Pengalaman Ke Semarang, Jawa Tengah, Indonesia

Share

Akhirnya uncle berjaya juga jejakkan kaki ke Indonesia. Yes! Indonesia menjadi negara ke-11 uncle travel. Untuk destinasi pertama uncle ke Indonesia adalah Semarang. Anda pernah ke Semarang? Semarang terletak di Jawa Tengah Indonesia. Untuk artikel kali ini uncle nak kongsikan pengalaman ke Semarang, Jawa Tengah, Indonesia.

Baik, untuk ke Semarang ni kena transit dulu di Jakarta sebelum teruskan perjalanan ke Semarang. Tapi ada juga beberapa flight direct ke Semarang. Jadi kalau nasib anda baik, anda tak perlu transit di Jakarta.

Terlebih dahulu uncle nak berterima kasih dengan pihak Semarang City Culture and Tourism Board kerana sudi menjemput uncle untuk ke Semarang bagi menyertai Famtrip Blogger 2017 Kota Semarang. Fam Trip ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.

garuda indonesia

Dari KLIA uncle dan rakan media menaiki Garuda Indonesia Airlines ke Jakarta untuk transit sebelum ke Semarang.

Perjalanan ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam sebelum melanjutkan perjalanan ke Semarang yang mengambil masa kurang 1 jam. Pertama kali uncle menggunakan Garuda Indonesia Airlines dan ternyata uncle berpuas hati dengan servis yang uncle dapat. Makanan yang dijamukan pun sedap-sedap.

Kami tiba agak lewat di Semarang iaitu lebih kurang jam 2 petang waktu tempatan.

2-semarang-ahmad-yani-airport

Lapangan Terbang Antarabangsa Ahmad Yani.

Setibanya di sana, kami dijemput oleh wakil pihak tourism untuk dibawa berjalan-jalan di sekitar bandar Semarang sebelum check in hotel untuk berehat.

Semarang City Tour

Lawang Sewu

Bersama rakan media yang juga dari Malaysia untuk melawat Lawang Sewu.

Sempat juga kami melawat Lawang Sewu yang merupakan tarikkan pelancongan popular di Semarang. Lawang Sewu yang merupakan bangunan bersejarah di Semarang yang dibina sebagai ibu pejabat Syarikat Keretapi Hindia Belanda. Bangunan yang dibina pada era kolonial ni terkenal sebagai bangunan berhantu di Kota Semarang.

tahu gimbal

Sedap juga Tahu Gimbal ni.

Habis sahaja city tour, kami dibawa untuk makan Tahu Gimbal berdekatan dengan Dinas Pasar Kota Semarang. Pernah makan Tahu Gimbal? Sedap. Uncle cadangkan anda cuba Tahu Gimbal kalau ke Indonesia.

Hotel Pandanaran Semarang

Hotel Pandanaran.

Kemudian kami terus ke Hotel Pandanaran yang tak jauh dari situ untuk check-in dan berehat. Hotel Pandanaran yang terletak di Jalan Pandanaran, Simpang Lima adalah hotel bertaraf 4 bintang yang berkedudukkan strategik iaitu tak jauh dari walking distance ke tarikkan-tarikkan utama yang ada di Kota Semarang.

Hari pertama berakhir dengan pantas. Walaupun tak banyak aktiviti pada hari pertama, sudah cukup untuk uncle merasa aura kota Semarang.




Hari Ke-2 Di Kota Semarang

Untuk hari ke-2, tour dibuat di luar dari Kota Semarang. Uncle dan rakan media menyertai rakan blogger yang semuanya dari Indonesia. Kiranya kami berdua sahaja wakil dari Malaysia. Bangga juga apabila digelar status ‘International Blogger’ daripada rakan blogger dari Indonesia yang rata-ratanya bukan dari Semarang kerana ada yang dari Jakarta, Jogja dan Palembang.

Kami memulakan tour seawal jam 9 pagi selepas sarapan pagi di hotel. Kami menaiki bus terus ke Desa Wisata Tugu (Tapak Mangrove) yang mana memakan masa perjalanan selama lebih kurang 1 jam.

Menaiki bot melawat kawasan tanaman pokok paya bakau.

Setibanya di sana, dijamu dengan Teh Halia. Agak panas dan pedas rasanya pada uncle. Tak habis minum pun.

Kemudian kami dibawa menaiki bot melawat kawaasan tanaman pokok bakau. Nasib tak panas sangat sepanjang aktivit melawat kawasan dijalankan, kalau panas konfirm makin hangus terbakar kulit uncle haha.

tapak mangrove semarang

Aktiviti menanam pokok bakau oleh para blogger yang menurut serta dalam Famtrip Blogger 2017 Semarang ini.

Aktiviti kemuncak untuk tour ini adalah aktiviti menanam pokok bakau. Kami diajar untuk menanam sendiri pokok bakau di kawasan tanaman dengan harapan ia mampu membesar dengan baik bagi menjaga ekosistem kawasan Semarang. Setiap blogger diberi sepohon bakau untuk ditanam.

semarang nasi

Makanan tengah hari yang dijamu kepada kami.

Selepas dah penat dengan aktiviti, perut pun dah lapar. Kami dibawa untuk makan di Home Resto Putri Tirang. Sebuah tempat makan yang menjadikan rumah sebagai lokasi untuk makan. Maknanya tuan ruma menjadikan rumah sebagai tempat masak dan hidangkan kepada tetamu. Menarik kan? Jimat kos sewa kedai.

Masakkan istimewa di sini adalah Otak-otak Bandeng, Kepiting Saos Tapak, Rawon Bandeng Tapak dan Udang Goreng Tapak.

Kemudian kami dibawa pulang ke hotel Pandanaran untuk berehat sebelum memulakan aktiviti sebelah petang iaitu ke Pusat Jajan Semarangan.

Sebelah malam kami dibawa berjalan di Pusat Jajan Semarangan.

Pusat Jajan Semarangan ni macam pasar malam yang hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Ada macam-macam makanan tempatan yang anda boleh dapat di sini. Ada beratus-ratus peniaga berkumpul di sini pada hujung minggu untuk menjamukan hidangan terbaik kepada para pengunjung.

pusat jajan waroeng semawis

Nampak tak muka dah tak larat nak makan tu? Tapi gigih gak la uncle nak habiskan sebab sedap-sedap semuanya.

Kemudian kami dibawa untuk early dinner di Sekretariat Waroeng Semawis yang terletak sederet dengan kawasan pusat Jajan Semarangan.

Ayam Tim Sisi Jamur

Ayam Tim Sisi Jamur.

Nasi Ayam

Nasi Ayam.

Wadang Tahu.

Wadang Tahu.

Jamu Jun

Jamu Jun.

Antara makanan yang dijamukan kepada kami. Macam-macam yang dijamukan pada hidangan yang kecil sehingga tak larat uncle nak habiskan. Tapi uncle gigih habiskan juga sebab sedap.

Selesai je makan malam, kami terus bergegas ke Kota Lama untuk aktiviti malam itu iaitu Semarang Night Carnival 2017.

Semarang Night Carnival 2017

Semarang Night Carnival 2017 yang telah berlangsung di Kota Lama merupakan acara kemuncak untuk Famtrip Blogger Semarang 2017. Kami dibawa untuk memeriahkan Semarang Night Carnival 2017 sempena menyambut ulang tahun ke-470 tahun kota Semarang.

Semarang night Carnival 2017

Persembahan menakjubkan sempena Semarang Night Carnival 2017.

Semarang Night Carnival 2017

Persembahan peserta yang memakai kostum Warak Ngendong yang merupakan simbol keharmonian masyarakat pelbagai etnik di Semarang.

Persembahan yang cukup memukau dan mengujakan dari semua pelaku sungguh hebat sehinggakan uncle tak sedar masa berlalu dengan pantas. Persembahan bermula dari jam 8 malam dan berakhir sekitar jam 10 malam.

Habis persembahan, kami dibawa pulang ke hotel. Dan berakhirlah aktiviti Famtrip Blogger 2017. Sempat uncle mengucapkan selamat tinggal kepada semua peserta yang lain yang mana 20 orang daripada mereka adalah dari Indonesia.

Jumpa Lagi Semarang

Kami bangun awal pagi tu sebab flight jam 10 pagi. Selesai sarapan pagi, wakil dari Tourism Semarang datang menjemput kami untuk melawat Sam Poo Kong, lokasi terakhir kami lawati sebelum berangkat pulang ke Malaysia.

Sam Poo Kong

Sam Poo Kong Temple.

Kuil Sam Poo Kong adalah antara tarikkan popular yang juga dikenali sebagai Gedung Batu dikalangan masyarakat tempatan di Semarang. Sam Poo Kong merupakan kuil yang tertua di Semarang yang katakan dibina awal tahun 1400.

Ahmad Yani International Airport

Selamat tinggal Semarang.

Habis je pusing keliling Sam Poo Kong, kami bergegas ke Semarang untuk menaiki flight ke Jakarta untuk transit sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.

Pengalaman pertama kali ke Indonesia memang tak puas pada uncle. Banyak lagi uncle nak lihat dan belajar dari masyarakat Indonesia. Tapi satu yang uncle ambil dan nak kongsikan sepanjang uncle di Semarang adalah; Sokong dan berbanggalah dengan setiap aktiviti yang ada di sekitar anda yang dijalankan oleh badan atau persatuan tempatan. Dan paling penting sekali, cintai negeri dan negara sendiri sebelum cintai negara orang lain.

Harap uncle dapat ke Indonesia lagi pada masa akan datang.

Sekali lagi terima kasih kepada semua pihak yang melansungkan dan melancarkan perjalanan Famtrip Blogger 2017. Terharu uncle menjadi blogger dari Malaysia yang menyertai Famtrip ini. Harap dapat la jemputan lagi di masa akan datang.




1,152 total views, 3 views today

Share
Comments
  1. ciklilyputih
  2. mek onie
  3. mar
  4. nila anggraini
  5. LeYa
  6. Eko Saputro
  7. Hairul HIssam
  8. Faizal Fredley
  9. Suria Amanda
  10. Haidar
  11. nikkhazami
  12. mrhanafi
  13. zik
  14. Khir Khalid
  15. RAIHANAH AHMAD
  16. titan
  17. Belang Tarung
  18. ruggedmom
  19. siti hazreen
  20. anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge