Pelancaran Program Varsity Entrepreneurship Skills & Talents (VEST) 2017

Share

Pada 28 April yang lepas, uncle dapat hadirkan diri ke majlis Pelancaran Program Varsity Entrepreneurship Skills & Talents (VEST) 2017 yang telah diadakan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ia adalah program bentuk ilmuan hasil kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

vest 2017

Majlis perasmian VEST 2017 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri KPDNKK.

VEST 2017, Program Pertandingan Keusahawanan

VEST 2017 bukan program biasa-biasa, Ia adalah program pertandingan keusahawanan yang akan melibatkan seramai lebih kurang 1000 orang mahasiswa dari 20 buah institusi pengajian tinggi seluruh negara. Dijangkakan lebih kurang 200 idea perniagaan dari para mahasiswa bakal diperkembangkan pada program ini.

Para mahasiswa yang turut serta akan berpeuang memenangai hadaih bernilai RM50,000!

Program VEST 2017 akan berlangsung selama 6 bulan dimana para mahasiswa akan didedahkan dengan pelbagai input iaitu penjenamaan, teknik jualan, pemasaran, komunikasi berkesan, membina rangkaian francais dan perancangan kewangan. Ini adalah sebagai persediaan kepada mereka untuk memulakan langkah sebagai seorang usahawan.

vest 2017

Dato’ Seri Hamzah menerangkan mengenai kepentingan VEST kepada para usahawan.

Dilihat kata-kata dari Dato’ Seri Hamzah ketika perasmian memberikan semangat kepada para mahasiswa hinggakan uncle pun rasa nak masuk balik belajar. Tapi alangkah malangnya untuk uncle sebab ia untuk mahasiswa di bawah umur 25 tahun sahaja.

Melalui program VEST 2017, para mahasiswa berpeluang untuk merebut tawaran hebat dari agensi dibawah KPDNKK seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Berikut adalah tawaran yang ditawarkan;

  1. Mendaftar perniagaan melalui SSM secara PERCUMA dibawah Skim 1Pelajar 1Pendaftaran Perniagaan
  2. Membukan akaun syarikat perniagaan dengan Bank Rakyat dengan hanya RM100 tanpa pencadang.
  3. Mendaftar hak cipta/logo perniagaan melalui MyIPO.
  4. Mendaftar syarikat melalui SKM.
  5. Pembiayaan perniagaan melalui PNS.

Wow! kan tawaran yang diberikan. Pada uncle, amatlah rugi kalau para mahasiswa tak rebut peluang keemasan ni.  Dengan kadar pengangguran pada tahap 3.5% sehingga Febuari 2017, peluang ini harus diambil supaya kadar pengangguran dapat diatasi dan dikurangkan.

vest 2017

Dato’ Seri Hamzah berucap: “Hasrat ini adalah selari dengan Wawasan 2020 negara yang mahu melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera golongan menengah.

Menurut Daro Seri Hamzah lagi, para mahasiswa merupakan golongan yang paling sesuai menceburi bidang perniagaan kerana sedang berada di institusi pengajian tinggi yang mana banyak ilmu yang boleh dipelajari daripada pensyarah yang boleh diaplikasikan dalam dunia perniagaan.

Pertandingan VEST 2017 dibuka kepada semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berusia antara 18 hingga 25 tahun. Tarik penyertaan dibuka dari 21 April sehingga 10 Mei 2017 ini sahaja. Para pelajar yang berminat boleh mendaftar melalyi Unit Keusahawanan Universiti masing-masing atau melalui laman web PNS iaitu pns.com.my/vest-online-registration.

Tak sabar rasanya nak tengok impak daripada VEST 2017 ini kepada golongan mahasiswa.




1,509 total views, 9 views today

Share
Comments
  1. Neyra
  2. Noriza Abdul Rahman
  3. RAIHANAH AHMAD
  4. Emily
  5. Anuar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge