Pekena Aloha Chicken @ Fuel Shack KLCC

Share

Dah lama uncle riki kedai burger Fuel Shack ni. Rasa makin teruja nak try bila uncle tengok ramai share kat laman media social. Sabtu lepas, sementara tunggu untuk collect passport yang uncle baru renew di UTC Keramat (berdepan LRT Damai), uncle terus ke KLCC menaiki LRT sebab hanya 2 stop je dari LRT Damai.

Selain dari burger, Fuel Shack juga ada menu seperti Hot Dog, Pasta, Spaghetti, Pizza, dan Fries. Memandangkan main attraction adalah burger, uncle try burger. Ada banyak jenis menu burger yang menarik perhatian uncle. Antaranya adalah Mini Tower, Lamb Supreme, Blue Cheese Deluxe. Uncle cuba Aloha Chicken pada petang itu.

burger aloha chicken fuel shack klcc

Aloha Chicken burger di padukan dengan patty ayam 150g, sos mayo, salad, lettuce, tomato, nenas dan cheese.

Aloha Chicken dijual pada harga RM14.90. Hanya perlu tambah RM 4 untuk tambah Fries dan Soda.

Fuel Shack: We offer delicious, quality food in a setting that’s warm, inviting and unpretentious. We are certified HALAL.

Komen uncle untuk burger ni, di sebabkan terlalu banyak jenis sayur, rasa patty ayam tu sedikit tengelam. Burger sememangnya sedap bila kita makan burger yang patty dia lembu / beef, tetapi kurang layan kalau patty dia adalah ayam / chicken. Soal kenyang, memang kenyang makan burger ni. Patty dia agak besar sehinggakan uncle sedikit struggle untuk laksanakan 1st bite. Pada yang nak burger rasa pedas, make sure, minta extra sos cili sebelum beredar dari kaunter.

Overall, uncle rasa kenyang sahaja makan burger Aloha Chicken ni. Disebabkan telalu banyak sayuran, rasa patty ayam tengelam. Lepasni uncle nak cuba Lamb Supreme pula.

 

Nota kaki: Uncle rasa macam nak kembali ke waktu awal-awal uncle blogging dulu. Satu hari, satu entri. Mampu? Haha

Share
Comments
  1. Muslim
  2. Niza Yusof
  3. Noriza Rahman
  4. raihanah
    • Uncle Zuan
  5. dja
  6. Mesra Mobile
  7. Jie Susanos
  8. Eina
    • Uncle Zuan
  9. encikarman.com
    • Uncle Zuan
  10. Belang Tarung
    • Uncle Zuan
  11. Wan Zawawi
    • Uncle Zuan
  12. Ibu tercomel
    • Uncle Zuan
  13. titan
  14. beruangbuluh
  15. siti hazreen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge