Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Alhamdulillah, selesai uncle menyelesaikan ibadah umrah dan ziarah dan pulang ke tanah air pada 12hb May yang lepas menaiki flight . Pertama kali uncle buat umrah, dan pergi bersama kawan uncle tanpa ditemani ahli keluarga yang lain.
Uncle berangkat ke tanah suci pada 2 May 2016 dibawah agensi Andalusia Travel & Tours. Pakej yang uncle ambil adalah pakej ekonomi. Jadi harganya memang la sangat berbaloi untuk orang bujang macam uncle ni iaitu cuma RM5,100 je.
Untuk pakej uncle ambil ni, semua urusan seperti visa, penginapan, makan dan minum, set beg pakian, insuran, cukai lapangan terbang, transportasi diuruskan sepenuhnya oleh pihak Andalusia. Kita hanya perlu sediakan sendiri Passport antarabangsa, 4 keping gambar berukuran passport, kad suntikkan ACYW135 yang mendapat pengesahan doc kerajaan atau swasta, dan barangan keperluan semasa berada disana (yang biasanya pihak Andalusia akan senaraikan untuk kita supaya tak bawa barang yang tak diperlukan).
Baca: Persiapan Mengerjakan Umrah Untuk Pertama Kali.
Untuk pake yang uncle ambil ni adalah selama 12 hari 10 malam yang mana kami menaiki pesawat Air Asia X berlepas dari KLIA2, dan mendarat ke Jeddah iaitu akan masuk ke Makkah terlebih dahulu.
Pengalaman Pertama Kali Mengerjakan Umrah Dengan Andalusia
Ditemani keluarga tersayang sebelum berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah Umrah untuk pertama kali
Uncle dan jemaah Andalusia yang lain diminta berkumpul di KLIA2 pada 1 May 206, jam 10 malam dimana sedikit taklimat ringkas akan disampaikan oleh mutawif yang akan membawa kami di sana nanti.
Memandangkan kami akan ke Makkah terlebih dahulu, kami di minta terus berpakaian Ihram di airport sebelum berlepas.
Flight berlepas lebih kurang jam 2.35 pagi dari KLIA2.
Perjalanan dari KLIA2 ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tak terasa jarak masa perjalanan itu, mungkin sebab teruja untuk menjejakkan kaki untuk pertama kali ke Tanah Suci.
Disebabkan kami akan terus ke Makkah terlebih dahulu bagi mengerjakan Umrah, kami dimaklumkan oleh Pilot kapal terbang tempat untuk berniat umrah (juga disebut sebagai ‘miqat‘). Sebab tu la dari airport kami diminta untuk terus pakai kain Ihram supaya tak tergesa-gesa pakai kain ihram waktu tiba di miqat nanti.
Nota: Segala perkara-perkara larangan dalam Ihram perlu dipahui sebaik sahaja kita berniat umrah.
Hari Pertama di Mekkah
Alhamdulillah, rombongan umrah kami tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada lebih kurang jam 7.05 pagi waktu tempatan.
Ramai yang tiba berpusu-pusu untuk dapatkan Simkad Zain. Salah satu simkad yang popular di sini yang banyak digunakan oleh jemaah jemaah luar yang datang ke Mekkah untuk mengerjakan ibadah umrah.
Uncle dah sahabat uncle usya-usya je pakej sim yang ditawarkan, tapi tak ambil pun. Kami hanya gunakan free Wi-Fi sepanjang kami berada di tanah suci.
Kami terus berangkat dengan menggunakan bus dari airport Jeddah ke Makkah yang mana perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Sampai sahaja ke Hotel Herra yang kami duduki sehingga 8 May, kami diminta berehat terlebih dahulu sebelum melakukan umrah.
Rombongan umrah kami bermula selepas waktu solat asar, iaitu lebih kurang jam 4 petang.
Kami dibimbing oleh Ustaz Alamsyah Daud, mutawif Andalusia yang berpengalaman dalam membimbing jemaah Umrah.
Kami dibawa dari Hotel ke Masjidil Harram, selaga maklumat penting diulangkali diberitahu oleh mutawif kepada kami supaya tidak berlaku kesilapan ketika mengerjakan umrah.
Tips ringkas untuk mereka yang PERTAMA KALI mengejakan Umrah
- Ikut mutawif dengan rapat,
- Bawa buku panduan umrah
Kesilapan uncle adalah tidak ikut kedua-dua tips yang uncle tulis diatas.
Dugaan Tidak Berbau
Nak dijadikan cerita, ketika kami melakukan Tawaf Umrah yang perlu dilakukan sebanyak 7 kali berturut-turut, entah macam mana pada pusingan ke 2, uncle terputus dari rombongan. Uncle seorang diri menghabiskan baki lagi 6 pusingan tawaf.
Habis sahaja pusingan, uncle masih tak nampak seorang pun dari jemaah Andalusia yang uncle kenal. Dengan keadaan yang sesak, dan hari sudah menghampiri Maghrib, uncle nekad untuk terus melakukan saie seorang diri.
Masalah yang terjadi seterusnya adalah, uncle terlupa dari mana nak mula saie, uncle tak bawa buku panduan umrah, dan uncle tak tahu kat mana nak buat saie.
Rata-rata jemaah yang ada begitu kusyuk mengerjakan ibadah. Uncle tak perpeluang untuk bertanyakan dengan mereka di mana tempat nak mulakan saie.
Ketika itu uncle hanya redha dengan ujian daripadaNYA, dan terus berdoa supaya di ingakan semula apa yang diajar, dan supaya uncle dapat gambaran di mana nak mulakan saie…
Alhamdulillah, doa termakbul secara cash!
Uncle teringat yang ada satu laluan berdekatan dengan Kaabah (laluan bertentangan arah dengan menara jam) yang akan terus ke kawasan saie.
Masalaah seterusnya adalah mana nak mulakan dahulu. Bermula dari bukit Safa atau dari bukit Marwah?
Kehulu-kehilir uncle mencari klu. Tidak ada tanda bermula yang uncle temui.
Sehinggalah uncle tiba di penghujung bukti yang uncle tak pasti namanya, di situ ada orang bercukur rambut.
Terus uncle teringat yang di penghujung Bukit Marwah, selepas selesai 7 kali pusingan dari Safa ke Marwah perlu bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai rambut.
Alhamdulillah.
Uncle terus bergegas ke Bukit Safa bagi memulakan saie.
Dalam perjalanan, ada banyak disediakan air Zam Zam secara percuma kepada jemaah. Uncle berhenti seketika dan minum secawan air Zam Zam bagi mendapatkan semula tenaga.
Dengan bertenaga dan penuh bersemangat uncle teruskan perjalan ke bukit Safa bagi memulakan saie.
Kebetulan sudah hampir masuk waktu Maghrib. Uncle tak ingat sudah berapa kali uncle buat pusingan, kemungkinan sudah separuh.
Uncle dan jemaah lain berhenti dari melakukan saie, dan terus melakukan solat Maghrib secara berjemaah.
Selepas selsesai solat Maghrib, uncle teruskan melakukan saie bagi menghabiskannya.
Selesai saie di Marwah, uncle menegur salah satu jemaah untuk meminjam gunting bagi memotong 3 helaian rambut. Jemaah tersebut tak faham bahasa inggeris, uncle hanya gunakan bahasa isyarat sahaja.
Selepas selesai bercukur atau bergunting, selesailah ibadah umrah.
Okay selepas itu, adalah baik untuk anda teruskan beribadah di dalam Masjidil Harram dengan melakukan solat solat sunat seperti solat sunat taubat, dan sebagainya.
Hotel yang kami duduki selama di Mekkah adalah Hotel Heraa.
Jarak berjalan kaki dari hotel ke Masjidil Harram hanyalah 10 minit.
Ia adalah hotel bertaraf 3 bintang yang merupakan hotel rasmi untuk jemaah Andalusia di Mekkah.
Makanan yang disediakan pihak hotel, sangat la sedap okay sampai anda tak terfikir pun nak makan kat luar.
Waktu hidangan sarapan pagi adalah seawal jam 8 pagi, hidangan makan tengah hari adalah pada jam 2.30 petang, dan hidangan malam jam 9.30 malam.
Hari ke-2 Hingga Hari Terakhir di Mekkah
Bagi yang pertama kali menunaikan umrah, adalah lebih baik gunakan sebaik mungkin masa yang ada di sana dengan beribadah. Tak perlu sibuk untuk beli barang-barang yang ada dijual di sekitar kawasan Mekkah kerana ia mungkin boleh melekakan anda dan boleh mengalakkan pembaziran.
Untuk pengetahuan, bagi pakej Umrah yang disediakan oleh pihak Andalusia, anda hanya akan dipimpin oleh mutawif untuk menunaikan umrah sebanyak 3 kali sahaja.
Nasihat uncle, ada masa, ada tenaga, buat la umrah sebanyak yang boleh. Dapat buat satu hari satu umrah pun dah okay 🙂
Anda boleh ke Tana’im iaitu salah satu tempat untuk berniat umrah. Tana’im ini adalah tempat berniat yang paling dekat dengan Makkah iaitu hanya 20 minit dengan menaiki teksi. Tambang teksi untuk ke Tana’im dari hotel hanyalah 40 rial untuk pergi dan balik.
Pernah juga kami menaiki van yang terletak di sebelah belakang pintu masuk utama Masjidil Harram menuju ke Tana’im.
Rate menaiki van jauh lebih murah iaitu hanya 5 rial untuk sehala perjalanan. Jadi kalau return hanya 10 rial.
Selagi boleh masuk ke dalam kawasan Masjidil Harram, Umrah boleh dilakukan tak kira siang atau malam.
Jangan risau bab pengangkutan ke Tana’im sebab teksi setiasa ada.
Uncle tak potong botak selepas selesai umrah pertama uncle. Sebaliknya uncle botak selepas habis umrah ke-7 uncle sebagai tanda kesyukuran dapat tenaga dan kesempatan untuk mengerjakan umrah.
Selain dari dipimpin oleh Mutawif untuk mengerjakan Umrah. Kami juga dibawa melawat Museum Hudaibiyah
Pada 8 May 2016, selepas checkout hotel, kami dipimpin Mutawif untuk melakukan tawaf Wada’ sebelum meninggalkan Makkah bagi meneruskan perjalanan ke Kota Madinah.
Kami bertolak ke kota Madinah selepas selesai tawaf Wada’ yang mana perjalanan dengan menaiki bus mengambil masa lebih kurang 6 jam.
58,846 total views, 2 views today
Terima ksh atas perkongsian
Allahuakbarr…bestnyr
Alhamdulillah….rezeki tuan kerana berjaya menunaikan umrah di usia yang begitu muda. Doakan kami semua agar dapat mengunjungi Baitullah suatu hari nanti. Insya Allah
Alhamdulillah.. taniah utk Uncle Zuan yg dpt tunai umra muda2..Insya Allah saya akan menyusul nanti. Agak2 kalau saya ambil pakej dengan syarikat ni okat tak? Cuti Umrah mutawwif dia selenbriti Naib Juara Program Manhajj Mutawwif Astro Oasis.
Alhamdulillah. Tahniah. Doakan semoga satu hari nanti saya juga dapat menjejakkan kaki ke sana ya.
Alhamdulillah syukur….jika ada rezeki pergi lah pula dalam bulan Ramadhan…
Seronoknya tengok uncle dijemput menjejakkan kaki ke tanah haram
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN recently posted…Berapa Kuantiti Selamat Pengambilan Kafein Semasa Hamil?
alhamdulillah ..bro ada peluamg dan kesempatan untuk membuat umrah…
saya pun berazam dan berniat juga nak buat umrah..
aamiin an in shaa Allah
Hero Borneo recently posted…Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Hebat jua bro..
Tahniah kerana berjaya melakukan umrah..
Tak semua mampu pergi umrah
mrhanafi recently posted…Mengapa Saya Peluk Agama Islam
Alhamdulillah.. taniah utk Uncle Zuan yg dpt tunai umra muda2..semoga saya juga berpeluang nnt insyaAllah..aamiin
Semoga menjadi inspirasi kepada anak2 muda yg lain. Info yg sangat bermanfaat. Thanks wan.
Terima kasih di atas perkongsian pengalaman yang berguna bagi panduan mengerjakan umrah.Semuga saudara diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah swt
thanks for sharing, boleh digunakan sebagai panduan
Ira recently posted…Rindu Bumi Mekah Dan Madinah Memang Tak Terkata
Tq for sharing Uncle Zuan.. First time saya singgah blog ni.. Tak tau kenapa saya menitiskan air mata membaca entry umrah Uncle ni. InsyaALlah saya bakal menunaikan umrah bersama Andalusia akhir Nov ni. Banyak dapat panduan dari blog ni. Tq.
Wan Syahida recently posted…Testimoni Demam Kebah Kurang 24 Jam Dengan Immune Booster Nutriferon
doakan saya pula dapat kerjakan umrah. lagi best kalau dpt tiket dengan shaklee
raihanah recently posted…Wanita Ini Berjaya Atasi Nephrotic Syndrome
Lepas ni boleh tunaikan haji dan umrah sekaligus 🙂
Ikhwan recently posted…Beli Rumah Atau Kereta Dahulu
Alhamdulillah dapat uncle tunaikan umrah..mudah-mudah lepas ni sy dan suami pulak kesana dijemput menjadi tetamu Allah….aamiin..
inshaAllah, ada rezeki anda dan keluarga jadi tetamu Allah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Alhamdulillah syukurlah sebab diberikan peluang untuk menunaikan Umrah. InsyaAllah selepas ini giliran saya pula.
Khairul Zamri recently posted…Gunung Angsi Hiking Challenge 2016
inshaAllah, ada rezeki, peluang anda untuk jadi tetamu Allah pasti tiba 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Alhamdulillah,, Semoga Amal ibadahnya di terima disisi Allah. Aminn
inshaAllah, moga semua amal ibadat kita diterima Allah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Aminnn…
bukan senng nk dapat peluang mcmni… rezeki Allah tu luas…
potia casadelarossa recently posted…Bunyi Paling Kuat Dalam Sejarah Manusia | Info Minda
betul tu. alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air.
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Syukur Alhamdullilah.. Bestnya dah tunaikan umrah, turn mummy tak tau bila… Anw satu perkongsian ilmu yg cukup bermakna. Tq!
thanks, inshAllah, ada rezeki mummy dan keluarga dapat jemputan ke tanah suci menjadi tetamu Allah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
alhamdulillah bestnya , doakan kami pulak nanti dpt jejakkan kaki di mekah
inshaAllah, ada rezeki, dapat la jemputan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
bertuah uncle dpt buat umrah..
entry ni dpt dijadikan panduan ke sana..lebih2 lg cter uncle terpisah dgn rakan2..
Jie Susanos recently posted…Harga Mesin Atau Tong Aiskrim
harap pengalaman yang dikongsikan ni bermanfaat kepada anda dan semua yang mencari info dan panduan mengerjakan umrah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Terbaik bro perkongsian ni bro…mudah-mudahan satu hari nanti berpeluang juga untuk menjejakkan kaki ke sana nanti…
Ezad Skytech recently posted…Film Review – Doctor Strange
inshaAllah ada rezeki, ada la peluang jadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekkah 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
alhamdulillah… doakan saya pula ke sana 🙂
inshaAllah, ada rezeki, anda akan dapat jemputan ke tanah suci bersama keluarga satu hari nanti juga 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
nice sharing..Tetamu Allah.
alhamdulillah, moga anda dan keluarga juga dapat jemputan ke tanah suci satu hari nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo
Alhamdulillah…
Muda lagi dah dapat pergi menunaikan Umrah… Doakan semoga satu hari nanti saya juga dapat menjejakkan kaki ke sana…
Anuar recently posted…Rezeki hari Jumaat itu pasti, kalau………
alhamdulilah, rezeki dapat jemputan ke tanah suci pada usia muda ni. Saya doakan anda dan keluarga dimurahkan rezeki untuk ke tanah suci suatu hari nanti 🙂
Uncle Zuan recently posted…Video Red Mosque dan Tempat Menarik di Colombo