MyFoodLoft Kuala Lumpur, Syurga Makanan Di Bawah Satu Bumbung

Makanan. Sapa tak suka maka makanan sedap sedap kan?

Untung kita duduk dalam Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian jenis makanan.

Lagi untung bila setiap negeri dalam Malaysia ni ada special signature dish dia.

Dan percaya atau tak, kita terima ramai pelancong yang datang ke dalam Malaysia semata-mata untuk mencuba makanan yang ada di sini.

Tapi kat mana nak cari tempat yang ada semua makanan tempatan dan luar negara?



My Food Loft Kuala Lumpur, Syurga Makanan Di Bawah Satu Bumbung

my_food_loft_kuala_lumpur_majlis_pelancaran

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Next Generation Movement, Anak Muda Islam Malaysia, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) dan MyfoodLoft

Baru baru ni pada 24 Dec 2016, telah berlangsung majlis pelancaran MyFoodLoft KL dan Food Fiesta serta majlis menandatangani momerandum persefahaman. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Haji Ab Ghaffar Bi A. Thambi, Ketua Setiausaha Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Dalam usaha untuk membantu dan memperkasakan usahawan industri makanan halal dan industri pelancongan, telah dibina sebuah tempat makanan dinamakan My Food Loft.

Dengan kedudukkannya yang strategik, MyFoodLoft menyediakan hampir 1500 menu makanan tempatan dan antarabangsaa yang mana semua juadah yang disajikan dijamin HALAL dan dijual pada harga yang berpatutan.

Video Pengalaman Uncle Ke MyFoodLoft KL

MyFoodLoft akan mula dibuka secara sepenuhnya pada Mac 2017, dijadualkan beroperasi seawal jam 7 hingga 2 pagi pada setiap hari.

Lihat dari saiz bangunan MyFoodLoft yang mampu memuatkan 60 outlet makanan, tak dinafikan yang MyFootLoft mampu menerima 20,000 pengunjung pada satu hari.

myfoodloft

MyFoodLoft dengan kedudukkan strategik terletak di tengah pusat bandaraya dilihat mampu menjadi ‘one stop center’ kepada food lovers

Setakat yang uncle dah pergi tempoh hari, bahagian bawah MyFoodLoft telah sedia untuk menerima kunjungan pengunjung, bahagian tingkat atas masih lagi dalam proses renovation.

Tak sabar rasanya nak ke sana lagi untuk cuba masakkan dari negeri lain pula.

Jom guys ke My Food Loft KL dan nikmati syurga makanan di bawah satu bumbung. 😉

520 total views, 3 views today

Comments
  1. Mama Kembar 3
  2. sabree hussin
  3. Bahrain
  4. Muhammad Khairuddin Lim
  5. titan
  6. Abgferoz
  7. ira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge