Pengalaman Menginap di Hotel 81 Gold, Singapura
Memandangkan ada yang bertanya di mana uncle stay sepanjang 2 hari uncle merayau di Singapura, untuk entri ini uncle akan kongsikan tempat uncle menginap selama 2 hari 1 malam di Singapore.
Pada awalnya merancang nak cari hostel sahaja sebab lebih murah dan boleh tambah kenalan pada masa yang sama. TAPI di sebabkan kebanyakkan hostel dah penuh dan review pun kurang mengalakkan, uncle pilih untuk menginap di Hotel 81 Gold yang terletak di Geylang, Singapore yang punya review yang lebih baik walupun sedikit mahal untuk uncle.
Hotel 81 Gold ni terletak di Geylang. Stesen MRT terdekat adalah stesen MRT Aljunied dan stesen MRT Kallang. Hotel 81 ni ada banyak, tak silap uncle ada 24 buah kesemuanya yang terletak di lokasi yang berbeza-beza. Uncle pilih Hotel 81 Gold yang terletak di Geylang kerana sebab paling murah. Lagipun hanya 5 minit berjalan kaki dari stesen MRT Aljunied.
Hotel takkan best kalau tak ada WiFi, dan kalau ada WiFi pun macam siput kelajuannya. Nasib baik hotel ni ada free WiFi, tapi mengejuatkan yang WiFi dia punya speed biasa-biasa je. Yang klakanya, boleh kadang-kadang disconnect sendiri. Memandangkan uncle tak beli simkad untuk traveler, dan bergantung harap pada free WiFi sahaja, agak sukar untuk uncle berhubung dengan kesayangan sepanjang di Singapura.
Okay ini bilik uncle dan travel buddies uncle. Memandangkan beliau kamera shy, jadi tiada gambar beliau kat sini. Kalau ada pun gambar beliau dari belakang. Demi menghormati privasi travel buddies uncle, uncle tak upload gambar dia di dalam entri ini hehe.
Kelengkapan yang di sediakan cukup pada asasnya. Cuma tak ada peti sejuk mini. Tapi lain-lain macam tv, aircond, water heater, cawan, tong sampah, dan hair dryer ada di sediakan.
Toilet pun basic tapi memadai. Tapi bonus kalau ada tub mandi hehehe.
Pemandangan dari bilik uncle. Boleh la nampak sebahagian kawasan Gyelang.
Peta ke Hotel 81 Gold
Alamat Hotel 81 Gold: 20 Lorong 20 Gyelang Singapore 398738
Telefon / Fax: 62958181 / 67418801
Website: www.hotel81.com.sg
Email: hotel81@hotel81.com.sg
Ok dah alang alang uncle kongsi hotel yang uncle stay ni, uncle kongsi sekali tempat makan halal yang berdekatan dengan Hotel 81 Gold. Sebaris dengan Hotel ni ada kedai Indian Muslim Food (kira mamak la). Macam-macam makanan yang kita biasa dapat kat Malaysia ada di jual di sini. Kalau dibanding harga tempat makan lain, harga di sini lebih berpatutan. Jadi kalau plan nak keluar pagi, balik malam, melantak la puas puas kat sini sebelah paginya.
Okay sampai sini sahaja perkongsian uncle untuk tempat uncle menginap sepanjang uncle di Singapura. Harap ia membantu mereka yang merancang ke Singapura.
Happy travelling 😉
Nota kaki: Betul ke mood kita buat kerja akan datang balik kalau kita buah kemaskini workspace kita?
6,352 total views, 1 views today
Teringin nak merasa Jalan jalan di Singaputa..
Tempat yang maju dan modem..
mrhanafi recently posted…20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam
Biasna pergi makan angin bajet menjadi perkiraan. Tempat pertama menginap sudah pasti hostel tetapi untuk lebih keselesaan adslah hotel yang murah tetapi kemas dan menarik biliknya.
Saya belum pernah ke Sigapura, jika terluang nak juga ke sana.
Kamil Salleh recently posted…Myrezki Global Labur RM30 Dapat RM19K
Uncle dah ada kesayangan ye..tak lama dah tu boleh makan nasi minyak…ehem ehem
Noriza Rahman recently posted…Terapi Jalan Dapat Hindarkan 6 Jenis Penyakit Kronik
bayar berapa uncle… heheh… I teringin gak nak pergi stay over night tapi…. hmmmppphh….takut, takut dengan exchange rate
Miera Nadhirah recently posted…Star Wars: The Force Awakens
kitorang book online via expedia, dalam rm160 gak la
Uncle Zuan recently posted…Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama
aku memang teringin nak pergi Singapore memang da lama da…tak berpeluang je lagi…kalau ada member nak pergi best la…kalau pergi sorang tak best pula…lagipun aku tak pernah sampai ke sana lagi…lagi haru…hehe
haha nanti kalau aku nak ke sana lagi aku halo halo kau
Uncle Zuan recently posted…Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama
kira geng ngan Projek Travel le ni.ehehe
reezluv recently posted…Pengalaman Shopping Online di Superbuy.my Mengecewakan
haha takde kaitan pun. tak pernah ada apa-apa projek dengan diorang.
Uncle Zuan recently posted…2015 Berlalu Dengan Bersahaja, 2016 Bakal Berlalu Dengan Kelainan
Ok noted…. salah satu hotel yg boleh disewa kalau berpeluang betcuti di Singapore..
anuar recently posted…Rezeki Pertama Menjelang Malam Tahun Baru 2016… Syukur Alhamdulillah…
moga bagi manfaat kepada bro.
take note juga hotel 81 ni ada banyak. Kiranya gold ni antara hotel jenis bajet yang ada di sana
Uncle Zuan recently posted…2015 Berlalu Dengan Bersahaja, 2016 Bakal Berlalu Dengan Kelainan
teringin nak jalan kat sini 🙂
Sync recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik
ada kesempatan, pergi la singapura. sangat fun okay. boleh rujuk di entri terdahulu tempat menarik di singapura yang boleh di kunjungi dengan percuma 😉
Uncle Zuan recently posted…Tempat-Tempat Menarik di Singapura Yang Boleh Di Kunjungi Dengan PERCUMA