Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat Kini Di Selangor
Sebelum ini anda pasti ternampak di laman social dan di blog yang Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat diadakan di Muzium Negeri Kedah. Atas usahasama kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam NEgeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd, Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini dibawa ke Masjid Selangor, Shah Alam.
Pameran yang telah bermula sejak 10 July yang lepas telah menyebabkan social media dibajiri dengan info-info mengenai bahan pamearan khazanah peninggalan baginda Rasulullah yang akan diadakan sehingga 9 ogos ini. Walaupun banyak gambar dan info ada di social media, uncle punya la mencari peluang untuk datang tengok sendiri kesemua 25 artifak yang dipamerkan.
Antara artifak asli Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat yang dipamerkan adalah termasuk Rambut Rasulullah S.A.W., Penutup Makam Rasulullah S.A.W., Darah Bekam Rasulullah S.A.W., Capal Rasulullah S.A.W., Tanah Makam Rasulullah S.A.W. , Tapak Kaki Rasulullah S.A.W. , Cop Mohor Rasulullah S.A.W. , Serban Rasulullah S.A.W. , Tongkat Rasulullah S.A.W. , Busur Rasulullah S.A.W. , dan pedang-pedang sahabat Khalid Ibni Al Walid, Umar Al Aas, Saidina Hamzah dan Mu’adz bin Jabal.
Capal, Busur, Tapak Kaki dan Rambut adalah antara bahan artifak asli Rasulullah S.A.W yang ada dipamerkan di Masjid Selangor, Shah Alam.
Tak jangka betul sekali uncle masuk, makan masa sehingga berjam di Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW dan Para Sahabat. Macam-macam info baharu dan info yang lama dapat uncle refresh dan recall semula. Rasa teruja melihat setiap satu khazanah peninggalan Baginda Rasulillah dan para sahabat yang mengambarkan tamadun Islam yang sentiasa mendahului zaman.
Pada yang belum berkesempatan ke sini, masih ada peluang sehingga 9 Ogos ini sebelum bahan pameran dibawa ke Johor pula. Di mana desinasi pameran? Tunggu update di laman social dan di blog.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W. dan Para Sahabat
Tarikh : 10 Julai – 9 Ogos 2017
Masa : 9.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi : Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
Harga Tiket adalah seperti di bawah:
Dewasa – RM20.00 seorang
Pelajar – RM10.00 seorang
Warga Emas – RM10.00 seorang
OKU – RM10.00 seorang
Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma
Datang semetara masih ada pameran khazanah ini. Dan berita baik kepada pengunjung yang hadir,
- Setiap 1,000 – Sehelai tshirt
- Setiap 10,000 – Sehelai tshirt dan Al Quran Digital
- Pengunjung ke 100,000 – Sehelai Tshirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.
Belian tiket
- Secara online di www.tamadunislam.com
- Juga boleh di beli di pintu masuk pameran
Dapatkan informasi terkini pameran di sosial media
Website : http://tamadunislam.com
Fanpage : https://www.facebook.com/pameranartifak
Instagram : https://www.instagram.com/pameranartifak
Twitter : https://twitter.com/PameranArtifak
8,172 total views, 5 views today
tahu tentang ni, tapi tak berpeluang nak pergi.moga tahun ni ada lagi
nurul fatin adiana recently posted…Kursus Mobile Spa dan Home Spa TWB Bersijil
jauh pulak nak ke shah alam..tapi bagus untuk bawa anak-anak lihat
olaoli recently posted…Ketahui post paling popular di blog anda dengan Google Analytic
Dah terlepas rupanya. Tak sempat la
Rose Face Serum Zeeta recently posted…Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari
Bagusnya pameran macam ni, dapat kita kenali dengan kehidupan Nabi yang memang sederhana perwatakannya
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN recently posted…Berapa Kuantiti Selamat Pengambilan Kafein Semasa Hamil?
Subhanallah.. waktu saya gi tu rasa macam taknak balik je…
Syakilla Azam recently posted…5 Sebab Bersenam Selain Untuk Menurunkan Berat Badan
Best nak pergi ni. Bila lagi nak tengok dekat2 harta Rasulullah (sementara nak tunggu giliran ke haji nih)
Serius wajib pergi ni kalau berpeluang..bukan selalu dipamerkan kan
seronok kalau dapat pergi dan lihat sendiri artifak ini. boleh memberi kesedaran dan rasa kagum terhadap Baginda Rasulullah dan juga para sahabat.
teringin nak pergi sana.. tapi takde geng. tkut sesat… tkde sapa nak teman ni 🙁 uncle teman la .. hahaa boleh tak
lisak recently posted…PRINTCIOUS ,Hadiah Istimewa untuk Insan Tersayang !
teringin nak pergi sana.. tapi takde geng. tkut sesat… tkde sapa nak teman ni 🙁
Bagus betul pameran ini sangat bermanfaat dan beri peluang lebih dekat kali untuk tengok dengan mata kasar
Khairul Zamri recently posted…5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
Alhamdulillah… Bagus pameran ni… Saya dah pergi Pameran ni masa dekat Kedah pada bulan Mac hari tu… Sebab tu dah tak pergi kali ni walaupun diadakan di Shah Alam..
Anuar recently posted…Ibadah Qurban atau Aqiqah Kambing di Mekah Pada Musim Haji cuma RM500 sahaja!
Masih belum berkesempatan untuk ke sini. terima kasih untuk info ini 😉