Peraduan Reka Bina Bakat Besi Anjuran Modenas

Share

Siapa kata dengan tamatnya penganjuran F1, Litar Antarabangsa Sepang akan sunyi sepi?

Pada 29 October yang lepas, bertempat di Litar Antarabangsa Sepang di booth Modenas, telah dirasmikan peraduan reka & bina Bakat Besi anjuran Modenas.

Walaupun agak panas terik pada hari itu, gigih juga la uncle dan rakan blogger yang lain termasuk Luqman Zakaria datang untuk mendapatkan info dan bagi memeriahkan lagi majlis pelancaran tersebut.

modenas bakat besi

Majlis pelancaran peraduan Reka dan Bina anjuran Modenas di Sepang pada 29 October yang lepas dilancarkan oleh CEO Modenas, En Amir.

Kami mahu komuniti motosikal bukan hanya menjadi pemangkin sosial tetapi juga menyumbang kepada enjin ekonomi sebagai peluang dalam industri yang setiasa berkembang. Secara sistematik ini akan memberikan perusahaan baru yang akan menarik belia melakukan aktiviti sihat, mengurangkan masalah sosial dan pengangguran, dengan meletakkan mereka dalam R&D, pembuatan dan pemasaran. Bakat Besi adalah permulaan untuk mencapai semua itu.” kata En Amirudin Abd Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Malaysia ketika majlis pelancaran.

Bukan je dapat melihat model motosikal dengan lebih dekat, dapat juga info menarik mengenai peraduan reka bina Bakat Besi..

Pencarian Konsep dan Idea Baru Untuk Pengubahsuaian Motosikal

Bakat Besi mencari belia yang mempunyai kreatif, inovatif serta bakat dalam mereka bentuk, konsep dan idea melalui Peraduan Reka & Bina. Ia adalah satu insentif R8DER untuk mencari bakat baru yang akhirnya akan dimasukkan ke dalam pasaran.

Peraduan Reka & Bina Bakat Besi adalah ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Konsep Reka Bentuk dan Sticker.

Pada May 2017, Modenas telah melancarkan 3 model motosikal baharu, ia adalah; naked street bike “Pulsar NS200”, sportsbike “Pulsar RS200” dan the cruiser “V15”. Ini adalah hasil kerjasama antara Modenas dan Bajaj Auto Ltd (BAL), pengeluar motosikal terbesar di India, dan ketiga terbesar di dunia.

Ketika-tiga model ini akan dijadikan platform bagi Modenas untuk mencungkil bakat anak muda tempatan dalam bidang rekaan dan kejuruteraan motosikal.

Jadi untuk peraduan Reka Bina ini, peserta akan diuji skill reka bentuk dan sticker untuk model Pulsar dan V15.

Modenas Pulsar NS200

Modenas Pulsar NS200

Modenas Pulsar RS200

Modenas Pulsar RS200

Modenas V15

Modenas V15

Tengok dari template pun dah nampak cun melecun kan ketiga-tiga model ini.

Hadiah Menarik dan Lumayan Menanti

Pelbagai hadiah lumayan menanti peserta, antaranya adalah sebuah motosikal Modenas, Bauchar Tunai Petron dan wang tunai.

peraduan reka besi modenas

Poster Peraduan Reka dan Bina.

Baik, menarik kan setakat ini contest ini? Ia dibuka dari 28 October 2017 sehingga 28 November 2017 dan pemenang akan diumumkan pada 14 Jan 2018.

Untuk maklumat lanjut, layari www.r8der.my. Sebarkan kepada anak-anak muda yang punya bakat terpendam dalam reka dan bina, mana tahu rezeki mereka.

466 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. Otomen Taro
  2. titan
  3. NORIZA ABDUL RAHMAN
  4. Raihanah
  5. azwan
  6. Hamid
  7. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge