Nanas MD-2, Manis dan Tidak Memedihkan Lidah

Share

Nanas Manis MD-2!!? “Nanas Apa tu? Siap ada nombor siri lagi…” Bisik hati kecil uncle bila pertama kali lihat Malay Food Blogger popular Hazman Fadzil upload gambar nenas ni di laman socialnya kebelakangan ni.

Sejak tu, terdetik dalam diri nak rasa sendiri buah Nanas MD-2 (juga dikenali sebagai Golden Sweet MD-2) yang dikatakan manis dan  tidak memedihkan lidah.

Rasa teruja juga bila berpeluang untuk cuba sendiri Nanas Manis MD-2 apabila blogger Hazman open untuk blogger area Seremban untuk datang cuba Nanas MD-2 di gerai yang Hazman dan rakan niaganya buka di tapak Pasar Tani Stadium Paroi.

First bite…




Memang speechless uncle waktu tu. Dalam kepala uncle “Ni Nanas ORI ke? Macam mix madu je buah ni

Secara tak semena-mena uncle di-rakam dan di upload di laman social pada waktu tu hahaha tumpang famous kejap ye…

nenas manis md2

Macam kita semua sedia maklum, nanas ni ada banyak jenis. TAPI Nanas MD-2 ni special dari nanas lain sebab manis dan tak pedih atau gatal lidah bila makan. Maknanya, kalau korang nak makan banyak-banyak pun tak ada masalah gatal atau pedih lidah.

Sempat juga pada hari Ahad lepas uncle merasa Jus Nanas MD-2 di gerai yang Hazman buka di tapak Pasar Tani Stadium Paroi Negeri Sembilan (Selain dari Pasar Tani Paroi, ada juga di buka di beberapa tapak Pasar Tani yang lain di sekitar Seremban dan Port Dickson). Jus Nanas ni sangat MADU rasanya. Haaa bukan rasa nak pasang madu ya, rasa dia sungguh juicy dan ada rasa madu. Menurut Hazman, air jus ni 100% di perah dari buah Nanas MD2 tanpa campuran bahan perasa yang lain.

Uncle rekomen korang cuba sendiri Jus Nanas MD-2 ni. Banyak khasiat korang boleh dapat. Dijual pada harga RM2 sahaja!!!

nenas manis md2

Khasiat buah Nanas MD-2:

  1. Mengandungi Vitamin C 4 kali ganda lebih tinggi dari buah nanas yang lain.
  2. Rendah kandungan Saturated fat, Cholestrol, dan sodium.
  3. Juga kaya dengan Fibre, Thiamine, dan Vitamin B6.
  4. Boleh menyebuhkan penyakit Gaut.
  5. Mempunuyai keupayaan Diuretic dan Detoxification yang dapat menjauhkan sakit kanser.
  6. Mencairkan darah dan melegakan sakit darah tinggi, kencing manis, batu karang dan sakit saluran pernafasan.

Padu khasiat yang ada pada buah Nanas MD2 ni. Memandangkan uncle memang jaga pemakanan dan suka makan buahan dan sayuran, Nanas MD-2 memang akan jadi buah kegemaran uncle la hehehe…

nenas manis md2

Uncle tengok juga daripada respon pembeli-pembeli Nanas MD-2 ni, memang nampak boleh pergi jauh market nanas ni. Uncle tengok ada yang sampai tertinggal makanan yang di beli lagi sebab teruja untuk potong dan cuba sendiri Nanas MD-2 ni di rumah mereka.

Apa pun, tak sabar nak tunggu Hazman dan rakan niaga keluarkan brand air jus mereka sendiri hehe.

Berjumpa nanti kita di MAHA2016 ya.

Untuk khidmat tempatahn atau penghantaran boleh terus roger Blogger Hazman Fadzil.

Nota kaki: Teruja bila dapat tau yang blogger Hazman Fadzil akan banyak cover tempat makan sedap di kawasan Seremban selepas ni. Hehe uncle ada rakan food hunting baru la kat sini.

5,672 total views, 7 views today

Share
Comments
  1. mohd zamri
  2. azmi
  3. Introducer maybank
  4. nur farahain
  5. Therina Jopri
  6. Sani
  7. ahmadyani
  8. cik tom
  9. Jie Susanos
  10. raihanah
  11. zara
  12. zara
  13. Nurul Shahira
  14. Noriza Rahman
  15. titan
  16. mrhanafi
  17. Nurul
  18. Kaki Pelangi
  19. Ujie
  20. JMR
  21. zik
  22. suriaamanda
  23. MDHAFiZ.NET
  24. Anuar
  25. Ikhwan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge