Pengalaman Pergi Bercuti Ke Krabi Dengan Percuma
Tajuk macam uncle menang contest pakej bercuti ke Krabi je kan?
Hakikatnya uncle tak menang kontest, tapi memang dapat pergi bercuti ke Krabi dengan PERCUMA… Yup, percuma! Hehe bagaimana anda tanya?
Ohhh ini bukan trip yang di sponsor oleh badan pelancongan tempatan ataupun antarabangsa… Jauh sama sekali. Dan to be honest, tak pernah dapat pun.. sobsssss….
Sebenarnya ini cerita lama… Saja nak kongsi kat anda semua pengalaman dapat pergi bercuti ke Krabi. Tiga (3) tahun lepas, uncle dapat ikuti trip company uncle jalani latihan industri bercuti ke Krabi, Thailand. Company yang uncle ikuti latihan industri ni memang setiap tahun buat company trip. Kebetulan waktu uncle praktikal kat sana, diorang nak buat company trip waktu tu. Uncle di-offer untuk ikut, dan takkan nak tolak rezeki kan? Ikut je la hehe…
Alhamdulillah, rezeki dapat peluang praktikal kat sana dan dapat bercuti dengan PERCUMA lagi. How cool is that? 😉
Tempat Penginapan – Vogue Resort & Spa
Nak kongsi tempat yang kami inap sepanjang 3 hari 2 malam di sana adalah di Vogue Resort & Spa. Resort ni terletak berhadapan dengan jalan utama ke pantai. Dari ke resort ke pantai, jarak berjalan kaki cuma 5 ke 10 minit. Dekat je. Agak agak bosan tengok TV dalam resort, boleh layan angin pantai.
Sangat selesa menginap di hotel ni. 1 bilik duduk 2 orang. Ada swimming pool, ada free wifi, ada massage, ada spa & sauna, sarapan pagi di sediakan. Macam-macam ada la.
Thank you boss!
Aktiviti Di Krabi- Jalan di persisir pantai Ao Nang, Snorkeling di Hong Island, dan Songkran Festival
Kalau nak buat aktiviti di Krabi, banyak sebenarnya aktiviti yang anda boleh buat. Memandangkan uncle hanya budak praktikal, duit poket pun tak banyak waktu tu, dan percutian company hanya cover tiket penerbangan & penginapan, uncle limitkan aktiviti uncle di sana dengan Island Hopping di Hong Island. Itu pun uncle dah cukup bersyukur!
Pertama kali uncle snorkeling. Mula-mula uncle ingatkan kena ada skill berenang atau skill sekurang-kurangnya apungan badan untuk snorkeling ni. Sangkaan uncle meleset sebab ada di sediakan life jacket dan goggle. Memang sakan la uncle snorkeling. Banyak hidupan laut boleh tengok kat sini.
Pengalaman yang tak ternilai. Ye la, pertama kali kot merasa snorkeling. Memang one of the memorable experience for me.
Rate untuk snorkeling di Hong Island adalah antara 900 baht hingga 1000 baht. Kira ok la rate dia untuk budak praktikal.
Untuk pakej snorkeling yang di ambil, akan bermula aktiviti dari seawal 9 pagi sehingga 4 petang. Ada 4 checkpoint yang kami singgah iaitu Hong Island, Hong Lagoon, Paradise Island dan Daeng Island. Makanan halal waktu makan tengah hari juga di sediakan kami. Jadi tak perlu susah-susah nak tapau bekal makanan dari hotel.
Suk san wan songkran! Kebetulan time uncle ke Krabi, ada Songkran festival! Ia adalah pesta Tahun Baru di Thailand. Juga dikenali sebagai pesta air sebab di sambut dengan permainan air, tapi sebenarnya ia adalah pesta Tahun Baru di Thailand. Pesta Songkran bermula dari 13 April hingga 15 April setiap tahun. Pengalaman menyambut pesta Songkran bersama penduduk tempatan, dan pelancong lain adalah pengalaman yang sukar di lupakan. Kami pun tak jangka yang tarikh kami ke sana adalah tarikh berlansungnya Songkran Festival.
Expect to get wet kalau anda berjalan di sekitar kawasan festival berlangsung. Jadi lindungi barang berharga anda seperti wallet, passport dan smartphone. Take note yang anda tak boleh nak marah atau mengamuk kalau jadi mangsa dibasahkan dengan air, sebab memang WAJIB di basahkan dengan air kalau ke kawasan festival berlangsung. Hehe…
Mark your calendar kalau nak merasa festival yang unik ini!!!
Percutian ke Krabi dengan company uncle jalani latihan industri adalah satu percutian yang sukar dilupakan pengalamannya. Ia satu trip yang anda mampu buat dengan bajet yang rendah. Sebab apa?
Sebab makanan halal mudah nak dapati dan tak mahal sangat, pakej aktiviti yang ada pun pada harga yang berpatutan ikut kepada apa aktiviti yang anda ambil, dan barangan cenderamata yang di jual pun tak mahal.
Hmm bila lagi nak dapat percutian PERCUMA ya? Uncle sebenarnya teringin nak ke Bangkok dan Phuket. Ada yang nak sponsor?
8,795 total views, 1 views today
Nak tanya, hotel yg u duduk tu ada provide halal food (halal breakfast) x?
untunglah..
dapat pegi krabi free..free aje.
titan recently posted…Simpan duit anda dengan SSPN-i PLUS
haha tak la free sangat 😀
Uncle Zuan recently posted…Kelebihan dan Kekurangan Kamera Aksi GoPro Hero 4 Silver
best dapat kenal tempat and budaya di tempat orang
jida recently posted…3 sebab kenapa saya suka buat bisnes online ?
traveling sentiasa best!
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Aku memang ada plan nak ke Krabi ni…tapi tak tahu bila boleh dapat pergi…hehe
P.S – Untunglah…masa praktikal untuk L.I pun boleh dapat pergi company trip…hehe
Ezad Skytech recently posted…Pertempuran Captain America v Iron Man Di Sunway Pyramid
hmm sori la rasa macam malas lagi nak ke krabi untuk kali ke-2. Ce tanya blogger Jamar, dia nak backpack ke Krabi tu.
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
Bila baca sal Krabi ni rasa macam nak pergi lagi..seronok sangat kat sana. Sis kalau bab2 laut ni memang teruja sangat walau tak pandai sangat pun berenang..hehehe
nak berenang kat laut ni tak semudah berenang kat swimming pool.
tapi tu la kan, laut ni ciptaan illahi yang berjaya memenangi hati ramai orang 😀
Uncle Zuan recently posted…Kafeteria Aunty Tartlets Bukan Hanya Jual Tarts
JOM BRO BACKPACK KE SANA
haha serius?
Uncle Zuan recently posted…Perkara Yang Boleh Dilakukan di PD Selain dari Mandi Pantai
tahun ni kemana plak agaknya ye 😀
reezluv recently posted…Lai Chee Kang Sedap Di Taman Kanak-Kanak, Ipoh
tahun ni ke Santorini Greece, tapi tak dapat sebab tak hit challenge yang di tetapkan company. tahun ni akan usaha lebih lagi supaya dapat pergi bercuti secara percuma pada tahun depan 😀
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
mak aiii uncle, bestnyer…percuma lak tu jeles3x
siti hazreen recently posted…Karnival Jom Masuk U di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi
hehe jangan la jeles. nanti ada punya peluang dapat bercuti dengan percuma
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
huntung sangat ni buat LI terus dpt involve trip international. seronok. sy dulu LI elaun pun xde
MDHAFiZ.NET recently posted…Misi Adsense Bahagian Lima (CPC Tertinggi)
tu la, tak expect pun dapat. rezeki individu lain-lain kan 😀
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
dulu pergi company trip ke Phuket. Bila company nak buat trip ke Krabi pulak?
wah phuket tu. uncle tak pernah sampai phuket lagi
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
Wah bestnya… Dapat pergi bercuti ke Krabi secara PERCUMA… Beruntungnya dapat menjalani LI dekat company tu…. Cuba tolong tanyakan Company tu… dia nak pakai student Politeknik tak?
Anuar recently posted…Pemenang Wang Tunai RM5,000 dan Iphone 6S Plus
alaaa saya dah lost contact dengan staff company tu. no phone tah mana tah
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
hujung tahun ni cuti sekolah panjang rasa macam nak pegi juga ke krabi ni. tapi kena menyimpan dari sekarang. kos mesti banyak nak pakai
Olaoli recently posted…Teknik Promosi Offline
pergi sorang atau dengan family? kalau sorang, murah je trip ke krabi ni. tak mahal pun 😉
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
untungnya dapat free, cantik2 pula tempat tu
Raihanah Ahmad recently posted…Peranan Bapa Dalam Menjayakan Penyusuan Ibu
alhamdulillah, rezeki. harap akak pun dapat pergi bercuti secara percuma juga nanti ye hehe
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
best giler boleh pergi free.
YB Shehan recently posted…WP HOTEL WITH INFINITY POOL – PERCUTIAN SINGKAT DI TENGAH KOTA KUALA LUMPUR
alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi. harap dapat lagi la bercuti secara percuma ke mana mana lagi lepas ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
Amboi uncle, ni sengaja keluarkan cerita lama supaya dihantar lagi ke sana ke?sambil menyelam minum air, kursus and relax, bagus gitu kan?
Noriza Rahman recently posted…Pilihan Green Smoothies untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi
memang takkan dapat ke sana lagi la sebab dah tukar company. lagipun haritu pergi bercuti bukannya kursus pun hehe 😀
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
ho..ho…ho..cerita lama rupanya tetapi memang masih seronok juga untuk dibaca
mrhanafi recently posted…Nak Ubah Cara Penulisan Blog
ya, tak dinafikan cerita lama, tapi masih segar diingatan hehe
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
Staff kesayangan ke nie?
haha semua adalah staff kesayangan 😀
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
Jarang dapat company yang sponsor trip macam ni untuk staff..kalau dapat tu, kira huntungggg sangat..
betul tu. kalau ada pun company tu bagi kat yang perform je.
Alhamdulillah dapat merasa trip free ke krabi
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban
oooo igt uncle baru pergi..
cool btulbos uncle..belanje..
Jie Susanos recently posted…Filem Ip Man 3 (2015) | Buat Aku Teruja
dah lama dah, tapi rasa macam baru je sebab pengalaman dia yang sangat berharga
Uncle Zuan recently posted…Bus v Komuter: Seremban KL Seremban