Pengalaman Menginap di Amna Home Homestay Tokyo, Japan

Share

Uncle terfikir, macam mana la rasanya ya rasanya kalau tinggal di dalam homestay yang terletak di Tokyo? Sebuah metropolis, ibu negara Jepun yang mempunyai kepadatan penduduk lebih dari 13 juta!

Persoalan uncle terjawab kerana Amna Home Homestay kini dah ada di Tokyo, Japan!

Baru-baru ini ketika uncle dan Mawardi Yunus (Projek Travel) travel di Tokyo, kami telah berkesempatan untuk menginap di homestay milik Amna Home di Tokyo Japan yang terletak di Asakusa.

Lokasi penginapan homestay sangat dekat dengan station keretapi, ia hanya mengambil masa 2 minit berjalan kaki dari Station Asakusa.

Kalau bab makanan halal pun senang nak dapat kat sini, 2 tempat makanan halal yang berdekatan dengan homestay adalah; Ramen Naritaya, dan Sekai Cafe.



Amna Home Tokyo (Studio Unit)

amnahome-tokyo-homestay-malaysia-asakusa-station

Unit yang kami inap adalah bersaiz studio. Ada 1 katil je, tapi boleh memuatkan 2 hingga 4 orang sebab ada sediakan sekali toto dan bantal extra.
Harga semalam hanyalah 12,000 yen.

amnahome_tokyo

Kat Tokyo ni semua unit tak besar, kecil-kecil je unit dia. Tapi walaupun kecil, mereka mementingkan praktikaliti. Jadi setiap space yang ada akan digukana sebaik mungkin.
Haaa jangan main main ya dengan unit ni sebab ada mini bathtub lagi.

amnahome_homestay_tokyo_japan

Kalau dah dok homestay, mesti la kena ada tempat memasak kan?
Sesuai dengan tagline Amna Home iaitu ‘feel’s like home’, rasa nak masak, masak la sebab ada disediakan dapur dan segala peralatan memasak yang diperlukan.
Nak jimat travel? Masak.

 

Perlukan bantuan untuk menjelajah bumi sakura? Dapatkan khidmat dari Cuti-Cuti Jepun, private tour guide untuk anda bercuti sekitar Jepun terutamanya di Tokyo. 

 

amnahome_tokyo_cuti-cuti_jepun_2017 (5)

Pemandangan luar dari unit yang kami inap yang berada di tingkat 12. Boleh nampak Tokyo Skytree lagi.

amnahome_tokyo_cuti-cuti_jepun_2017 (5)

Kalau dah menginap kat Amna Home Homestay, tak perlu la bawa baju banyak-banyak. Bawa dalam 3 helai dah cukup sebab ada disediakan mesin basuh. Sabun basuh baju pun ada. Jimat, tak perlu hantar ke dobi.

amnahome_tokyo_cuti-cuti_jepun_2017 (5)

Amna Home ada sediakan extra toto, dan bantal. Jadi nak tidur kat bawah pun boleh.
Kemudahan lain yang ada adalah towel, penyangkut baju, iron dan tempat iron, sejadah, dan hair dryer.

Video Amna Home Homestay di Asakusa Station

Teruja kan homestay yang uncle tinggal ni? Location terbaik, harga competitive, dan yang bagus sekali ia dikendali oleh orang Malaysia yang menetap di sana. Jadi jangan risau la kalau tak pandai Nihongo, cakap bahasa je dengan mereka.

Jadi kalau berminat untuk ke Tokyo dan ingin mengalami pengalaman tinggal di homestay di Tokyo boleh terus buat tempahan melalui:

  1. Message di; FB Amna Home
  2. Whatsapp/ Telegram di; +61 402 966 473
  3. email kepada; reservation@amnahome.com
amnahome_tokyo_cuti-cuti_jepun_2017 (6)

Amna Home, feels like home…

1,251 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. Otomen Taro
  2. raihanah ahmad
  3. LeYa
  4. ira
  5. mrhanafi
  6. Anuar
  7. Ina Ainaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge