Nasib Baik Beli Jersey Pemenang – The Rise of Germany Football

Share

Ok, den bukan Sotong Paul dan bukan glory hunter, hanya seorang peminat bola yang menilai tahap ‘champion’ sesuatu team tu sebelum sepak mula.

World Cup 2010, den buat keputusan untuk membeli jersey Spain. Itu jersey negara yang pertama den beli. Sebelum ni den beli club je sebab negara main 2 tahun sekali (Kejohanan Piala Dunia dan Kejohanan Bola Sepak Eropah), jadi malas nak beli sebab jarang sekali kejohanan ni berlangsung. Lagipun, den ni bukan ada negara favourite pun nak sokong. Sokong ikut mana pemain Arsenal ada main je hehe..

2 sebab utama den beli jersey Spain ketika itu; (1) Spain belum pernah menang Piala Dunia (2) Salah seorang pemain Spin adalah pemain Arsenal, Cesc Fabregas.

Ketika tu, entah kenapa, hati kuat mengatakan Spain menang. Mungkin sebab 2 tahun sebelum itu, Spain menang Euro 2008. Jadi sebab penguasaan Spain, dan taktikal Tiki-Taka yang sangat efektif, menjadikan mereka kuasa besar dalam dunia bola sepak sepanjang 2008 hingga 2012. Ketika qualify untuk World Cup, kelihatan Spain kurang mengancam. Mungkin sebab kebanyakkan pemain mereka sudah di tahap veteran.

Tiki-taka satu taktikal bola sepak yang mendominasi perlawanan. Den akui, perlawanan agak bosan dengan konsep tiki taka ni (No Offence), tapi ia sangat efektif. Tengok la berapa lama Spain menguasai dunia bola sepak. Goal memang tak banyak, tapi ia menjanjikan kemenangan pada pasukan yang mengamalkan corak permainan tersebut.

Spain menang Euro 2008, World Cup 2010 dan Euro 2012 menjadikan mereka satu satunya negara yang berjaya memenangi 3 kejohanan besar secara berturut-turut

Untuk kejohanan World Cup 2014, Den ambil keputusan untuk beli Jersey Germany pula. Kalini hanya satu sebab, ada 3 bintang Arsenal di dalam team Germany.

Mungkin ada yang kurang sedar, The Rise of Germany Football bermula pada 2002 apabila pemegang rekod gol terbanyak ketika ini Miroslav Klose dengan 16 gol memenangi penjaring gol terbanyak pada Kejohanan Piala Dunia 2002. Sejak 2002, German tak terlepas untuk ke perlawanan separuh akhir menjadikan satu-satunya negara yang tidak terlepas ke perlawanan separuh akhir sebanyak 4 kejohanan berturut-turut.

Pemain dari negara Germany pun beberapa kali memenangi penganugerahan di piala dunia, iaitu Lukas Podolski (Best Young Player 2006) Thomas Müller (Best Young Player 2010, Golden Boot 2010), Miroslav Klose (Golden Boot 2006, FIFA All-Star Team 2002 dan 2006), Bastian Schweinsteiger (FIFA All-Star Team 2010 dan 2014), Philipp Lahm FIFA (All-Star Team 2006 dan 2010). Penganurerahan ni menjadikan mereka pasukan yang mempunyai lineup yang berkualiti.

Faktor kemenangan Germany juga adalah dengan kenaikkan Bundesliga! Jika anda adalah pemerhati dunia bola sepak, Bundesliga semakin mendapat tempat dikalangan peminat bola disebabkan permainan efektif dan menarik.

Kemenangan mereka di Maracana menjadikan Germany negara Eropah pertama yang menang World Cup di benua Amerika.
Hmmm World Cup 2018 Russia nak beli jersey team mana pulak ek?

Zuan

Comments
  1. Farid Laham
  2. Ismail N
    • Zuan
  3. akubiomed
  4. Raudzah
    • Zuan
  5. Denaihati
  6. titan
  7. Hero Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Biarlah gambar yang bercerita apa yang berlaku di sana... [caption...