Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama

Share

Fuhhh tajuk nak gempak je kan. Tapi memang betul pun, dengan menaiki Penang Hop-On Hop-Off (Penang HOHO) anda berpeluang untuk melihat leih 50 tarikkan utama di Pulau Pinang.

Mula-mula uncle tak tau pasal Penang HOHO ni sampai la uncle terbaca kat blog Pojiegraphy kisah dia terokai Pulau Pinang dengan HOHO.

Terus dalam kepala uncle, ok lepas ni kalau uncle ke Pulau Pinang, uncle kena cuba HOHO ni.

Baik, berbalik kepada kisah uncle ke Pulau Pinang tempoh hari, memandangkan hotel yang uncle duduki agak jauh sedikit dari hentian HOHO, uncle terpaksa naik bus dari Terminal Bus Sungai Nibong ke Komtar. Tak jauh pun masa perjalanan, bergantung pada trafik boleh pergi dalam 15-30 minit.

Penang Hop-On Hop-Off, Terokai Lebih 50 Tarikkan Utama

penang hop on hop off komtar

Nak tau kat mana nak naik HOHO ni?

Setiap perhentian HOHO akan ada tiang tanda HOHO macam ni. Dan ada 3 jenis hentian iaitu Standard Stop (warna biru), On Demand (warna pink), dan Interchange menjadikan kesemuanya ada 33 hentian.

Setiap satu hentian ada lebih dari satu tarikkan. Jadi kalau 33 hentian, jadikan lebih dari 50 tarikkan yang boleh di terokai

penang hop on hop off (7)

penang hop on hop off gurney

Menarik pasal HOHO ni, ada 2 jenis route atau laluan yang anda boleh naik iaitu Beach Route (warna hijau), dan City Route (warna oren).

Setiap laluan anda boleh tukar pada bila bila masa di 2 stesen pertukaran iaitu di Chowrasta (09) dan Gurney Drive (01).

Mana nak beli tiket HOHO?

  1. Boleh beli dalam mana-mana bus HOHO
  2. Kaunter khas di perhentian Gurney Drive dan Chowrasta
  3. Agen HOHO yang berdaftar
  4. Secara online di www.myhoponhopoff.com

penang hop on hop off (9)

Kalau dah naik HOHO tu, tak sah la kalau tak dok kat bahagian luar. Melayan panas terik dan angin yang bertiup~ huhuuuu~

penang hop on hop off (4)

Disebabkan uncle hanya 2 hari di Penang, dan hari ke 2 uncle dah ada deal untuk keliling Penang dengan blogger Azham, uncle hanya sempat layan HOHO untuk laluan bandar sahaja (City Route).

penang hop on hop off (2)

Terlalu banyak tarikkan menarik yang korang boleh terokai dengan hanya menaiki HOHO, sesetengah perhentian uncle terpaksa selfie jarak jauh je.

Kalau anda nak teroka Pulau Pinang dengan HOHO, uncle cadangkan ambil pakej 48 jam.

Dan satu lagi nasihat uncle, pilih betul-betul mana tempat anda nak pergi, jadi pergi tempat tu je sebab anda akan jadi rambang mata kalau tak tau nak pergi tarikkan yang mana satu.

penang hop on hop off (3)

Harga tiket HOHO

  • Warganegara (Dewasa): RM19 (24Jam) & RM32 (48Jam)
  • Warganegara (Kanak-kanak): RM12 (24Jam) & RM20 (48Jam)
  • Bukan Warganegara (Dewasa): RM45 (24Jam) & RM79 (48Jam)
  • Bukan Warganegara (Kanak-kanak): RM24 (24jam) & RM43 (48Jam)

penang hop on hop off (1)

Juga sila ambil nota;

  • Waktu operasi HOHO ni adalah setiap hari dari 9 pagi sehingga 8 malam.
  • Bus akan lalu setiap perhentian dalam jangka masa 20 hingga 30 minit (bergantung kepada keadaan trafik).

Jadi penting sangat untuk anda rancang dengan teliti mana anda nak pergi. Takut end up macam uncle, banyak tempat sangat nak pergi, tapi masa tak mencukupi haha.

penang hop on hop off (8)

Pengalaman menaiki Penang HOHO adalah pengalaman yang mengujakan pada uncle. Penang HOHO, salah satu satu solusi untuk trokai tarikkan-tarikkan menarik yang ada di Pulau Pinang.

Anda boleh usya lokasi perhentian bus Penang HOHO di www.myhoponhopoff.com.

Jadi, jom naik Hop-On Hop-Off Penang 😉

 

Nota kaki: Disebakan cuti yang tak panjang, selalu uncle akan ada kesukaran untuk explore lebih tempat tempat percutian yang uncle pergi.. Hmmm alangkah bagus kalau ada lebih masa untuk terokai tempat tempat menarik yang ada di setiap tempat yang kita lawati 😀

Share
Comments
  1. jambu batu
  2. Nurul Shahira
  3. Raihanah Ahmad
  4. mrhanafi
  5. titan
  6. nurul
  7. Noriza Rahman
  8. kolin zainal
  9. Raihanah Ahmad
  10. Bro Framestone
  11. Adam
  12. akubiomed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge