Pengalaman Jual Kucing di mudah[dot]my

Mudah.my, satu web yang menawarkan perkhidmatan ads jualan dalam talian dengan PERCUMA. Nak beli kereta, rumah, haiwan peliharaan, macam-macam ada jual. Dari pengalaman den, nama pun mudah, jadi mudah nak letak iklan, dan mudah dapat pelanggan.

Pada asalnya nak iklan di blog je. Kalau korang perasan, kat tab special page, ada link ke page Kami Jual Kucing. Tapi dalam hati terdetik nak cuba iklankan di mudah. Dan hasilnya, wallahhh!!! Pagi-pagi lagi dah dapat 7 miscall, 2 whatsapp, dan 3 sms untuk tanyakan pasal kucing.

mudah jual kucing

Mudahnya Perniagaan Internet
mudah jual kucing2

Sangat teruja bila dapat feedback dari customer. Walaupun den dah sedikit biasa dengan jual beli, tapi perasaaan teruja tu memang tak pernah hilang dari dalam diri ini.

Ini kira pertama kali den iklankan untuk jual kucing di mudah[dot]com dan di blog. Siap dapat komisen lagi dari Umi den, hehe. Ikut pengalaman den, boleh simplify perniagaan melalui mudah dengan beberapa point yang dinyatakan di bawah:

  • Jangan letak harga terlalu murah dan terlalu mahal.

Kalau harga mahal sangat, mungkin kurang berminat orang nak beli, tapi dapat pulangan besar kalau dapat bersabar tunggu pelanggan. Kalau harga murah sangat, akan berduyun pelanggan datang cari kita, express cash in, tapi penat dan profit tak banyak.

  • Sentiasa kena prepare untuk terima panggilan / sms / whatsapp dari pelanggan.

Dah nama pun niaga kan? Kena la sentiasa untuk terima panggilan, sms dan whatsapp pelanggan. Kiranya sapa yang nak jadi serius seller, kena ada satu nombor tuk perniagaan. Make sure phone korang ada apps whatsapp sebab kadang customer nak tengok gambar dulu.

Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

  • Senyum dan sentiasa ramah apabila bertemu pelanggan.

Kita nak niaga ni, jangan la masam macam atau kerek dengan pelanggan. Kena sentiasa bagi servis yang tip top kepada pelanggan walaupun mereka sekadar nak bertanya. Silap-silap dari customer nak beli, terus tak jadi beli sebab layanan kita yang kurang memuaskan.

  • Kena teguh dengan prinsip ‘first come, first serve’

Sebab stock kucing yang sangat limited, den terpaksa pegang dengan prinsip siapa datang dulu, dia dapat. No booking den cakap dekat customer. Alhamdulillah, customer selesa dengan cara den niaga. Dari sini kita boleh dapat serius buyer, bukan setakat nak book dulu, tengok lain, at the end, tak jadi beli.

jual kucing mudah dan murah

Jadi pada yang nak niaga tu, harini ada macam macam medium untuk letakkan barangan kita untuk niaga. Kita ada facebook, kita ada blog, kita ada laman web mudah.my, dan macam macam lagi. Cuma tinggal, apa kita nak jual, macam mana kita nak jual, dan boleh ke kita jual?

Haa persoalan boleh ke kita jual tu, dari segi, kita ni bole ke tahan dengan sikap pelanggan nanti? Pandai tak kita kira profit kita, pandai tak kita manage business kita. Banyak sebenarnya kita kena belajar sebelum main belasah je niaga ni.

Zuan

Comments
  1. din
  2. hafizi
  3. Wan Zawawi
  4. Hafizul
  5. Kamil Salleh
    • Zuan
  6. hafidzramli
    • Zuan
  7. sabree hussin
    • Zuan
  8. Afiq
    • Zuan
  9. Adam
    • Zuan
  10. Pahan
  11. Mohd Norzali
  12. reezluv
  13. nord
    • Zuan
  14. Ezad Skytech
    • Zuan
  15. puteri kasih
  16. Denaihati
  17. Hairul Azni
  18. miera
  19. Hana
  20. ahmadyani
  21. siti hazreen
  22. Hero Borneo
  23. imran
  24. Norliza Osman
  25. Ismail N
  26. Mohd Shubhi
  27. titan
  28. Habiah
  29. Abdur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Marvellous Minangkabau! The Big Bad Wolf Book Sale (BBW) kembali lagi,...