Pengalaman Bermalam Di Grand Beach Resort Port Dickson
Uncle pernah banyak kali menulis mengenai tempat menarik yang ada di Port Dickson. Tapi tak pernah sekali pun uncle tulis mengenai hotel-hotel yang ada di Port Dickson.
Yela, rumah uncle dengan Port Dickson bukan jauh pun, boleh balik hari kalau uncle ke PD.
The Grand Beach Resort Yang Menghadap Pasir Putih
Kalau anda lalu jalan nak menghala ke Teluk Kemang, pasti akan nampak The Grand Beach Resort di sebelah kiri anda. Resort ni menghadap ke pasir pantai yang putih.
Untuk entri ini uncle nak kongsikan pengalaman uncle menginap selama satu malam di The Grand Beach Resort Port Dickson.

Pintu masuk dia memang grand. Dengan konse reka bentuk yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Minangkabau.
Resort ni dulu dikenali sebagai Selesa Beach Resort, tapi pada October 2014, dah bertukar nama ke The Grand Beach Resort sejak diambil alih oleh FIC iaitu Felda Investment Corporation Sdn Bhd.
Resort ni memang lokasi dia best sebab belakang resort je dah pantai.
Ramai kawan-kawan uncle yang dari KL biasanya akan outing ke Port Dickson pada hujung minggu.
Dan bila diorang tanya apa boleh buat kat PD, uncle dah ada jawapan tersedia la untuk diorang, tapi bila tanya hotel best, fuhhh susah beb. Sebab uncle sebelum cuba menginap satu malam kat Resort Grand Beach ni, satu resort kat Port Dickson pun uncle tak pernah masuk.
Jadi tak ada idea nak rekomen apa. Sekarang ni uncle boleh la rekomen untuk stay di The Grand Beach Resort Port Dickson.
Baik, uncle nak share pula bilik yang uncle stay;
Memandangkan ramai kawan uncle busy, uncle stay seorang dan hanya satu lama sahaja.
Seriusly rasa seram juga. Sebab sorang-sorang kan.
Kena ajak khaleesi kawin gak la macam ni. Lonely bila sorang-sorang ni hehe.

Kebetulan malam uncle stay tu adalah majlis pelancaran The Grand Beach Resort Port Dickson oleh YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa Datuk Haji Abdul Samad.
Sejak FIC ambil alih hotel ni, mereka telah membelanjakan sehingga RM 5 juta bagi menarik taraf dan tambah baik struktur kemudahan yang ada.
Makna kata, lain la dalaman hotel ni berbanding yang dulu.
Selain dari The Grand Beach Resort, FIC juga ada beberapa hotel lain di Malaysia termasuk Merdeka Palace Hotel & Suite Kuching.
Bermalam di The Grand Beach Resort seorang diri adalah pengalaman yang baru untuk uncle yang tinggal dekat dengan Port Dickson. Feeling dia lain beb. Mungkin sebab duduk sorang-sorang kot.
Tapi overall best sebab dapat view pantai dan laut yang cantik. Tenang je rasa hati ni.
Staff pun bersedia tuk membantu pengunjung, makanan pun sedap. Hope lebih banyak penambah baikkan di masa akan datang di The Grand Beach Resort PD.
Maklumat Untuk Hubungi The Grand Beach Resort
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi di talian; +6 06 647 4090 atau email di info@grandbeachresortpd.com.
Alamat: 5th Mile, Jalan Pantai, 71050, Port Dickson, Neg Sembilan.
15,817 total views, 8 views today
tempat menarik tetapi banyak jugak kekurangan, sempat bermalam 1 malam. staffs very nice, check in terasa bahangnya sebab acc tak ada, dah ambil kad akses, pintu pulak tak boleh buka, mujur ada housekeeping minta call front counter. tunggulah dlm 10 minit depan pintu bilik… bateri kong rupaya.. sebelum tu, laluan ke bilik amat tidak menyenangkan,.. tidor pulak ada nyamuk… hmm..
selesa beach resort dulu lebih baik utk kepuasan pelanggan 2 kali pernah dtg…ttp grand beach resort sekarang sangat lemah utk kepuasan pelanggan…bilik air tekanan rendah…bilik air rosak…kotor…laluan ke bilik hotel kotor..menu sajian sarapan tdk seperti selesa beach resort dulu2…menu sarapan tersangatttttt kurangggggg…lif rosak d laluan belakangg…takk mungkinnn akan datang lagi ke grand beach resort…
Bulan 7 haritu singgah kejap port dickson, ada tugas kena settle kat poli PD, itulah kali kedua pergi port dickson, kali pertama masa umur darjah 1 huhu, tak sempat nak gi pantai apa semua, kalo direzekikan nk pegi sini nanti, kot2 ada rezeki honeymoon haha
imnajmi recently posted…Burger Rim Tayar Pereleh Makan Tak Abeh!
nice place for next vacation. sgt cantik
banyak kali ke PD pun x pernah stay sini lg. tq for sharing here
nurmisnan recently posted…Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah anda
Terbaik bro… Lain kali dating PD cakap awal2… Otomen boleh balik rumah mertua di PD tu nanti.. hehehe…
ZoL aka Otomen Taro recently posted…Pakej Percutian Menarik di Kampung
saya pernah menginap kat sini masa reunion kawan2 best!
siti hazreen recently posted…Rumah P.Ramlee dan Galeri P.Ramlee Pulau Pinang
Kalau aku petik nama kau, dapat diskaun tak? Hehehe
Hafiz Rahim recently posted…Sungai Bangang, Mungkinkah Sungai Paling Jernih Di Malaysia?
Cuti sekolah kali ni ada juga perancangan nak bawa anak-anak bercuti samada di Port Dickson atau di Melaka… Hm… menarik juga Grand Beach Resort ni..
Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
cantik resort ni ada ciri-ciri seni bina nismilan
Wah cabtik banget ya tempatnya, bisa di rekomendasikan untuk di kunjunggi nih…
lawwa.. pantai pun luas..
Pha Is recently posted…Testimoni | Boleh Percaya ke?
wahh cantiknyaaa
cantik tempatnya
raihanah recently posted…Jenis-jenis Psoriasis dan Komplikasinya