Pengajaran dari Biografi Syed Mokhtar Albukhary

Buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary dah lama den miliki, tapi tak kongsi isi buku ini kepada pembaca blog mahupun instagram den. Siapa di sini pernah baca buku biografi mengenai Syed Mokhtar Albukhary?

Buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary

Dalam entry ni den nak kongsikan satu life lesson yang menarik dalam buku ini. Pengajaran hidup ni bagus untuk mereka yang pemalu macam den.

Sebelum tu, sedikit background mengenai Syed Mokhtar Al-bukhary:

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951, merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Beliau hidup dalam keadaan serba kekurangan hinggakan beliau tidak mengambil peperiksaan SPM kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

Walaupun hidup dalam kemiskinan, beliau diajar oleh ibunya sejak kecil untuk selalu menderma kepada orang miskin.

Bermula dengan membantu ibunya menanam sayur bagi menampung kos sara hidup keluarga, ke menjual roti canai dan menternak lembu dan kerbau sejak dari kecil, pada 1972 beliau mendapat permit membeli lori dan dapat pinjaman daripada MARA.

Harini, Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang hartawan Melayu dan berkedudukkan #7 di dalam senarai individu terkaya di dalam Malaysia (menurut laman web Forbes) yang mana menjadikan beliau satu satunya jutawan Melayu yang berada di dalam top 10 individu terkaya dalam Malaysia. Beliau merupakan pengasas Yayasan Albukhary yang telah ditubuhkan paa tahun 1996.

Pada tahun 2008, sempena sambutan Maal Hijrah 1429H peringkat kebangsaan beliau telah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah dan dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang pada tahun 2009 .

Itu lah serba sedikit latar belakang mengenai beliau. Kalau nak di kongsikan secara menyeluruh mengenai latar belakang Syed Mokhtar, memang tak cukup nak di cerita di dalam satu entry. Nak baca lebih lanjut mengenai perjalanan keyanaan beliau, boleh dapatkan buku beliau di kedai buku berdekatan.

Sedikit quotes yang dipetik di dalam buku ini mengenai pengajaran yang ingin dikongsikan di dalam entry ini:

“Saya tidak malu dalam soal meminta pertolongan. Saya juga berusaha untuk terus menjaga hubungan dengan mereka yang pernah menolong saya, dan hari ini, ada di antara mereka yang bkerja dengan syarikat-syarikat saya.”

Buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary memberi kesan besar kepada den. Dari seorang yang pemalu untuk meminta tolong dari orang lain, kepada tidak segan untuk meminta tolong didalam perkara yang den tak tahu buat.

Pengajaran seperti ni  harus di ingat dan di amalkan setiap individu yang ingin berjaya di dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja berjaya di dunia, inshaAllah berjaya di akhirat juga.

Kita harini kalau tak tahu, kadang kadang ego untuk tanya atau minta tolong untuk ajar apa yang kita tak tahu, atau macam mana nak selesaikan masalah kita. Hasilnya kita tercari cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut. Ada yang ambil insentif untuk cari sendiri solusi kepada masalah tersebut, hasilnya mungkin bagus, mungkin juga tidak.

Sebagai contoh mudah, Baba nak berniaga jual Jersey Bola. Tapi beliau hanya ada sedikit pengetahuan dalam perniagaan. Baba segan untuk meminta tolong Ali yang telah punya banyakk pengalaman dalam perniagaan dan berjaya dalam perniagaan beliau. Jadi Baba buat sahaja perniagaan menjual Jersey Bola tanpa pertolongan atau tunjuk ajar daripada Ali yang lebih pakar. Hasilnya perniagaan Baba lingkup, menangung hutang yang banyak, rugi jualan Jersey, dan hilang semangat untuk berniaga lagi.

Lesson di sini, kalau kita tak tau, kita belajar atau minta tolong dari yang tahu. Ia boleh jadi jalan mudah untuk ke kejayaan yang kita ingin kecapi. Kenapa jalan mudah pulak? Ye la, dah nama minta tolong dari orang yang berpengalaman, minta tolong dari mentor, mesti la mereka akan guide ke jalan yang mereka rasa terbaik untuk kita sebab mereka dah lalui jalan yang sukar. Jadi cari la seorang mentor yang boleh guide kita.

Tapi harus di ingat, jangan jadi ‘kacang lupakan kulit’. Syed Mokhtar sendiri menyataan beliau berusaha untuk menjaga hubungan dengan mereka yang banyak menolong beliau. Walau sedikit mana pun pertolongan itu, tanpa pertolongan yang sedikit tu, kita mungkin kan jatuh ke ‘gaung’.

 

Akhir sekali, buku biografi ini sangat ‘lazat’ isi kandungannya. Penulis berjaya membuatkan kita kenal dengan lebih rapat dengan Tokoh Maal Hijrah, Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary. Di dalam buku ini juga ada terselit impak Syed Mokhtar di dalam sejarah pembangunan moden negara kita yang tercinta yang mana tak ramai antara kita yang tahu.

 

Zuan

Buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary hasil temu bual eksklusif penulis, Premilla Mohanlall yang kemudian diterjemah dan diterbitkan oleh pVm Communications Sdn Bhd. Boleh di dapati di MPHOnline.com dengan harga hanya RM19.90 (10% off dengan pembelian gunakan kad kredit atau kad debit CIMB Bank)

sumber http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary

Comments
  1. eyfa writer
  2. nord
  3. nord
  4. Hafizul
  5. myrujukan
    • Zuan
  6. Zali
    • Zuan
  7. Lyn™
  8. sabree hussin
  9. encikarman
  10. puteri kasih
  11. Ezad Skytech
  12. Azam Mohamad
  13. deqnoor
    • Zuan
  14. blogger lelaki
  15. mai has
  16. siti hazreen
  17. syazana zainn
  18. raudzah
  19. kak yatiadam
  20. Bahrain
  21. Wardah
  22. Vee Sandi
  23. Ismail N
  24. Mohd Shubhi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Dari Ulu Yam ke LIVERPOOL.. Rasanya kebanyakkan reader blog ni...