Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia

Share

Pada uncle, tak sah kalau tak masuk museum bila kita melancong atau bercuti ke sesuatu tempat. Uncle percaya, bila ke museum, feel travel itu akan lebih hebat sebab kita akan dapat pelajari dengan lebih mendalam kisah sejarah sesuatu tempat itu.

Di negeri Pulau Pinang, ada pelbagai jenis museum yang menarik. Pada trip uncle ke Penang baru-baru ni, uncle sempat terjah ke Penang War Museum (Muzium Perang Pulau Pinang) yang di katakan antara Museum Paling menyeramkan di asia oleh National Geographic Channel! huhuhuuuu~

muzium perang penang

Penang War Museum terletak di atas bukit Batu Maung iaitu kira-kira 20 minit dari kawasan bandar Georgetown. Ia telah di bina bagi memperingati kompleks pertahanan asal yang dibina oleh British sebelum Perang Dunia ke-2.

Museum Perang yang asalnya kubu pertahanan ini pada asalnya telah dibina pada tahun 1930-an oleh pihak british bagi melindungi Pulau Pinang daripada pihak musuh. Ia telah dikendalikan pihak tentera British, Melayu dan Sikh pada ketika itu.

Kubu ini lengkap dengan kemudahan terowong bawah tanah tentera dan aci pengudaraan, kubu peluru, pusat logistik, canon menembak teluk, kuarters, rumah masak dan rumah sakit perubatan tidur.

Akibat kesilapan taktikal pihak British yang menyangkakan pihak Jepun menyerang dari laut, kubu pertahanan bukit Batu Maung telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada perang dunia ke-2 yang telah menyerang dari darat.

muzeum perang penang (1)

Sebelum masuk ada di berikan peta kawasan. Kubu ini berkeluasan sebesar lebih 20 ekar dan memuatkan lebih 550 ke 700 tentera satu masa. Sangat besar tapi tak terasa penat berjalan di dalam museum perang ini! Setiap satu point yang ada di peta adalah menarik untuk di kunjungi.

musium seram asia penang

Kalau nak memudahkan explore seluruh kawasan museum tanpa sesat, ikut je anak panah merah yang telah di sediakan. Memang korang takkan terlepas untuk tengok setiap satu tinggalan perang dan tarikkan-tarikkan lain yang ada disediakan.

menara tentera jepun penang war museum

Di pintu masuk Muzeum Perang, di bina Japanese Military Observation Tower yang berketinggian 2 tingkat bangunan. Semasa pendudukan jepun selama 3 tahun 8 bulan, menara ini di kawal selama 24 jam oleh penembak tapak dan di lengkapi dengan lampu suloh besar, alat telekomunikasi dan siren tangan.

penang war museum (3)

Apa yang menjadi tarikkan uncle dengan musium ini adalah usaha pihak pengurusan museum dalam mengekalkan rupa asal tapak kubu. Kalau di teliti, cat asal juga di kekalkan. Mungkin untuk tambah feel museum ini.

terowong musium perang penang

Kalau korang suka thrill masuk terowong, di sini ada lebih 2 terowong yang korang boleh masuk dan explore isi di dalamnya. Tapi Sebelum masuk ke dalam terowong, pastikan korang ada bawa lampu penyuluh atau pastikan juga lampu smartphone korang berfungsi dengan baik, sebab ada sesetengah terowong tidak di pasang lampu di dalamnya, mungkin sebab terlalu kecil dan sempit.

penang war museum

Berhati-hati sepanjang korang di dalam kawasan sekitar museum ini. Kulit ular kobra pernah di temui di kawasan museum ini pada Desember 2012!

penang war museum

Setiap kubu pertahanan mesti ada jerangkap samar (booby trap) bukan? Menurut rujukkan, selepas kawasan kubu pertahanan ini di bina, pihak British telah memasang jerangkap samar di sekitar kawasan bukit bagi mengelakkan pihak musuh iaitu askar Jepun daripada menawan kawasan kubu.

penang war museum

Toilet bucket system yang di gunakan secara meluas oleh pihak British sekitar tahun 1930an.

penang war museum

Hostel yang yang diduduki tentera-tentera yang berada di kubu ini suatu masa dulu.

penang war museum

Dapur yang diguakan untuk memasak untuk para tentera. Ada beberapa perkakasan yang masih boleh di gunakan ada di sini.

penang war museum

Ini adalah replika tali gantung General  Tomoyuki Yamashita yang asalnya di bina di Batman, Filipina. General  Tomoyuki Yamashita adalah komander Jepun yang telah menjadi wira negara Jepun selepas berjaya menguasai Tanah Malaya dan Singapura. Selepas Hirashima dan Nagasaki di bom,  General Yamashita dan pasukan tenteranya telah meyerah diri kepada angkatan tentera U.S.

penang war museum

Salah satu tapak dimana terletaknya Anti Air-craft Pit. Terdapat 20 lubang pertahanan yang digunakan oleh pihak British bagi menembak jatuh pesawat tentera udara Jepun.

penang war museum

Tadaaaaa!!!! Ini bukan pameran rumah hantu ya.

Sebenarnya props ini di bina untuk mengambarkan situasi menyayat hati yang pernah terjadi pada zaman peperangan dunia ke-2. Uncle nak ceritakan pun tak sampai hati. Ini adalah gambaran di mana suatu masa dulu, tentera jepun telah menjadikan tahanan wanita mereka sebagai hamba sex bagi memuaskan nafsu mereka.

penang war museum (5)

Kalau korang berani datang ke War Museum ni belah malam, ada banyak tarikkan menarik menanti korang. Di sebabkan uncle kesuntukkan masa, uncle tak dapat merasa night museum (alasan semata-mata)…

muzeum perang pulau pinang

Di buka setiap hari dari 9 pagi hingga ke 6 petang, Penang War Museum adalah museum perang yang mesti di kunjungi pengunjung yang pertama kali ke Pulau Pinang.




Kalau korang nak rasa lagi spooky dalam museum ni, di cadangkan ambil entrance malam, buka dari pukul 8 malam hingga 10 malam!

Untuk maklumat lanjut mengenai Penang War Museum, boleh terus hubungi pihak Penang War Museum di talian: 016 421 3606 / 04 626 5142 ataupun boleh terus email di penangwarmuseum@yahoo.com.

Akhir sekali, selepas berjam-jam merayau di kawasan Penang War Museum, ternyata ia memang sebuah museum yang menyeramkan seperti yang di dakwa oleh pihak NatGeo sebab ada beberapa kawasan, dan setup yang membuatkan korang akan sedikit meremang bulu roma.

Buat masa sekarang ni, uncle tak pernah lagi ke museum-museum lain di negara lain serata asia kecuali di Museum Perang Vietnam (War Remnants Museum). Kalau ada rezeki, ada peluang, teringin juga merasa ke museum museum lain di serata dunia.

4,735 total views, 1 views today

Share
Comments
  1. rozita
    • Uncle Zuan
  2. seri nian
  3. Fatin Natasha
  4. zik
  5. titan
  6. Noriza Rahman
  7. ahmadyani
  8. nikkhazami@gmail.com
  9. JMR
  10. Fyda Noh
  11. mrhanafi
    • Uncle Zuan
  12. Nurul Shahira
  13. Bahrain
  14. Anuar
  15. Ikhwan
  16. Raihanah Ahmad
  17. Miera Nadhirah
  18. Pojiegraphy
  19. Qiya Saad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge