myNEWS Promo Bento & Onigiri Pada Harga RM1

Uncle dan wife adalah peminat makanan Jepun terutamanya Sushi. Haritu kami ada ternampak promo dekat myNEWS yang setiap hari Selasa & Khamis, ada promo Bento dan Onigiri pada harga RM1.00 sahaja.

Biar betul kan? Murah sangat. Jadi kami pun cuba la pergi usya dekat myNEWS, ternyata betul sekali. Kami pergi je, Bento dan Onigiri dah sold out. Kata staff kat sana, pagi-pagi lagi dah habis, laku macam nasi lemak katanya.

Jadi kami pun tak putus asa, esoknya kami datang la awal sikit. Ternyata memang bulan ni bulan laku keras Onigiri dan Bento dekat myNEWS. HABIS juga Bento dan Onigiri.

Bento Tuesday: Setiap hari Selasa, korang boelh beli Bento pada harga RM1 dengan menggunakan myNEWS apps.
Onigiri Thursday: Setiap hari Khamis, korang boleh beli Onigiri pad harga RM1 dengan menggunakan applikasi myNEWS.

Haaa tengok promo dia. mana tak laku masam nasi lemak kan. Kejap je dah habis.

Tapi tak apa, promo ni berjalan untuk sepanjang bulan September ni. Jadi setiap hari Selasa dan Khamis sepanjang bulan September ni, korang berpeluang untuk beli Bento & Onigiri pada harga RM1.00 sahaja.

Ini adalah senarai lokasi store myNEWS yang terlibat untuk promo ni:

Bento Tuesdayhttps://www.facebook.com/notes/mynewscom/bento-tuesday/10157845631257150/
Onigiri Thursday: https://www.facebook.com/notes/mynewscom/onigiri-thursday/10157848213732150/

Apa jenis Bento yang ada dekat myNEWS?

  1. Spaghetti Spicy Belado
  2. Jumbo Chicken Cutlet Bento
  3. Mapo Tauhu Bento
  4. Salmon Salsa Bento
  5. Curry Laksa
Mapo Tauhu Bento. Terus menginam nak makan lagi bila tengok gambar ni.

Apa Onigiri yang ada dekat myNEWS?

  1. Onigiri Smoked Salmon Cream Cheese
  2. Onigiri Garlic Teriyaki Mayo Chicken
  3. Onigiri Teriyaki Salmon
  4. Onigiri Tuna Mayo
  5. Onigiri Tobiko Kani Mayo
Tuna Mayo Onigiri. Terliur uncle waktu tulis artikel ni.

Banyak kan pilihan Bento dan Onigi yang ada di myNEWS. Kalau promo ni ada setiap hari, setiap hari uncle breakfast kat sana.

Nak jadikan cerita, haritu tak plan pun nak cari Onigiri, tapi orang kata dah rezeki agaknya, terjumpa la di MyNEWS Masjid Jamek. Dapat la uncle merasa makan Onigiri.

Banyak pilihan Maru Bakes ni. Rambang mata juga dengan pilihan yang ada di myNEWS.

Best part pasal myNEWS ni adalah location dia. Dekat dengan public transport dan lokasi lokasi hot yang senang diakses. Jadi senang nak beli sebelum naik train ataupun selepas sampai ke destinasi.

Untuk maklumat lanjut, boleh usya dekat Facebook myNEWSMalaysia
ataupun di Instagram mynews_my.

Oh ya, jangan lupa download dulu apps myNEWS dekat apps store atau playstore korang. Nanti tak pasal-pasal beli harga non promo. Hehe.

1,199 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge