Novel Research and Innovation Competition (NRIC) 2013, USM

NRIC 2013 adalah singkatan kepada Novel Research and Innovation Competition 2013 adalah satu pertandingan yang berlangsung setiap tahun di Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2006.

Ia adalah sebuah pertandingan berprestij dalam usaha memupuk minat golongan penyelidik muda di dalam penyelidikan dan pembangunan di samping memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat dan kreativiti di mata peneraju industri tempatan dan dunia.

NRIC 2013 telah berlangsung pada 20-22 August 2013 di Dewan Utama Pelajar, USM. Bertemakan “Bridging First Class Research & Innovation Through Sustainability Empowerment“, NRIC tahun ini berjaya menarik 132 penyertaan projek pada tahun ini dari pelbagai University seluruh Malaysia termasuk wakil dari Thailand yang diadili oleh 24 orang juri.


Antara kriteria yang dititikberatkan ketika pembentangan adalah nilai estetika, oral, penyebaran maklumat, ketulenan dan kreativiti.

Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu; Life Science, Engineering & Technology, Health & Medical Science, Social Tranformation & Creative Arts, Information Technology & Communication dan Fundamental Science. Dan tidak lupa, kategori yang mula diperkenalkan pada 2011, Community Research & Innovation Competition (CoRIC).

CoRIC adalah viva-oriented competition, yang mana ia memerlukan penyerta untuk membentangkan idea mereka tentang bagaimana untuk menjadikan dunia lebih baik di mata juri. Pasukan yang menang akan diberi peluang berbentuk modal untuk menjadikan idea mereka satu kenyataan.

NRIC 2013 - Wakil UiTM Perlis

Wakil UiTM Perlis untuk kategori Information Technology & Communication

UiTM Perlis pada tahun ini menghantar 4 wakil untuk kategori Information Technology & Communication, 1 untuk Fundamental Science, dan satu untuk CoRIC. 3 wakil UiTM perlis untuk kategori Information Technology & Communication telah membawa balik pingat gangsa.

Pertandingan seperti ini secara tidak langsung berjaya memupuk minat di dalam diri para pelajar untuk terlibat di dalam ciptaan dan penyelidikan disamping memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya mencipta sesuatu yang berguna untuk masa hadapan. Diharap pertandingan seperti ini diteruskan di masa akan datang.

Laman Web Rasmi NRIC 2013

Zuan

Comments
  1. Hafizin Jamil
  2. ira
  3. ira
    • Zuan
  4. fiezaradzi
    • Zuan
  5. Azham Vsvc
    • Zuan
  6. Mohd Shubhi
    • Zuan
  7. amirnawawi
  8. anamizu
    • Zuan
  9. papa mifz
    • Zuan
  10. Hafizul
    • Zuan
  11. Khairul Zamri
    • Zuan
  12. Fyzal
    • Zuan
  13. Anuar
    • Zuan
  14. encikarman
    • Zuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
"Aku rasa macam pernah tengok logo blog kau ni.." tanya...