Pengalaman Menyertai Swiss-Garden Damai Laut Food & Fun Hunt

Share

13 hingga 15 January lepas uncle dan team Projek Travel telah join Damai Laut Food & Fun Hunt yang dikendalikan bersama oleh Swiss-Garden Resort Beach Damai Laut (sebagai penganjur utama) dan Time Out Solution (yang mana pakar dalam bidang treasure hunt).




Pertama kali pengalaman uncle join treasure hunt. Dah lama sebenarnya teringin nak join, tapi asyik tak berpeluang je. Bila ada peluang depan mata, uncle pun ON je la untuk menyertai Damai Laut Food & Fun Hunt ni.

Damai Laut Food & Fun Hunt ni telah disetai lebih 5o orang wakil (dengan jumlah keseluruhan 17 team) dari media, blogger, dan social media influencer.

Pertandingan ni bukan semata-mata macam amazing race yang mana siapa sampai dulu dia menang okay, dia ambil pemarkahan juga dari pelbagai aspek, jadi siapa sampai last, tak semestinya berada di tempat terakhir. Ia merangkumi cabaran makan, puzzles dan soalan yang perlu dijawab, treasure hunt dan Facebook contest.

Bukan Semata-Mata Siapa Sampai Dahulu Ke Garisan Penamat

Menurut Mr Patrick Tee, Pengurus Besar Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, “Damai Laut Food & Fun Hunt adalah cara yang menyeronokkan untuk meneroka tempat-tempat menarik serta makanan tempatan yang unik di negeri Perak. Bersempena Tahun Melawat Perak 2017 dan acara ini adalah platform yang ideal untuk mempromosikan tarikan pelancong dan mengetahui sejarah Perak, budaya dan warisan yang ada.

Damai Laut Food & Fun Hunt bermula dari Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur.

Flag-off secara rasminya dilepaskan oleh Mr Patrick Tee yang mana antara lokasi yang yang kami perlu terjah untuk melengkapkan tugasan adalah Menara Condong Teluk Intan, Tokong Tua Pek Gong di Kampung Pasir Panjang, Marina Wing di Lumut, Istana Kellie, Segari Turtle Sanctuary, Muzium Beruas dan Tanjung Tualang Tin Dredge.

damai-laut-food-fun-hunt

damai-laut-food-fun-hunt

damai-laut-food-fun-hunt

damai-laut-food-fun-hunt

Kami juga dapat merasai pelbagai hidangan tempatan seperti James Chendol, Mee Hailam Parit, Paksu Laksa di Tebuk Yan dan Bubur Perak bergegas ke check point pada terakhir iaitu di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut.

Turtle-Release-Programme-Segari-Turtle-Santuary-Ministry-of-Fisheries-Perak.

Kemuncak Damai Laut Food & Fun Hunt adalah Program Pelepasan Turtle daripada Segari Turtle Santuary dan Kementerian Perikanan Perak. Lebih kurang 30 penyu hijau telah dilepaskan pada malam terakhir kami di Swiss-Garden Damai Laut sebagai sebahagian daripada kesedaran kepada umum khususnya untuk mendidik orang ramai mengenai jenis-jenis penyu yang terdapat di Malaysia, habitat mereka dan juga meningkatkan kesedaran mengenai usaha pemuliharaan penyu.

Kami Menang Tempat Ke-4

Alhamdulillah, walaupun pertama kali uncle join treasure hunt macam ni, dipermudahkan yang uncle dapat teammate yang mudah untuk bekerjasama dan berbincang. Sikap toleransi dilihat sangat penting dalam hunting macam ni terutama bila ia melibatkan kumpulan yang lebih dari 2 orang.

Malam tu, waktu dinner, kami diminta untuk berpakaian ala-ala fisherman atau nelayan. Jadi gambar di bawah adalah hasilnya;

damai-laut-food-fun-hunt (3)

Pada malam terakhir diadakan Majlis Makan Malam Gala Di Tepi Pantai dan hadiah telah diberikan kepada Top 5 pemenang berdasarkan kepada markah yang diperolehi semasa 2 hari Food & Fun Hunt dijalankan.

Pemenang tepat pertama adalah adalah dari Team 6, The Asian Publisher, tempat kedua jatuh kepada ParGolf Magazine (team 10), wajil dari Mix Fm iaitu team 14 di tempat ke-3, kami wakil Projek Travel berada di tempat ke-4 Projek Travel dan dari Unreserved magazine (team 9) berada di tempat ke-5.

Selain tu ada juga hadiah istimewa untuk mereka yang aktif di social media, kategori Best Selfie dimenangi oleh Khairunnisa Assila Binti Saharudin dari Santai Magazine. Kami Team Projek Travel memenangi kategori Best Wefie, untuk kategori Most Creative Pose dimenangi oleh team Media Prima and NST, Most Creative Caption dimenangi oleh The Asian Publisher, dan mytravellicious.com memenangi kategori Most Like.

Yang Penting Semua Enjoy

Rasa tak puas pula hanya 2 hari Food & Fun Hunt ni berlangsung sebab kalau diikutkan banyak lagi tarikkan menarik yang boleh diterokai bukan sahaja di sekitar Damai Laut, malah di seluruh negeri Perak.

Terima kasih kepada pihak Swiss-Garden kerana telah menjemput kami Team Projek Travel untuk menyertai Damai  Laut Food & Fun Hunt ni. Ternyata kami sangat enjoy acara seperti ini dan ia telah mengukuhkan lagi team bonding antara kami.

Harap pihak Swiss-Garden akan terus mengadakan acara seperti ini pada masa akan datang. Dan jangan lupa untuk invite uncle dan team Projek Travel untuk join lagi ya, sebab lepasni kami akan pastikan yang tempat pertama adalah milik kami hehehe.

4,385 total views, 2 views today

Share
Comments
  1. nila anggraini
  2. nikkhazami
  3. Ira
  4. Seorang Syed
  5. Sue
  6. titan
  7. siti hazreen
  8. Jari manis
  9. UYUL ROSLI
  10. raihanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge