Pengalaman Buat Dubsmash Depan Rakan Sekerja

Share

Pada yang ada Instagram (IG) mesti pernah tengok Dubsmash. Pada yang terpernah tengok, Dubsmash adalah video selfie pendek yang berdurasi lebih kurang 10-15 saat yang di dub dengan bunyi atau musik.

Dalam kerjaya uncle, ada banyak kerja uncle kena buat selain dari buat sale. Uncle kena follow-up customer baru dan lama untuk produk yang di jual, kena pastikan dokumen untuk permohonan lengkap sebelum di hantar untik proses, kena jaga talk time dengan customer yang sehari kena melebihi 4 jam, dan kena pastikan target harian yang di assign kepada uncle tercapai. Uncle dah dalam 2 tahun dalam bidang sales walaupun background uncle sebenarnya adalah IT. Uncle buat sales sebab ingin belajar menjual kerana suatu hari nanti uncle nak ada business sendiri, uncle tak suka kerja bawah arahan orang.

Kat office uncle pula, setiap hari jumaat banyak aktiviti yang di buat oleh pihak jawatankuasa office. Kalau korang ada follow IG uncle, mesti selalu tengok uncle ada upload gambar gambar aktiviti uncle di tempat kerja pada setiap hari jumaat. Meriah kan?

Boleh follow IG uncle kat link ni.

Ok berbalik pada tajuk entri, disebabkan uncle tak achieve target pada hari khamis yang lepas, uncle dan beberapa staff lain di ‘denda’ buat dubsmash di depan semua staff pada waktu briefing pagi jumaat. Uncle dah jangka yang uncle akan kena pada minggu tu sebab submission dan follow up uncle dengan customer kurang memberansangkan.

Untuk memudahkan uncle buat dubsmash pada hari jumaat pagi tu, petang khamis sebelum balik uncle dah di maklumkan oleh boss uncle yang uncle dapat submission yang rendah pada hari tu. Memang tersengih kerang busuk uncle boss dekat boss sebab dah lama dia nak kenakan boss. Grrr

Malam tu jenuh uncle tengok video dubsmash yang ada kat IG smpai tertidur. Tak dapat idea apa dub lagu yang uncle nak ambil.

Pagi jumaat tu uncle cuba tenangkan diri. Dedor woooo, mana tak dedor, kat office uncle ada lebih 100 staff, ada yang baru ada yang lama, ada yang uncle tak kenal langsung dan mesti la ramai pun tak kenal uncle huhu.

Semua staff yang bottom submisson di panggil ke depan. Ada 5 orang kesemuanya. Kat office uncle ada 5 team, jadi satu team hantar sorang yang paling lower submission. Ini kali pertama uncle di ‘denda’ di khalyak ramai.

Pagi tu sebelum sampai ke tempat kerja, sempat juga uncle dengar beberapa lagu terkini kat iPhone uncle. Dan dapat ilham lagu apa uncle nak pakai sebagai dub dan gimik macam mana uncle nak buat.

Agak mengejutkan yang mereka yang di denda sama dengan uncle macam tak prepare apa-apa pun. Diorang blur dan malu malu bila sampai turn diorang.

2 dah berlalu, uncle turn ke3 dari 5 orang. Nak jadikan cerita, dubsmash dua staff awal, buat gimik biasa je. Just buat duck face ikut dub pilihan mereka. Itu pun buat tak habis musik. Respon staff yang hanya jadi penonton pun biasa-biasa je, bahasa harini “krik krik” je

Sampai turn uncle, uncle bisik kat MC majlis lagu apa yang uncle nak.

Dengan lafaz bismillah…

dubsmash sia chandelier versi uncle zuan

10 saat berlalu… Fuhhh.. Hembus nafas lega…

Respon uncle dapat berbeza. Semua bagi sorakkan sebab sikap dengan slumber, tanpa segan silu uncle buat gimik macam tu.

Haha mission success!!! Ini yang pertama dan mungkin yang terakhir..

 

Satu pengalaman yang baru untuk uncle. Ada lesson uncle dapat dari pengalaman tersebut iaitu:

1) Jangan malu-malu untuk buat suatu yang jarang atau tak pernah kita buat.

2) Jangan mengaku kalah ketika dalam misi untuk mencapai sesuatu.

 

Apa pengalaman gila gila korang? Mohon share kat ruangan komen supaya uncle boleh gelakkan korang hehehe

Share
Comments
  1. muliani
  2. Ezad Skytech
  3. Dr Fattah
  4. Ikhwan Fahmi
  5. zool
  6. abg jay
  7. Jia Rizaira
  8. reezluv
  9. Noriza Rahman
  10. titan
  11. mrhanafi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge