Pengalaman ke Bumi Laskar Pelangi

Share

Sudah beberapa minggu selepas kepulangan uncle dan isteri dari Bumi Laskar Pelangi atau nama asalnya Billiton, yang kini dipanggil Belitung. Belitung adalah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran dengan pantai timur Sumatera, Indonesia di Jawa Laut. Pulau ini terkenal dengan lada hitam dan timah dan mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 100,000 orang.

Kenapa uncle panggil Bumi Laskar Pelangi? Ia adalah sebab pulau ini mula popular selepas keluarnya film popular ‘Laskar Pelangi’. Mesti pernah tengok filem ini kan? Filem ini telah adaptasi dari sebuah novel karya Andrea Hirata, seorang penulis novel popular Indonesia. Jika anda masih belum tengok filem Laskar Pelangi (The Rainbow Troops), boleh la tonton filem itu sekarang, sebab lepas anda tengok filem ni, mesti rasa nak pergi ke Bumi Laskar Pelangi.

Selama 4 hari kami di sana, kami dibawa berjalan-jalan oleh MTN Getaways.

Tempat Menarik di Belitung, Indonesia:

  1. Museum Kata by Andrea Hirata

2. Replika SD Muhammadiyah Gantung

3. Danau Kaolin

4. Pantai Burung Mandi

5. Dermaga Kirana

6. Vihara Dewi Kwan Im

7. Pantai Laskar Pelangi

Menarik kan tempat menarik yang ada di Belitung? Banyak lagi tempat menarik di Belitung yang anda boleh terokai terutamnya pantai dan pulau pulau yang ada di sekeliling Pulau Belitung.

Uncle dan isteri tak punya rezeki untuk ke pulau-pulau yang ada mahupun untuk lakukan aktiviti laut yang ada atas faktor cuaca yang tidak mengizinkan. Sedih pun ada, dah datang jauh tapi tak dapat pergi ke pulau pulau cantik yang ada, tapi keselematan harus la diutamakan. Jadi kami hanya buat ground tour sahaja bersama MTN Getaways.

Pada yang berminat untuk ke Belitung Indonesia, uncle cadangkan tengok dulu filem ‘Laskar Pelangi’ bagi dapat mood terlebih dahulu. Kemudian anda hubungi pakar kepulauan Belitung iaitu, MTN Getaways! Mereka menyediakan servis perkhidmatan tour dari Singapore ke Belitung.

MTN Getaways
Laman Web: www.mtngetaways.com
Emel: faizunsekin@mtngetaways.com
Nombor Telefon: +65 6509 0183

1,311 total views, 3 views today

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge