Pelancaran Manhajj Mutawwif Musim ke-2 Dan Applikasi Manhajj

Share

Baru-baru ini uncle dan beberapa rakan blogger dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran program realiti TV Manhajj Mutawwif musim ke-2 dan applikasi Manhajj di IDCC Shah Alam.

Kelainan Untuk Manhajj Mutawwif Musim Ke-2

Program realiti tv pencarian Manhajj Mutawwif musim pertama merupakan satu sukses dan telah menjadi inspirasi untuk adanya pencarian Manhajj Mutawwif untuk musim ke-2. Menurut penerbit Manhajj Mutawwif, Encik Abd Halim Ikhsan,  musim ke-2 ini akan menjadi lebih menarik kerana ia akan melibatkan 4 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Menarik kan?

Para peserta akan diberi tenaga pengajar berpengalaman dan panel juri yang berkaliber dan berwibawa, ini bagi menghasilkan Manhajj Mutawwif yang berkualiti.

Menurut penerbit lagi, elemen baharu yang akan diperkenalkan iaitu ‘sketch artis’, yang mana barisan pelawak terkenal tanah air akan membuat sketch bagi memberi senario masaalah menunaikan umrah. Ia diyakini mampu menarik minat penonton untuk mendalami ilmu ibadah umrah, dan sekaligus menambah pengetahuan dan pemahaman mereka bagi ibadah umrah khususnya.

Seperti musim pertama juga, para peserta akan bersaing dalam 8 konsert termasuk final dengan tugasan yang akan mengupaskan persoalan berkaitan umrah dan penyelesaiannya.

Program yang berdurasi 1 jam setengah itu akan mula ditayangkan pada 25 Jan 2019 depan.

Menarik Mengenai Applikasi Manhajj

Pada awalnya uncle tak dapat rasakan kepentingan dan keunikkan applikasi. Uncle rasakan ia hanyalah applikasi biasa sahaja yang akan bagi info mengenai ibadah umrah. Terapi sangkaan uncle meleset apabila uncle diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekufit Manhajj Brothers, Abdul Halim Ikhasan yang applikasi ini mempunyai ciri istimewa iaitu ‘panic button’. Ciri ini sangat berguna kepada jemaah sekiranya berlaku kecemasan di Tanah Suci Makkah dan Manidah.

Terus uncle teringat dengan peristiwa uncle terputus dengan mutawwif dan para jemaah umrah yang lain ketika uncle menunaikan umrah kira-kira 3 tahun lalu. Boleh cari dan baca kisah uncle di entri yang sebelum ini.

Antara fungsi menarik yang ada adalah pengguna boleh muat naik (upload) status menerusi ikon Community. Jadi sebarang pertanyaan kepada mutawwif boleh ditanya secara langsung, dan menariknya persoalan dan jawapan itu dapat dibaca dan isinya boleh dinikmati oleh pengguna yang lain.

Menurut Abd Halim Ikhsan lagi, idea penghasilan applikasi Manhajj ini tercetus apabila mereka menyedari kepesatan teknologi maklumat yang berkembang dengan informasi berkaitan umrah dan permasalahan yang timbul. Applikasi ini diyakini bakal menjadi tunjang utama dalam menjalankan perniagaan disamping menjadi medium pembelajaran sepanjang hayat untuk komuniti Manhajj.

Gimik pelancaran applikasi Manhajj.

Video presentation applikasi Manhajj dan pengenalan fungsi applikasi kepada para hadirin.

Para pengguna applikasi tutut boleh membuat pilihan pakej dan pendaftaran umrah secara online melalui ‘Register Umrah’, serta soalan-soalan beserta jawapan berkaitan permasalahan umrah.

Apa lagi, boleh download dan cuba secara percuma applikasi Manhajj di Google Playstore dan Apps Store. Uncle percaya yang fungsi-fungsi menarik yang ada didalam applikasi ini adalah sokusi ibadah Umrah yang dinanti oleh para jemaah yang lain.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai Manhajj Mutawwif, boleh whatsapp di talian +6019 7078 992 scara terus atau layari laman web www.manhajjmutawwif.com atau di facebook www.facebook.com/manhajjmutawwif.

828 total views, 18 views today

Share
Comments
  1. wan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge