Pengalaman Ke Asia Comic Con Malaysia 2019

Fuhhh! Lama sungguh uncle teringin nak ke Comic Con. Haritu dapat la peluang ke Asia Comic Con Malaysia yang telah berlangsung di Mid Valley Exhibition Center. Event tersebut telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 & 27 October yang lepas.

Asia Comic Con adalah event tahunan yang paling dinantikan setiap tahun. Dekat event ni korang boleh tengok pertunjukkan mainan, cosplay, photo ops, persembahan artis, dan banyak lagi.

Tahun ni antara barisan artis jemputan untuk memeriahkan majlis adalah, Jason Paige, Ario, Azu, DJ Benkun, Higashi Kitty Band, Kaori Kawabuchi, Kaori Lalachan, Kaos, Katz Sharky, Mika Kobayashi, Minri, PHNX, Sally Dorasnow, Scott Koblish dan Wirru.

Korang bleh usya video hari pertama uncle di Asia Comic Con Malaysia 2019.

Hari pertama tu uncle dapat layan untuk sekerat hari je sebab ada hal petang tu. Jadi tak puas hati tak dapat layan Jason Paige nyanyi lagu Pokemon. Uncle datang lagi pada hari ke-2 semata-mata untuk dengar Jason Paige menyanyi secara live.

Jom layan video hari ke 2 uncle di Asia Comic Con 2019.

Puas hati layan Jason Paige secara live. Berkali kali uncle ulang tengok video Jason Paige nyanyi lagu tema Pokemon.

Bulan 12 ni ada Asia Comic Con di Singapore. Tapi uncle tak tau la nak pergi ke tak. Tak ada budget. Korang nak payung? hehe.

One day, uncle nak ke New York Comic Con pula. Kat sana selalu diorang keluarkan Funko Pop exclusive. Doakan one day uncle dapat ke sana pula hehe.

121 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge