi memasak Chicken Chop. Kita juga akan dengar Mr John sembang business juta-juta dalam talian dengan Dato Hafiz. Bukan tak boleh nak sembang atau cakap telefon, tapi cakap la dengan perlahan, sebab anda mungkin akan menyebabkan Bruce Benner bertukar hijau.
  2. Bagi Penumpang Turun Dahulu Sebelum Naik – Biasanya ramai yang tak sabar sabar bila komuter sampai. Mereka seperti terlalu teruja untuk naik sehinggakan sanggup memotong garisan, bertolak sana sini. Hasilnya orang yang nak keluar, makin susah nak keluar dari Komuter. Tah apa nak di kejar sangat tah? Nak berebut tempat? Baik berdiri daripada duduk. Tau tak yang kebanyakkan kes sakit belakang adalah berpunca dari duduk terlalu lama? Jadi adalah lebih baik beratur menuggu komuter sampai, benarkan penumpang keluar terlebih dahulu sebelum menaiki komuter.
  3. Bawa Hanya Barang Yang Anda Boleh Bawa – Ada penumpang yang bila naik komuter, dia bawa banyak barang. Senang cerita dia macam jadikan komuter tu sebagai bonet kereta. Dia akan ulang alik angkat barang masuk ke dalam komuter. Ada la 2-3 kali keluar masuk. Yaaa uncle faham, mungkin tak mampu nak beli kereta, dan sebagainya, tapi jangan la sampai membuatkan ia tak menyenangkan kepada umum.
  4. Kongsi outlet dengan orang lain – Kalau korang perasan, kat dalam Komuter ada outlet. Ia bagi memudahkan penumpang untuk charge phone, atau menggunakan outlet untuk memakai laptop dan sebagainya. Walaupun perjalanan sekejap sahaja, tapi outlet memainkan peranan, mana la tau ada orang punya bateri phone sudah dry out dan memerlukan untuk charge, jadi outlet comes to the rescue. Malangnya outlet biasanya ada satu je, tak ada extension atau adaptor. Jadi di sini, adalah penting untuk berkongsi outlet dengan membawa adaptor atau extension. Tak pun, bagi je orang tu pakai seketika. Kan memberi itu lebih baik dari menerima.

Itu sahaja antara peraturan yang tak tertulis yang pada uncle perlu orang sedar dan tahu sendiri tanpa diberitahu. Peraturan atau etika dengan lebih tepat perlu ada di dalam diri kita di mana sahaja kita berada. Etika ini sangat perlu ada di dalam diri kita, supaya kita menjadi orang yang lebih ohsem di mata masyarakat luar.

 

BONUS Peraturan Tertulis Ketika Menaiki Komuter:

  1. Berikan Tempat Duduk Kepada Yang Lebih Memerlukan – Menurut tuan Zahari (penulis mykembara.blogspot.my) ia satu yang biasanya ramai abaikan. Sikap prihatin dengan mereka yang memerlukan (orang tua, ibu mengandung, ibu dengan bayi) dan korbankan tempat duduk kita jika mereka berkenaan baru naik dan kita sedang duduk. Lainlah jika masih ada tempat duduk kosong.

Ada lagi yang nak tambah? Uncle akan kredit nama anda kalau sesuai. (kemaskini terkahir 24 September 2015)

 

Akhir sekali, Jadilah manusia yang beretika dan berakhlak mulia. Hehe Selamat Hari Raya Haji 🙂

ktm komuter (1)

Nota kaki: Uncle masih mencari travel buddies ke eropah hujung tahun ini. Ada yang berminat? Boleh baca detail di sini.

Comments
  1. kak yatiadam
  2. Faizul Ali
  3. nurul
  4. sabree hussin
    • Uncle Zuan
  5. siti hazreen
    • Uncle Zuan
  6. ahmadyani
  7. Noriza Rahman
  8. zik
  9. Adzrif Sidek
  10. Hero Borneo
  11. titan
  12. bukharimalek
  13. nila anggraini
  14. reezluv
  15. Miera Nadhirah
  16. shiqin sunshine
  17. Scha Nazri
  18. Khairul Zamri
  19. zool
  20. zahari
  21. Msio
  22. Pendekar Berkuda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Jom Ke Eropah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?...