Pengalaman Memandu Kereta Honda Untuk Pertama Kali

Honda.. The Power of Dreams!

Percaya atau tidak sehingga hari ini uncle masih tak punyai kereta, sebab uncle dah bagitau family uncle yang kereta pertama yang uncle nak beli adalah kereta SUV keluaran Honda.

Banyak kali juga dipujuk untuk beli kereta, tapi uncle masih lagi nak dapatkan kereta SUV sebagai kereta pertama! Kalau nak berjaya, kena tetap dengan target kita beb!

Kalam SUV segment tu mesti la antara CR-V dan HR-V menjadi idaman hati uncle.

The Scavenger Hunt Drive 2016

19 dan 20 October yang lepas, uncle bersama 11 orang rakan blogger yang lain telah join The Scavenger Hunt Drive 2016 yang dianjurkan oleh Honda Malaysia.

Kami telah berkumpul seawal jam 10 pagi di Rail Canteen yang terletak di Sunway Nexus.

Selepas selesai sarapan pagi, kami telah diberi taklimat ringkas mengenai 3 model Honda yang bakal kami pandu sepanjang program The Scavenger Hunt Drive ini berlangsung.

Kami diberitahu yang kami akan memandu 3 model kereta Honda yang telah mencapai 70% jualan kereta Honda di dalam Malaysia.

Model tersebut adalah adalah dari segment yang berbeza iaitu Honda Jazz, Honda City dan Honda HR-V.

Kalau tengok dari design yang stylo, ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan, harga yang berpatutankeselesaan tempat duduk & ruangan saiz dalaman kereta, memang tak hairan la yang ketiga-tiga model telah menyumbagkan 70% sales kepada Honda Malaysia.

Untuk The Scavenger Hunt Drive 2016, kami akan memandu kereta Honda ke Melaka. Tapi bukan pandu je kereta, selfie-selfie dalam kereta dan have fun okay, ada task yang menanti.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016

Kami diberi masa 30 saat untuk menghafal barang-barang yang perlu kami dapatkan di pitstop yang telah ditetapkan, dan kemudian perlu muatkan di dalam kereta Honda yang bakal kami pandu nanti.
Kami dilarang ambil gambar senarai barang yang perlu kami cari dan bawa ini.

Yup, kami cuma ada 30 saat untuk hafal 8 barang yang kami perlu isi dalam kereta yang bakal kami pandu nanti.

Di sini, bukan sahaja diuji tahap memori, teamwork sangatlah penting.

Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, jadi satu team ada 6 orang ahli. Satu kereta akan dinaiki oleh 2 orang blogger, sorang driver, dan sorang lagi co-driver.

Bagi memastikan semua blogger merasa memandu ketiga-tiga model kereta, di beberapa pit-stop kami akan diarahkan untuk tukar driver, dan tukar kereta. Jadi semua dapat la merasa bawa setiap model kan 😉

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-3

Kami bertolak dari Sunway Nexus pada lebih kurang jam 11 pagi

Pengalaman Memandu Honda HR-V dari KL ke Melaka Untuk Pertama Kali

Kami mula bertolak ke Melaka dari KL lebih kurang jam 11 pagi. Uncle dan partner uncle untuk program ini, abam blogger Shakiddo dapat merasa membawa Honda HR-V. Yeah!!!

Ketika pelepasan flag, Shakiddo yang bawa dulu kereta, uncle jadi co-driver je. Dan kami bertukar pemandu di R&R Seremban dan teruskan perjalanan ke checkpoint pertama, Pantai Klebang.

Blogger Honda Malaysia The Scavenger Hunt Drive 2016

Jangan cakap uncle tak payung gambar uncle drive Honda HR-V.
Tak dinafikan yang sangat selesa bawa kereta ni. Relax. Kalau uncle tak dapat CR-V, HR-V adalah kereta yang mesti uncle dapatkan!

Kami tiba di Pantai Klebang pada lebih kurang jam 1 tengah hari untuk sesi photoshoot bersama ketiga-tiga model kereta.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-2

Kini ketiga-tiga model ini boleh didapati dengan warna merah.
Honda Jazz datang dengan warna Carnival Red;
Dan warna Dark Ruby Red Pearl boleh didapati pada Honda HR-V dan Honda City.

Ketiga-tiga model ini disasarkan jualannya kepada golongan muda, golongan yang baru berkahwin, keluarga, dan juga kepada pesara.

Jujur uncle katakan, yang ketiga-tiga model ni nampak ohsem dalam warna merah! Design yang stylo, tak payah tukar body kit pun tak apa.

In love with this cars design and performance 😻 #HondaHunt2016 #HondaMalaysia @HondaMalaysia #HRV #ILoveHRV #HondaHRV

A video posted by Muhammad Syazwan Norhalik (@unclezuan11) on

Selesai sesi photoshoot, hami kemudian ke restoran Seafarer untuk makan tengah hari sebelum diberikan taklimat mengenai ruangan dalaman kereta Honda yang kami pandu sebentar tadi.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016

Taklimat ini diadakan oleh wakil Honda.

Ketiga-tiga model menawarkan ruangan yang luas untuk letak bagasi atau barang-barang keperluan yang perlu dibawa. Dari sekecil-kecik skateboard, sehingga sebuah basikal pun boleh dimuatkan kalau kena dengan cara anda susun barangan tersebut.

Ruangan Menyimpan Barang Yang Ditawarkan

Baik uncle kongsikan sikit mengenai rekaan ruangan dalaman kereta yang ditawarkan ketiga-tiga model ini. Ketiga-tiga model menawarkan ruangan dalaman yang berbeza.

Honda Jazz yang bersaiz kecil tapi versatile dari segi mode kereta yang anda boleh ubah dari utility mode hingga refresh mode sesuai untuk mereka yang dalam road trip, ataupun dalam pengembaraan dari satu destinasi ke satu destinasi. Honda Jazz kelihatan sangat sesuai untuk anak muda dan mereka yang baru melangkah dalam dunia pekerjaan.

honda-jazz-space

Honda Jazz menawarkan 4 mode ruangan kepada pengguna mereka bergantung kepada keselesaan dan kesesuaian pengguna itu sendiri. Jangan pandang rendah dengan saiz Honda Jazz yang anda nampak dari luar sebab kalau anda sesuaikan dengan Long Mode, anda boleh letakkan surfing board didalam Honda Jazz.

Rekaan dalaman Honda City pula lebih fokus kepada mereka yang berkeluarga dan memerlukan ruangan bonet yang besar dan ruangan cabin yang selesa untuk letak tempat duduk anak kecil.

honda-city-space

Honda City menawarkan ruangan bonet yang luas untuk segment kereta sedan yang mana ia mampu memuatkan muatan hingga 536L.
Untuk ruangan tempat duduk belakang pula, sangat la sesesa ruangan dia, kalau anda kaki panjang pun tak ada masaalah dari keselesaan.

Dan untuk kereta kegemaran uncle, Honda HR-V sudah tentu juga menawarkan ruangan yang besar. Kalau dari segi reka bentuk, HR-V sesuai untuk mereka yang kerap mengembara, dan banyak perlu membawa barangan yang banyak.

honda-hrv-space

Selain dari ruangan belakang yang sangat besar yang mampu memuatkan bukan sahaja sebuah basikal, Honda HR-V juga direka dengan 3 mode tambahan iaitu utility mode, tall mode, dan long mode.

Amacam? Luas kan ruangan yang ditawarkan ketiga-tiga model ni?

Dan Bermulalah The Scavenger Hunt Drive 2016

Selepas tamat sesi penerangan mengenai rekaan dalaman untuk ruangan, bermulalah misi Scavenger Hunt Drive kami.

Ada 3 pit-stop bagi kedua-dua team. Yang mana pada akhirnya kami akan bertemu di pit-stop terakhir di Masjid Selat Melaka.

Pit-Stop pertama untuk team uncle iaitu team A adalah di kedai yang menjual Coconut Shake di Pantai Klebang.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-7

Salah satu rules yang mesti diikuti adalah once dah pegang item tu, dah kena bawa item tu ke dalam kereta dan bawa item tersebut hingga ke pit-stop terakhir

Selesai ambil barangan yang perlu diambil, kami meneruskan perjalanan ke pit-stop ke-2 iaitu di Museum Samudera yang terletak di bandar Melaka.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016

Walaupun nampak macam mudah task dia, tapi mencabar juga. Ya la, dah la baru makan tengah hari, cuaca pula panas. Tapi ia tak memutuskan semangat kami untuk menang cabaran ini.

Dan kami teruskan perjalanan ke pit-stop terakhir iaitu di Masjid Selat Melaka yang mana kami akan bertemu semula dengan team B.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-1

Uncle bersama ahli team A yang lain bergaya dengan Honda Jazz yang telah dipenuhi dengan 8 jenis barang yang sekecil skateboard sehingga sebesar sebuah basikal

Selesai mengambil barangan terakhir di Masjid Selat Melaka, kami diberi masa 2 minit untuk menyusun semula semua barangan yang ada di dalam kereta. Markah lebih diberikan kepada team yang berjaya menggunakan ruangan yang ada sebaik mungkin.

Blogger Honda Malaysia The Scavenger Hunt Drive 2016

Honda HR-V masih boleh memuatkan hingga 3 orang walaupun sudah dimuatkan dengan pelbagai jenis barang yang saiznya besar besar.

Lebih kurang jam 4 petang, tamatlah misi Scavenger Hunt Drive kami. Markah semua telah diambil oleh juri, dan keputusan akan diumumkan pada keesokkan hari selepas sarapan pagi.

Penat memang tak terkira la kan. Jadi kami pun check-in hotel 1825 Gallery yang terletak di bandar Melaka. Lokasi dia sangat best sebab belakang hotel je dah nampak sungai Melaka, dan hanya 5 minit bejalan kaki ke Hard Rock Cafe Melaka.

Blogger Honda Malaysia The Scavenger Hunt Drive 2016

Sungguh selesa menginap di 1825 Gallerie Hotel ni. Hilang penat.

Kami diberitahu untuk berehat sehingga jam 7.30 untuk kemudiannya makan malam di restoran Ee Ji Ban.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-11

Signature dish kat Restoran Ee Ji Ban ni adalah Chicken Rice Ball dia. Memang kena try kalau singgah sini

Kami dimaklumkan oleh team Honda yang harini Honda menawarkan warranty 5 tahun dengan unlimited milage kepada mereka yang membeli kereta keluaran Honda. Awesome kan?

Selain itu ada juga free labor servis sebanyak 5 kali dalam range 100,000 km atau dalam tempoh 5 tahun.

Selesai makan makan, aktiviti adalah free & easy kepada semua. Ada sebahagian kami pulang ke hotel untuk berehat, ada sebahagian ke Hard Rock cafe bagi melayan live band pada malam itu.

Dan Pemenangnya Adalah…

Pada keesokkan paginya kami sarapan di hotel, makan sarapan yang disediakan oleh pihak hotel.

Kemudian tibalah detik yang dinantikan, iaitu detik penyampaian hadiah bagi misi The Scavenger Hunt Drive semalam hari.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-13

Pemenang bagi Scavenger hunt ini adalah team B yang telah membawa balik sebuah beg troli bersaiz kabin exclusive dari Honda Malaysia.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-12

Kami team B tak pulang dengan tangan kosong, kami membawa balik sebuah backpack versatile exclusive dari Honda Malaysia

Selesai majlis penyampaian hadiah, kami check-out hotel lebih kurang jam 11.30 pagi, dan terus ke Hotel Equatorial untuk makan tengah hari.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016-14

Kami dihidangkan dengan pelbagai hidangan tempatan di sini. Memang sedap wei. Double thumbs up!

Selesai makan tengah hari, kami dibawa untuk melihat demonstrasi perbandingan antara kereta honda dan kereta lain dari segi kapasiti ruangan yang ditawarkan.

Honda. The Power of Dreams

Untuk memastikan yang Honda City mempunyai ruangan yang paling luas, kami sendiri dibenarkan untuk isi bonet kereta Honda dengan barangan yang disediakan. Dan kemudian mengalihkan barang yang sama ke dalam kereta pesaing Honda City yang juga merupakan segment sedan.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016

Perbandingan isi bonet kereta yang boleh diisi antara kereta Honda City dan kereta pesaing. Ada banyak lebihan barang yang tak boleh di muatkan di dalam kereta pesaing honda City yang juga di dalam segment sedan.

Honda City menawarkan ruangan bonet yang sangat luas untuk segment Sedan yang mana ia mampu memuatkan hingga 536 liter!

Kemudian uncle ada juga ambil video pendek untuk design luar Honda Jazz, dan ciri-ciri dalaman yang ditawarkan.

Menarik kan? Dengan bodykit Modulo, design Honda Jazz sesuai dipandu oleh anak muda dan mereka yang suka on road trip.

blogger-honda-malaysia-the-scavenger-hunt-drive-2016

Selesai sahaja sesi tersebut, kami terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Tiba masa uncle untuk cuba pandu uji Honda Jazz dalam bandar Melaka.
Saiz Honda Jazz yang kecil sangat praktikal dan senang dibawa ketika dalam bandar Melaka

Overall Review

Uncle sangat sukakan Honda HR-V.

Ia adalah sebab uncle memang sukakan kereta jenis SUV. Dan antara sebab lain adalah rekaan ruangan dalaman yang besar, ruang tempat duduk depan dan belakang yang sangat selesa terutama bagi mereka yang tinggi. Design luaran HR-V juga nampak stylo dan sesuai untuk orang berjiwa muda macam uncle ni 😉

Harga Honda Jazz, Honda City dan Honda Jazz Di Pasaran.

Ramai juga PM uncle berapa harga kereta Honda. Baik, model Honda Jazz dan HR-V didatangkan dengan 3 variant, sementara Honda City didatangkan dengan 4 variant dengan harga yang mampu milik.

Honda Jazz:

  • S Variant – RM 73,800
  • E Variant – RM 81,000
  • V Variant – RM 89,400

Honda City:

  • S Variant – RM 76,100
  • S+ Variant – RM 79,300
  • E Variant – RM 84,600
  • V Variant – RM 92,000

Honda HR-V:

  • S Variant – RM 102,200
  • E Variant – RM 111,800
  • V Variant – RM 122,200

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi wakil jualan Honda berdekatan tempat anda, atau hubungi di talian 1-800-88-2020 atau ke laman web www.honda.com.my.

Baik, sampai sini je perkongsian uncle mengenai pengalaman uncle bawa kereta Honda untuk kali pertama. I love it, looking forward to own one Honda HR-V in future. 🙂



2,285 total views, 14 views today

Comments
  1. Elih
  2. ahmad fadzli
  3. qalil
  4. Emily
  5. Bro Framestone
  6. aRzMoHa
  7. Bowie
  8. aRzMoHa
  9. Rane Chin
  10. sherry
  11. Jane
  12. Carinayeoh
  13. Carinayeoh
  14. Amin Hakim
  15. azlan
    • Uncle Zuan
    • lenchai
  16. Karim
    • Uncle Zuan
    • Mak kau hijau
  17. nila anggraini
  18. Hairul HIssam
    • Uncle Zuan
  19. Berkah
  20. Wan Syahida
    • Uncle Zuan
    • lenchai
      • Batista@Levine
  21. LeYa
  22. Hanis Amanina
    • Uncle Zuan
    • lenchai
  23. Scdha Sein (SS)
  24. Noriza Rahman
    • Uncle Zuan
      • Noriza Rahman
        • Uncle Zuan
        • lenchai
  25. Encik ST
  26. Elana Khong
  27. Ayu Jafri
  28. Ezad Skytech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge