Pameran Menarik di IOI City Mall

Haaa apa yang menarik tu? Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) buat kali kedua telah membawa jenama dari Hong Kong ke dalam pasaran perniagaan Malaysia. Bertemakan ‘Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong’, pameran ini bermula dari 19 Jun sehingga 30 Jun ini di IOI City Mall (bahagian West Wing).

Kali ini, mereka membawa 14 jenama dari Hong Kong yang sangat inovatif dan ada yang menang award lagi tu. Antara 14 jenama yang dibawa masuk untuk pameran ini adalah; Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Gree dan TINY.

Menurut Pengarah HKTDC Malaysia, Puan Hoh Jee Eng, “14 jenama ini menawarkan pelbagai barangan premium berkualiti, dan unik untuk penggunaan individu, keluarga atau koperat. Pembeli akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah yang dibawa, ia bukan sahaja menawarkan fungsi yang menarik, malah inovatif dan menyeronokkan untuk digunakan. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lagi tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna.

Ini paling uncle suka. woodcraft daripada Green Team. Semua produk mereka dipermuat daripada kayu yang sumbernya diambil secara beretika. Puzzle mesra alam ni uncle dan isteri ada beli satu set Istana Himeji. Nanti dah siap pasang kitorng share di social media hehe. Ada pelbagai jenis woodcraft seperti 3D Ferris Wheeler, Kotak Musik, dan Menara Eiffel.
Pada pengemar barangan tahan lasak. Boleh cuba produk keluaran Kilovest ni. Diorang ada pelbagai jenis barang yang daripada silikon tahan lasak. Antara produk yang ada adalah beg tangan, jam, wallet, dan pemegang passport.
Pada yang nak bertanam, tapi tak ada tanah, jangan gusar, Paris Garden ada menampaikan produk pertanian dalam bandar. Anda boleh beli kit berkebun untuk tanaman seperti pokok-pokok herba, buahan, sayuran dan bunga. Ikut je langkah-langkah yang diajar, pasti tangan anda menghasilkan magik. Siapa kata nak bercucuk tanam ni kena ada tangan yang sesuai dengan bercucuk tanam sahaja?
Artiart ni antara jenama popular yang memfokuskan kenapda produk kegunaan isi rumah. Antara produk yang dihasilkan adalah perkakasan untuk rumah, minuman, barangan untuk perniagaan, cawan, dan banyak lagi. Antara yang mencuri perhatian adalah produk cawan AR Iceberg Suction Cup, cengkaman bawah botol dia menjadikan ia bebas bocor, dan bebas dari terjatuh atau tak sengaja tertumpah air. Salah satu produk terbaik pada uncle.

Banyak produk yang menarik kalau nak cerita kat sini. Uncle sarankan korang ke sana dan cuba sendiri. Jangan lupa bawa cash, sebab mesti ada punya produk yang anda akan terpikat untuk beli.

Kalau rasa tak sempat nak ke pameran, jangan risau, produk ni bukan sekali datang waktu pameran je. Produk-produk ini boleh juga didapati di:

  • Parkson Elite, Pavilion KL
  • Parkson, 1 Utama Shopping Center
  • CM3, Sunway Pyramid
  • Times Bookstore, Pavilion KL
  • Times Bookstore, Bangsar Shopping Center
  • Parkson Elite, Gurney Plaza

Pameran ini sampai 30 Jun ni sahaja. Apa tunggu lagi? Jom ke pameran “Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong” yang sedang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge