Selepas Segment Saya Mahu Ditegur

Share

Segment Saya Mahu Ditegur yang baru baru ini diilhamkan oleh Blogger Otai kita mendapat sambutan yang menggalakkan.  Difahamkan lebih 54 orang blogger telah menyertai segment ini (last update 4/10/13). Tak kira otai atau newbie, semua turut serta bagi mendapatkan feedback positive mengenai blog mereka dari para pembaca dan blogger blogger lain.

Blog Uncle Zuan juga tak terlepas dari turut serta dalam segment seperti ini. Maklumlah, sejak rebrand ni, mesti la mau dapat feedback dari blogger blogger lain. Alhamdulillah, banyak feedback positive yang di jangka dan tak dijangka masuk ke kotak komen.

Antara feedback yang paling banyak blog ini dapat adalah mengenai header.

header

Memang tak dinafikan terlalu simple dan besar. Ada di jawab di ruangan komen mengapa header buat besar. Ini adalah untuk mengumumkan dan ‘menampal’ di dalam kepala memori pembaca nama blog ini. Untuk makluman, header baru masih dalam pembinaan, dan dah hampir siap sebenarnya. Pada asalnya akan di tukar pada awal tahun depan. Tapi mungkin dicepatkan process penukaran header baru dalam masa terdekat. Stay tuned! 😉

Kategori.

blog uncle zuan

Memang tak dinafikan, den pun sebenarnya pening fikirkan pasal mana nak letak ruangan kategori ni. Ada yang cadangkan buat jenis drop down. Insha Allah akan dipertimbangkan idea tersebut dalam masa terdekat. Den buat masa ni merasakan untuk letak Categories sekali dengan page archives bagi memaksimakan penggunaan tab archives. Dan inshaAllah akan remove #tag di nama categories kerana menurut salah seorang sahabat blog, ia tidak bagus untuk SEO blog. Buat masa sekarang, den buat widget categories sebagai drop down.

Mengenai theme, rata rata menyukainya kerana simple dan ringan load. Sofar den tak ada masalah dengan template ni. Mungkin akan terus gunakan template ni. Tapi tak teragak agak untuk tukar ke template yang lebih mesra SEO sekiranya ada sponsor hehe 😉

Ada juga yang mencadangkan mengasingkan About Me dan Contact Me kepada 2 page yang berbeza. InshaAllah akan dipertimbangkan cadangan itu.

Ada juga yang mencadangkan memaksimakan penggunaan footer. Idea yang sangat menarik tu, InshaAllah akan di usahakan dalam masa terdekat juga.

Selain itu, widget meta juga akan di remove hasil teguran kerana didapati widget itu tidak membawa banyak fungsi kepada blog.

meta

Ada juga mencadangkan untuk letak RSS di dalam satu page, inshaAllah akan dipertimbangkan idea menarik itu 🙂

Apa pun, terima kasih banyak banyak kerana sudi memberi feedback mengenai Blog Uncle Zuan. Sangat menghargai setiap komen yang diberikan sehinggakan selepas balik kerja terus baca komen untuk lihat apa yang pembaca ingin di blog ini.

Sebenarnya den masih menanti feedback mengenai kualiti penulisan di blog. Ada yang sudi tambah? BTW, ada yang pernah test baca blog ini di mobile? Ok tak? I really need feed back from this thanks 😀

Zuan

Comments
  1. Hafizul
    • Zuan
  2. maszull
  3. encikarman
    • Zuan
  4. titan
    • Zuan
  5. akubiomed
  6. pahan
  7. Khairul Zamri
  8. Norfanil
  9. blogger lelaki
  10. Irwan Alessa
    • Zuan
  11. amirnawawi
    • Zuan
  12. Mohd Shubhi
    • Zuan
  13. anuar
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
[caption id="attachment_1951" align="aligncenter" width="700"] Tak pasti sama ada Bo sedang...