Berbaloi Tunggu Pak Pong Selama 5 Tahun

Share

Kalau tak silap uncle, kali terakhir dengar mengenai produksi filem Pak Pong adalah sekitar pada tahun 2011/2012 di blog niche hiburan. Lepastu dah tak dengar apa-apa khabar mengenai filem ni selama 5 tahun sehingga beberapa hari lepas ada rakan media social kongsiakan poster filem ini.

Reaksi uncle waktu tengok poster filem ni, “Ok dah macam filem Thailand pun ada cerita ni, boleh try tengok ni“.

Dan kami pun pergi la tengok…

Senarai pelakon yang ada pun agak mengejutkan, sebab ramai yang memang dikenali peminat filem atau drama tempatan.

Pak Pong adalah filem arahan pertama yang diarahkan oleh Fauzi Nawawi yang dilakonkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti; Hairul Azree, Siti Saleha, Badrul, Datuk Eizlan Yusof, Kaza, Rahim Sepahtu termasuk 19 pelakon lain yang membuat penampilan khas seperti Amber Chia, Saiful Apek, Marsha dan ramai lagi.

Filem ini berdurasi 1 jam 50 minit. Durasi yang agak panjang untuk filem tempatan, tapi cukup untuk charactor developing dan penceritaan kelihatan tidak kelam kabut. Yang penting cerita ni tak dragging dari segi konflik dan percintaan yang sudah tentu membosankan.

kitab-pak-pong

Pak Pong lebih fokus kepada penceritaan jalan cerita yang straight to the point dan character development yang mana membuatkan uncle tak puas melihat perkembangan setiap karaktor sebab nak lagi tengok perkembangan mereka. Pada uncle, Pak Pong ni lebih baik dibuat drama ataupun filem berbentuk trilogi supaya setiap karaktor dapat dimatangkan sebaiknya.

Agak mengejutkan yang walaupun film ni sudah berusia 5 tahun, idea lawak filem ini masih fresh. Masih relevan untuk tahun 2017, yang mana sepanjang pra-tonton, semua penonton tergelak dengan babak-babak lawak yang dilakonkan.

Salut dengan kesan CGI dan aksi filem ni. Agak power la untuk standard filem tempatan yang rasanya kalau dapat suntukkan dana yang lebih lagi, boleh lawan filem-filem dari negara jiran.

Anti klimaks film ini menjadikan uncle teruja untuk menantikan sekuel filem ini yang masih lagi dalam diskussi pihak penerbit. Walaupun dah tak banyak persoalan mengenai filem ini, diharpakan ada lagi sekurang-kurangya 2 lagi filem Pak Pong.




Sinopsis Filem Pak Pong

Filem Pak Pong mengisahkan tentang seorang pemuda kerdil yang mahu untuk menjadi bukan sahaja lebih tinggi tetapi juga tampan. Atas sebab itu si Kerdil yang bertukar kepada ilmu hitam. Malangnya, rancangannya dihidu pihak kampung yang mula mencarinya untuk memberhentikan rancangan jahatnya.

Trailer Filem Pak Pong

Pak Pong menemui penonton di bermula dari 23 Febuari ini. Jom gegarkan pawagam sebelum habis tayangannya.

Tonton Pak Pong dan Menang VIVO V5

Oh ya, dengan setiap pembelian tiket filem Pak Pong, melayakkan anda untuk menyertai contest yang hadiahnya sangat lumayan iaitu VIVO V5.

pak_pong_2017-filem

Rasa nak repeat lagi tengok cerita ni dan submit lagi gambar selfie dengan tiket tayangan filem Pak Pong hehe.

Kasi support sikit filem tempatan 😉

1,340 total views, 6 views today

Share
Comments
  1. lokmanamirul
  2. RAIHANAH AHMAD
  3. nila anggraini
  4. ajumohit
  5. Hero Borneo
  6. Mazniazmi
  7. Nik Ainaa
  8. carina
  9. Seorang Syed
  10. MeqZa Abdul Rahman
  11. zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge