Palm Seremban Hotel, Hotel ‘Lifestyle’ Pertama di Seremban

Seremban, Negeri Sembilan ada pelbagai tarikkan yang menarik yang menanti pengunjung yang datang ke sini. Baru-baru ini uncle sempat menginap di Palm Seremban Hotel dalam usaha melarikan diri dari stress kerja. Dan ia berhasil!

Kenapa uncle cakap ia berhasil dalam melarikan diri dari stress kerja? Macam mana menginap kat hotel pun boleh hilang stress?

Ini adalah disebabkan Palm Seremban Hotel ni bukan sahaja sebuah hotel yang menyediakan ada bilik, servis yang baik kepada pengunjung dan makannan yang sedap sahaja, Palm Seremban Hotel siap ada komplex membeli belah lagi yang dinamakan Palm Mall Seremban.

Ini menjadikan Palm Seremban Hotel satu-satunya hotel di Seremban yang mempunyai shopping complex didalamnya sekaligus menjadi hotel gaya hidup (lifestyle) terkini yang pertama di Seremban. Jadi kalau dah bosan duduk dalam bilik tu, boleh la turun ke mall dan shopping, atau tengok wayang atau boleh karaoke di sini. Memang pengalaman yang menarik untuk dirasai.

Hotel ‘Lifestyle’ Pertama di Seremban

Jom chekout apa yang ada di dalam bilik yang uncle inap ni;

palm seremban hotel

Uncle hanya menginap untuk satu malam di Palm Seremban Hotel. Sepatutnya ada geng yang akan teman uncle, tapi end up…..

palm seremban hotel 3 bintang

Uncle sorang-sorang menginap dalam hotel ni macam biasa la. hahaha

palm sremban hotel bilik

Tapi tak mengapa, sebab dua-dua katil queen size ni uncle yang punya hahaha.

Nota: Malam tu ada fikir nak tengok Conjuring sebab bawah hotel ada GSC Cinema, tapi bila fikir fikir balik, dah la uncle duduk sorang-sorang dalam bilik yang ada 2 katil besar ni, kang tak pasal-pasal ada ‘kawan baru’ ikut bilik tidur sekali. Terus tak jadi tengok haha.

palm seremban hotel room

Cukup dengan pelbagai kelengkapan asas sebuah bilik.

Kebetulan uncle menginap Palm Seremban Hotel waktu bulan ramadhan. Jadi sempat juga merasa juadah Buffet Ramadhan Selegho  Waghih yang ada di sini.

Buffet Ramadhan dihidangkan oleh Palm Seremban Hotel dari 7 Jun hingga

Buffet Ramadhan dihidangkan oleh Palm Seremban Hotel dari 7 Jun hingga 4 July 2016.   Juadah mula disajikan dari jam 6.30 petang hingga jam 9 malam.   Harga,   Dewasa: RM59   Kanak-kanak / Warga Emas: RM29.50

palm seremban hotel buffet ramadhan

Antara aneka juadah buffet ramadhan yang disajikan

palm seremban hotel buffet ramadhan

Sambil menikmati juadah berbuka, sambil layan persembahan live band. Hari-hari ada persembahan untuk pengunjung.

Baik, yang special pasal Palm Hotel Seremban ni adalah, ia dihubungkan dengan Palm Mall Seremban, shopping mall terbesar di Seremban. Pada nak membeli-belah secara santai, ini adalah tempatnya yang terbaik.

palm mall seremban senarai kedai

Senarai kedai atau tenant yang ada di dalam Palm Mall Seremban.

palm seremban hotel best hotel seremban

Palm Seremban Hotel adalah hotel bertaraf ‘3 Bintang’ telah menerima pengunjung sejak Jun 2014 dan sejak itu telah menerima beberapa beberapa anugerah untuk kategori hotel ‘3 Bintang’.

Hasil daripada 2 hari 1 malam menginap di Palm Seremban Hotel, ada beberapa point menarik kenapa Palm Hotel Seremban adalah pilihan terbaik untuk diinapi:

  1. Berdekatan dengan 2 highway iaitu PLUS dan LEKAS.
  2. Design dalam bilik yang memberikan keselesaan.
  3. Ada 2 F&B outlet.
  4. Internet connectivity yang sangat laju (router depan bilik je).
  5.  Dihubungkan dengan shopping mall terbesar di Seremban.
  6. Staff yang sangat ramah.

Palm Seremban Hotel

Alamat: Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Faks: +06-768 0099
Email: info@palmseremban.my
Thumbs up kepada pihak management dan staff Palm Hotel Seremban kerana berjaya menyediakan hotel yang selesa kepada pengunjung yang menerapkan konsep ‘lifestyle’. Ada kesempatan, akan uncle menginap lagi di sini.

523 total views, 2 views today

Comments
  1. Ilmu percuma
  2. Afiqah
  3. TrendslinkBlog
  4. Hairul Hissam
  5. nila anggraini
  6. Noriza Rahman
  7. Khir Khalid
  8. Anuar
  9. titan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge