Pengalaman Menginap Di Salah Sebuah Homestay Amnahome Di Perth
Menginap Di Amna Home Perth…
Cintaku teringgal di Perth…
Baik, sebelum uncle cerita mengenai travel uncle di Perth, Australia, adalah lebih baik uncle cerita dulu mengenai tempat uncle menginap selama 2 malam (uncle hanya sempat berada di Perth untuk 4 hari 3 malam) ketika uncle berada di bandar Perth.
Uncle dan travel buddies uncle yang lain telah menginap di salah sebuah homestay milik Amnahome di Perth.
Homestay ni terletak di Murray Street, Perth. Lokasinya sangat strategik sebab terletak di tengah-tengah bandar Perth.
Pasti anda tertanya-tanya, kenapa ambil homestay? Kenapa kami tak ambil hotel atau hostel je?
Baik biasanya, kalau uncle travel uncle akan ambil bajet hotel ataupun hostel.
Tapi untuk mencari kelainan pada travel kalini, uncle dan travel buddies decide untuk ambil homestay.
Lepak dalam homestay Amnahome ni memang boleh jadi malas nak keluar.
Pekena hot tea dulu sebelum keluar….
Antara kelebihan yang ada pada homestay yang di-provide oleh Amnahome di Perth adalah:
- Berdekatan dengan tarikkan dan kemurahan yang ada. Kebanyakkan tarikkan dan kemudahan yang ada boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki.
- Lokasi senang nak dapat akses public transport seperti bus, cab, dan train.
- Harga berpatutan dan lebih murah dari Hotel. Untuk satu malam, hanya AUD 165. Satu homestay boleh muat hingga 6 orang. Kami pergi berlima, jadi kating-kating harga, sorang tak bayar banyak pun.
- Ada dapur, jadi boleh masak. Lebih jimat memasak dari makan di restoran. Tambahan pula convenience store dekat je, jadi boleh dapatkan roti, telur, ataupun ayam (yang ada halal certificate) dan masak je kat dalam homestay.
- Layanan staff Amnahome yang sangat friendly dan suka membantu. Uncle suka bab servis dari staff Amnahome sebab diorang sudi membantu walaupun kadang-kadang bantuan yang kita minta tu bukan tugas mereka. Kami pernah sesat jalan, PM diorang, diorang siap tolong untuk bagi guide. Siap ada rekomen tempat makan yang sedap yang di uruskan oleh orang Malaysia di sana lagi. Terbaik Amnahome, sebab pandai cari staff yang bagus-bagus.
- Amnahome homestay sangat selesa sebab feeling menginap kat homestay ni macam duduk kat rumah, bukan duduk di hotel mahupun hostel. Semua kelengkapan asas yang ada kat rumah ada kat sini macam; peti ais, dapur memasak, iron, mesin basuh, dryer. Cuma tak ada wifi je. Tapi bagus juga tak ada wifi, uncle ke Perth untuk exploring, bukan untuk bersocial media hehe…
Risau bajet lari kalau hantar baju busuk ke dobi?
Tak perlu risau, ada disediakan washing machine dan dryer.
Overall, menginap di homestay Amnahome di Perth sangat memuaskan pada uncle. No complains. Suatu pengalaman baru menginap di homestay di luar negara yang takkan uncle lupakan.
Baik, untuk info tambahan mengenai homestay Amnahome di Perth yang uncle telah menginap selama 2 hari;
Check-in time pada pukul 2 petang, dan check-out time pada pukul 12 tengah hari.
Harga satu malam adalah AUD $165. Deposit cuma AUD $200.
Alamat penuh penginapan uncle: 305, Mantra on Murray, Murray Street, 60000 Perth WA.
Untuk tempahan boleh hubungi :
Melalui WhatsApp di +61 402 966 473,
Melalui Email di reservation@amnahome.com
Melalui FB Page di https://www.facebook.com/AmnaHomeOfficial/
*** UPDATE: Amna Home telah tukar jenama kepada The Cloverr. Untuk pilihan homestay yang ada ini tidak lagi disediakan pihak Amna Home. ***
11,996 total views, 3 views today
salam…free visit…homestay muslim murah perth
https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/
Banyak tip. Periuk nasik, sama arus letrik mcm Malaysia ke?
Tq for sharing
Ira recently posted…Tips Ahli Shaklee Hanya Untuk Makan Sendiri Supaya Sentiasa Untung
Mudah lepas ni nak ke perth sebab dah tau info ni. tq 🙂
Nice info Zuan. Seronok pula ini homestay, viewnya cantik 🙂
thanks. sangat best menetap di sini. ada peluang ke Perth, jangan lupa menginap di Amnahome homestay ya 🙂
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Wah seronoknya…. Mau juga jalan2 luar negara… Tapi tidak berani naik flight… Gayat ba…
aiyo. kalau gayat tak bisa nak tolong la 😀
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Huntongggggla uncle boleh gi jenjalan
Noriza Rahman recently posted…Kenapa Air Kencing BERBUIH? Normal atau Tanda Penyakit?
haha jom la jejalan lagi 😀
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Best tu…siap ada washing machine dan dryer lagi…ape lg nk?complete and owesome…
Introducer maybank/cimb-0127292850 recently posted…INTRODUCER AKAUN SEMASA MAYBANK/CIMB : kaedah berurusan dan testemoni terkini usahawan yg telah berjaya mendapatkan account semasa.
yup. so tak yah bawak baju banyak banyak kalau dah ada 2 benda ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
tu bukan telur dadar dah tu..tu scramble egg ;p
jari manis recently posted…Trip Hatyai – The Great Serpent Nag in Songkla
tak sama ek? lalalala
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
bestnya nampak tempat orang.. hehe…
jom jenguk sini ya.. hehe
matdin recently posted…SERVIS
sangat best! ada peluang jalan jalan la ke Negara orang 🙂
Uncle Zuan recently posted…Solusi Terbaru Kepada Masaalah Kulit Berkedut dan Tidur Berdengkur Pada Waktu Malam
Nampak kemas dan selesa homestay tu. Bestnya jln jln tgk negara org
Mama Kembar 3 recently posted…Kegilaan Semasa Mengandung
yup. sangat kemas dan selesa. memang rekomen untuk mama dan family kalau datang bercuti ke Perth 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Bestnya… siap ada dryers tu.. jarang ada homestay yg menyediakan kemudahan complete dengan dryers sekali.. kalau mesin basuh tu memang dah biasa dengar..
anuar recently posted…7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
yup. amnahome nye homestay memang ada sediakan dryer. saya dah try kat kl punya pun ada dryer 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Bestnye siap ada pengering baju..boleh masak lagi…mmg jimat la gini..
tu la. nasib baik ada disediakan. memang jimat. sabun basuh baju pun ada tau 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
tu cukup kaw-kaw menarik..nasib dia x bagi bibik terus…hihi
untunglah.
sape yang payung nih wehh?
hoho
titan recently posted…Volkswagen Kuning yang SERAM
hehe tak ingat ke yang dulu aku ada menang contest video Amnahome kat SBB2016 tu?
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
homestay juga menawarkan pakej seperti hotel..harga pula sangat ,murah pulak tu.
mrhanafi recently posted…Projek Amal Blogger Jadi Projek Besar
cuma tak ada tukang bersih bilik macam hotel dan pelayan macam hotel je. personally saya lagi selesa macam ni 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
Pemandangan kat luar yang sangat cantikk.
hehe tu baru satu gambar pemandangan. banyak lagi tak share 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
oooo homestay pun boleh dpt kat sana, ya..
Jie Susanos recently posted…Tips Terbaik Berniaga Di Instagram
boleh. sekarang ni mana-mana boleh dapat homestay thanks to Airbnb 😀
Uncle Zuan recently posted…Seram Sejuk Menginap Di Cottage Frementle Prison YHA
bestnya.. berapa 1 malam tu yer..
tak perasan yang tak tulis rate satu malam. Hehe thanks inform, dah update..
satu malam AUD $165 je 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Menginap Di Salah Sebuah Homestay Amnahome Di Perth
Besarnya tempat penginapan tu. Rasanya kalau sampai 2 malam tak cukup masa
Habis duduk dalam bilik saja. 🙂
Insyaallah ada rezeki akan pergi perth juga pusing pusing ambil angin
Cari pengalaman hidup
Kami tidur 2 malam je sebab lagi satu malam nak tidur di tempat lain 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Menginap Di Salah Sebuah Homestay Amnahome Di Perth
ewah ewah uncle kat perth! mesti berkepuk2 duit nih…hehe
siti hazreen recently posted…Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat Maktab Tentera Diraja 2017-2018
alhamdulillah tak berkepuk pun duit, cuma bebas dari hutang lapuk 😀
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Menginap Di Salah Sebuah Homestay Amnahome Di Perth
Share iti kt perth bro…tq
will do, tapi saya share apa tempat kitorang pergi je la sebab tak buat iti haha;)
Uncle Zuan recently posted…Pengalaman Menginap Di Salah Sebuah Homestay Amnahome Di Perth
bersaya-saya pulak kau ni…haha malu i tau
hahahahaha bukan dah selalu bersaya awak ke? :p