Paradigm Mall PJ Mengadakan Taste of Paradigm

Siapa tak suka makan kan? Lagi lagi kalau makan je, boleh dapat makan lagi secara percuma. Siapa tak nak kan? Itu la yang ditawarkan oleh pihak Paradigm Mall Petaling Jaya iaitu, korang makan, dan korang dapat makan lagi secara percuma.

Dari 19th August hingga 17th November 2019 Paradim Mall menganjurkan kempen ‘The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded’ untuk semua food lovers.

‘The Taste of Paradigm – Spend and Be Rewarded’

Menurut Ms Selena Chua, Chief Executive officer WTC Mall, “Kami teruja untuk menawarkan kepada pelanggan setia kami peluang untuk diberi ganjaran makanan dan minuman percuma di pusat membeli-belah kami. Sebagai pusat membeli belah mesa pelanggan, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah dan mengisi masa lapang yang tidak dapat ditandingi kepada pelanggan kami tetapi juga menyediakan pelbagai pilihan makanan yang pasti menepati citarasa mereka.

Menurut Ms Selena lagi, “Dengan hampir 100 kedai F & B di Paradigm PJ, pelanggan kami pasti sukar membuat pilihan. ”Taste of Paradigm” pasti akan menjadi platform terbaik untuk kami dan pengungung setia kami setiasa berhubung.

Jadi macam mana The Taste of Paradigm ni berfungsi?

Pertama sekali, korang kena dapatkan passport Taste of Paradigm di kaunter Concierge di Level G.

Kedua, korang kena belanja minimum RM30 di mana-mana F&B Paradigm PJ untuk melayakkan korang dapat 1 stem di dalam passport korang tu.

Ketiga, kumpul sebanyak mana stem yang korang boleh.

Keempat. Pada satu peringkat, korang boleh tebus free F&B dari Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru Café, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe dan Papparoti.

Haa mudah kan? Maklumat lanjut boleh dapati di: Iwww.paradigmmall.com.my

Baru baru ini Paradigm Mall PJ telah menyiapkan fasa pertama Asset Enhancement Initiative (AEI) iaitu merekan akan menjadikan seluruh aras LG sebagai Food Arcade. Dengan refurbishment ini, Paradigm PJ menawarkan pengunjung F&B yang pelbagai dari makanan Malay, Itali, Middle-East, Thai, Javanese, Hong Kong dan Taiwan.

Mereka juga telah membawa masuk F&B baru iaitu Nene Chicken, Waffuru Cafe, Sedap Sedap, T Bun, SRK Noodle House dan Farmers Street.

Uncle dah tak sabar nak join kempen ni. Kalau korang belum join ni, kita on the same boat. Jom kita sama-sama kumpul stem sebelum 17 November ni dan redeem makan PERCUMA! Jom Tasfe of Paradigm.

IG Paradigm PJ: paradigmpj 
FB Paradigm PJ: ParadigmPJ

80 total views, 2 views today

Comments
  1. Kisah Tatie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge