Muzium Tentera Darat, Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal

Share

Port Dickson (Juga harini di kenali sebagai Bandar Tentera Darat) Negeri Sembilan, ada banyak perkara menarik yang boleh buat di sini seperti berekreasi di tepi pantai, melawat museum, dan melihat burung unta. Satu hari bercuti di Port Dickson tak cukup nak buat semua perkara yang ada di sini. Adalah lebih baik untuk tidur semalam dua di hotel yang ada di Port Dickson.

Di Port Dickson, ada banyak hotel yang boleh anda inap. Banyak sangat pilihan sehinggakan sukar untuk buat pilihan. Jadi uncle cadangkan anda guna app HotelsCombined untuk banding semua hotel yang ada di Port Dickson, dan dapatkan harga yang terbaik.

Untuk entri kali ini, uncle nak kongsikan salah satu tempat menarik di Port Dickson, iaitu Muzium Tentera Darat.

Muzium Tentera Darat

Bila cakap mengenai Muzium Tentera Darat yang terletak Port Dickson je, berlegar di fikiran uncle, “Pameran Kereta Kebal dan replika Kapal Terbang“.

Hehe uncle memang sangka macam tu juga sebelum ke Muzium Tentera Darat, tapi bila dah ke sana, sangkaan uncle meleset, Muzium Tentera Darat, bukan sekadar pameran kereta kebal dan kapal terbang, macam-macam lagi yag di pamerkan di sini yang menarik retina mata dan lensa kamera uncle.

Bukan Sekadar Pameran Kereta Kebal

Muzium Tentera Darat terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat. Muzium ni mudah di akses kerana terletak di jalan susur keluar lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.

Agak terkejut juga bila uncle pertama kali sampai ke Muzium Tentera Darat sebab ada banyak bahagian atau segment pameran yang tersedia kepada pengunjung yang datang.

Antaranya seperti segment Pameran Luar, segment Era Kesultanan Melayu Melaka, Era Portugis & Belanda, Era Penjajahan British, Era Penubuhan Askar Melayu, Terowong PKM, Tugu Peringatan Tentera Darat, Memorial Tentera Bersekutu, dan Kampung Iktihar Hidup.

Mari uncle kongsi beberapa segment yang ada di sini.

Segment Pameran Luar

muzium tentera darat port dickson

Segment Pameran Luar yang di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu dataran Meriam (terletak di pintu masuk utama), dataran Meriam Kuno (terletak di pintu masuk ke-2), dan daratan Kenderaan Jenis A (terletak di antara bangunan bangunan sekeliling). Terdapat juga beberapa pesawat TUDM yang di pamerkan di bahagian dataran.

muzium tentera darat port dickson (13)

muzium tentera darat port dickson (13)

Segment Era Kesultanan Melayu Melaka

muzium tentera darat port dickson (1)

Segment Era Kesultanan Melayu Melaka menceritakan kegemilangan negeri Melaka suatu ketika dahulu yang strategik dengan lokasi geografi di tengah-tengah kepulauan Melayu yang telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa.

Ada banyak replika seperti replika kapal dan pahlawan melayu yang di sediakan di dalam bangunan ini kepada para pengujung.

 Segment Terowong PKM

muzium tentera darat port dickson (6)

muzium tentera darat port dickson (6)

Aga menarik juga apa yang tersedia di dalam Terowong PKM. Ia sebuah terowong replika yang di bina khusus untuk pengunjung melihat dan merasai sendiri sejarah perjuangan tentera Melayu menentang komunis.

Terowong ini sepanjang 142 meter yang boleh di akses dari 2 tempat masuk iaitu di Block B dan Pesawat Caribou.

Pengalaman berjalan sepanjang di dalam terowong ni memang best.

Kampung Iktihar Hidup

muzium tentera darat port dickson (8)

muzium tentera darat port dickson (8)

Kampung Iktihar Hidup adalah replika kawasan perkampungan yang di tanam pelbagai jenis tumbuhan yang telah digunakan sebagai bekalan semasa di dalam situasi peperangan.

Anda boleh santai di kafe yang di sediakan, cuba jambatan gantung, berehat di kemah, dan macam-macam lagi di sini.

Segment Era Penjajahan British, Era Portugis & Belanda, Penubuhan Askar Melayu, dan banyak lain-lagi lagi…

muzium tentera darat port dickson (2)

muzium tentera darat port dickson (2)

Di dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XII pada 28 Jun 2005, Muzium Tentera Darat telah menerima banyak anugerah seperti Anugerah Merit Anugerah Pelancongan Malaysia untuk tahun 2007 & 2008.

Sekali masuk ke dalam Muzium Tentera Darat ni, memang makan berjam sebab macam-macam ada di sediakan kepada para pengunjung.

Secara ringkasnya, memang puas hati la masuk Muzium Tentera Darat.

Dengan visi “Untuk menjadikan sebuah institusi terulung bagi memartabatkan sejarah ketenteraan negara dalam melestarikan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara” di harap pihak pengurusan muzium dapat terus mengekalkan, menambah baik semua bahan-bahan, fakta, dan artifak berkenaan sejarah ketenteraan negara.

Kalau anda ke Port Dickson, uncle cadangkan sebelum nak pergi mandi manda tu, adalah lagi baik singgah dulu Muzium Tentera Darat dan melihat sendiri apa yang tersedia di sini kepada para pengunjung.

Kemasukkan adalah PERCUMA di Muzium Tentera Darat di buka hari Rabu hingga Ahad dari jam 10 pagi sehingga jam 5 petang.

Apa tunggu lagi? Jom ke Muzium Tentera Darat Port Dickson!

Lokasi:

Muzium Tentera Darat,
Kem Si Rusa,
Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan, MALAYSIA.

2° 29′ 47.64N
101° 50′ 52.31E

Layari www.armymuseumpd.gov.my untuk maklumat lanjut.

Nota: Selain dari Penang War Museum, pada uncle muzium Tentara Darat antara muzium yang paling best di dalam Malaysia.

Comments
  1. Raihanah Ahmad
  2. MDHAFiZ.NET
  3. Ikhwan
  4. Nurul Shahira
  5. siti hazreen
  6. seri nian
  7. Raihanah Ahmad
  8. titan
  9. suri
  10. Cik akak
    • Uncle Zuan
  11. sabree hussin
  12. zik
  13. LeYa
  14. olaoli
  15. akubiomed
  16. Noriza Rahman
  17. raihanahahmad
  18. Raihanah Ahmad
  19. Hazmin Hamudin
  20. Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Recommended
Recommended
Pengkalan Kempas (yang juga dahulunya di kenali sebagai Keramat Ujung Pasir)...